Terlepas untuk hadir Seminar Sukarelawan: Persediaan & Peranan

Aku dah siapkan presentation nie lama.  Dan dah dibentangkan kat banyak majlis dah… dan kali nie lebih mantap lagi.  Tapi apakan daya, ada kerja di opis yang kena diutamakan…

SMS masuk dari Farid Wajdi, teman sekerja sewaktu aku bersama-sama dengan dia lemas dan rimas di Tingkat 52, KOMTAR dulu.  “Hang ada kt worldwide sek 13 ke

Aku pun balas “aku terpaksa tolak. Depa ubah tarikh. Aku ada function lain di alor setar”.

Seminar Sukarelawan ini adalah anjuran Persatuan Badan Bertindak Bencana Alam Negeri Selangor (EHSAN) dan Insaf Humanitarian Relief Malaysia (INSAF Malaysia).  Aku dah dihubungi oleh Sdr. Onn Abu Bakar dari Insaf  sejak dari bulan Januari lagi.  Tapi malangnya ada perubahan tarikh dek masalah teknikal dan aku tak boleh adjust lagi jadual aktiviti aku.  Aku tawarkan pengganti, tapi Sdr. Onn lebih pantas mengawal situasi… biasalah orang lama.

Aku kena ada dan terlibat mental dan fizikal disamping menjadi MC untuk satu majlis syarikat, jadinya aku tak boleh nak hadir Seminar nie, wife aku tahu betapa frustnya aku tak dapat attend.  Aku cuba check flight kalau boleh datang lepas lunch, tapi takde flight time tu.  Sampai Shah Alam pukul 6 petang nak buat apa?

Duduk dalam satu majlis bersama para sukarelawan dan humanitarian adalah satu keseronokkan, dapat berjumpa dengan orang yang satu spesis ni memang aku cukup suka.  Sebabnya, aku dah lama tak touch ground hihihihihi…

Aku mohon maaf terutamanya pada Sdr. Onn kerana tidak dapat memenuhi permintaannya… Sdr. Onn telah berhubung pun dengan boss aku minta pelepasan tapi memang boss aku tak upaya nak lepaskan pun…

Apapun, aku harapkan seminar tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai sasarannya.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s