Shahrizat ingat semua orang tua gila duit…

Aku tak faham kenapa Shahrizat nak ucap takziah pada warga tua di Pulau Pinang, inilah bila dah tak hormat pada orang, orang hidup diucapkan takziah.

Shahrizat ingat semua orang dalam dunia nie umno agaknya, yang makan duit dengan lauk pauk.  Kami tak kelapaq lah.  Ingatan dan kasih sayang tu yang penting, bagi sebab ada muslihat mana ada berkat – dunia hina – akhirat merana.

Kerajaan PR Pulau Pinang baru usia berapa tahun?  Itupun dah boleh bagi RM100.  Tapi Shahrizat lupa, BN perintah Pulau Pinang berapa lama?  Apa yang orang tua dapat?  Yang hari-hari keluar dalam rancangan Bersama Mu tu sapa? Semua orang sokong pakatan rakyat ke? 

Inilah dia bila seorang Menteri menilai harga diri dan maruah manusia dengan ringgit.  Guan Eng bagi bukan sebab kat Pulau Pinang ada pilihanraya, nak beli undi atau nak ajak orang datang dengar ceramah seks dari BN, tapi Guan Eng bagi sebab dia prihatin, kerajaan PR prihatin.

Oklah kalau RM100 tu sikit… berapa BN boleh bagi?  Pakcik dan makcik tu bukan kesah berapa RM depa dapat, tapi yang mereka kesah ialah mereka dihormati, diingati dan dikasihi…

Apalah Shahrizat, murah sangatlah takziah you.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under 1

2 responses to “Shahrizat ingat semua orang tua gila duit…

  1. Fiona

    Pemberian RM100 kepada wargatua di Pulau Pinang satu langkah yang cukup baik di buat oleh DAP.

    Yang menjadi persoalan ialah, kenapa pemberian itu dibuat? Ianya adalah untuk meraih sokongan rakyat kepada pemerintahan kerajaan.

    Kedua, kenapa DAP hendak menghebahkan pemberian ini ke media jikalau bukan untuk menyatakan bahawa mereka melakukan sesuatu yang sangat mulia? Kalau nak beripun, biarlah beri kerana ikhlas.

    • shahrulpeshawar

      Menarik soalan Cik Fiona nie.
      Pemberian RM100 kepada wargatua di Pulau Pinang adalah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang – bukan DAP ye. Sama cam yang dibuat oleh Kebajikan Masyarakat bagi duit bantuan kepada orang susah tapi umno selalu hijack kata umno yang bagi… padahal tu duit kerajaan pusat bukan umno…

      Kenapa pemberian itu diberi? Pemberian itu diberi untuk menghargai warga tua tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

      Kita beritahu media supaya orang-orang tua yang lain tahu tentang perkara ini dan boleh datang menuntut peruntukkan yang diberi. Ikhlas bukan bermakna beri sesuatu sorok-sorok… ada masanya budaya memberi ni perlu ditonjolkan agar menjadi teladan dan ikutan oleh orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s