JK antara agama: PKPIM mahu jumpa menteri

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu mengadakan perjumpaan khas dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mendapatkan penjelasan yang jelas mengenai skop dan matlamat asal penubuhan jawatankuasa kerja perhubungan antara agama.

Presiden PKPIM, Muhd Faisal Abdul Aziz berkata kerajaan masih belum memberi penerangan dan penjelasan yang terperinci kepada umum berhubung dengan skop dan ruang lingkup kuasa yang akan diberikan kepada jawatankuasa tersebut.

“PKPIM tidak mahu pihak kerajaan terus berteka-teki berhubung isu berkenaan dengan membiarkan semua membuat tafsiran dan andaian yang tersimpang dari peruntukan undang-undang yang secara jelas memelihara kedaulatan Islam di Malaysia.

“Seperti contoh andaian dari pihak tertentu yang mentafsirkan bahawa jawatankuasa ini merupakan jawatankuasa yang mutlak dalam membuat keputusan sekiranya terdapat sebarang isu pertikaian antara agama pada masa mendatang,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhd Faisal berkata tafsiran dan andaian sebegini adalah jelas bercanggah dengan prinsip undang-undang negara yang meletakkan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai kuasa nombor satu dalam sebarang isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Malaysia.

 

 

“Kerajaan juga seharusnya menjelaskan perkara-perkara yang menjadi titik perbezaan antara jawatankuasa berkenaan dan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sekiranya agenda jawatankuasa ini adalah untuk “meliberalkan” peruntukan Islam dalam perlembagaa , maka samalah jawatankuasa ini dengan IFC dari sudut peranan dan matlamat.

“PKPIM tidak menolak kemungkinan niat asal penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah murni, iaitu untuk memberi ruang kepada semua pihak untuk berbincang dan berusaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Kelmarin, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak membantah kelulusan kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama itu. 

 

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan berkata, bahawa beliau kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu kerana bimbang akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Berikutan itu, Muhyiddin dilaporkan berkata beliau sudah mengarahkan Jamil Khir menganjurkan perjumpaan khas dengan semua mufti negeri bagi memberi taklimat mengenai penubuhan jawatankuasa berkenaan.

Timbalan perdana menteri itu dilaporkan berkata, taklimat tersebut bagi menjelaskan peranan jawatankuasa berkenaan yang sebenarnya tidak mencampuri urusan pokok agama Islam.

Shahrul Peshawar – umno letak dia kat situ untuk angkat agama Islam, dia pulak pegi bagi Islam jadi sama rata, sama rasa dengan agama lain.  apa makna Islam agama rasmi di Malaysia?  tak kan sebab nak SATU Malaysia habis semua benda kita nak gadaikan?  Bila pulak PERKASA nak buat demo kat pejabat Jamil ni?

Leave a comment

Filed under 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s