Kita boleh berubah!….

Kalau lalu atau singgah di Hulu Selangor, kita akan tengok banyak poster-poster gergasi dan mini gergasi.  Ada dua tiga NGO yang tidak terkenal turut mengambil kesempatan memacak posternya mungkin bertujuan untuk memancing ahli.

Kalau di pilihanraya Ijok dulu kita dapat lihat pemuda UMNO dengan baju berlogokan kalajengking “scorpion” tapi kali ini ada juga ala-ala elit grup UMNO, tapi bajunya tertulis di belakang “KOMPUS” – aku tak tahu maksudnya apa – mungkin KOMPOS kot… tapi setahu aku mana boleh UMNO = KOMPOS, UMNO mesti sama dengan APCO.

Yang menarik aku nak menulis nie ialah satu tema yang BN dok guna – Kita boleh berubah… Aku tak tahu kenapa diaorang nak berubah.  BN dah teruk tindas rakyat, BN dah teruk gadaikan maruah dan keselamatan negara.  BN dah teruk rosakkan nama negara di mata negara luar.  BN dah teruk jatuhkan nilai Ringgit.  BN dah teruk jatuhkan kredibiliti negara dalam urus tadbir negara – rasuah, lembap, pecah amanah, kronisme.  BN dah teruk jatuhkan negara dalam bab kehakiman dan keadilan.  BN dah teruk jatuhkan negara dalam hal kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Bila BN mengaku KITA BOLEH BERUBAH, aku tak nampak ada sebarang elemen positif dalam slogan nie melainkan BN boleh berubah menjadi lebih teruk dari apa yang ada hari ini. Jangan mimpi BN akan berubah dari seekor beluncas menjadi rerama berwarna yang indah, tapi yang mungkin boleh dibayang ialah seekor ulat yang berubah menjadi seekor langau hijau.

Pengkhianatan yang dilakukan oleh SPR dalam isu pemindahan tempat mengundi bagi sebahagian pengundi nie tak dapat aku nak gambarkan dalam keadaan lebih baik lagi selain menyamakan tindakan ini sama seperti jahatnya pengedar dadah yang selayaknya dihukum gantung.  Pengerusi SPR aku percaya tidak punya maruah dan tidak punya integriti apabila boleh membuat pemindahan ini atas dasar SPR berkuasa untuk melakukannya tetapi dalam masa yang sama gagal untuk melaksanakan tuntutan lain seperti menangani kewujudan pengundi hantu dan calon BN – si Kama… sendiri adalah bukti sahih seorang pengundi hantu.

Pengerusi SPR tidak pernah tahu mungkin bahawa didalam dunia ini, sudah banyak regim yang zalim boleh jatuh apabila rakyat bangkit berjuang.  Biarlah sejarah kita ditulis dengan tinta emas atau darah yang merah… bukan selain darinya…

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Di Minda Saya

One response to “Kita boleh berubah!….

  1. Donald Kadoa

    BN dah lama main perkauman utk dapat sokongan perbuatannya. BN adalah sarang maksiat. Kalau ada org nak buat duit haram diperbuat dari titik peluh dan darah manusia inilah tempatnya. Macam mana org org yg kerja di sawah padi, estet dan lombong dulu yg bikin malaysia kaya terrasa bila dianiaya sebegitu oleh pemimpin UMNO terutama sekali Dr Mahathir yg memperkosakan segala yg indah di malysia di mana rakyat berbagai keturunan pada suatu masa dulu hidup bersatu. Ini dapt di lihat dlm pasukan bolasepak Msia yg hampir tengelamkan Korea pada awal 70an. Apa guna org UMNO bikin berjuta juta ringgit, pada hal tak guna pada akhirat. Tunggu lah gelombang bencana yg menjurus selepas ini. Org org yg sokong BN samajuga dgn pemimpin pemimpin busuk ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s