Monthly Archives: May 2010

Attack on aid flotilla to Gaza – 10 dead

JERUSALEM – Israel has advised its citizens to avoid travel to Turkey following massive protests there against a deadly Israeli military raid on an aid flotilla bound for the blockaded Gaza Strip.

The Monday advisory instructs Israelis already in Turkey to keep a low profile and avoid crowded downtown areas.

At least 10 people were killed when Israeli commandos halted the flotilla, which was unofficially sponsored by Turkey.

Turkey is just an hour flight away and is a popular holiday destination for Israelis.

Read more:  http://news.yahoo.com/

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Gaza, Human Rights, Humanitarian

Kursus Sukarelawan di Masjid Saujana Utama

Aku dijemput untuk memberikan kursus asas sukarelawan kepada mereka yang berminat di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh pada 28hb Mei yang lalu sempena Hari Kemanusiaan peringkat Masjid Saujana Utama bersama NGO-NGO.

Pada asalnya, aku plan nak bentangkan dua tajuk – 1. 20C dalam Kerja Sukarela dan 2.  Asas Kerja Sukarela.  Tapi melihat kepada masa yang agak terhad, aku tumpu pada tajuk ke 2 je – Asas Kerja Sukarela.

Dalam tajuk nie banyak aku sentuh tentang persiapan diri seorang sukarelawan sebelum pergi menyertai mana-mana misi, samada misi itu misi perubatan, misi pendidikan, misi kemanusiaan, misi bencana, misi kebudayaan dan sebagainya. 

Juga aku selitkan tentang beberapa budaya dan adat seorang sukarelawan dan dalam konteks diri aku – sukarelawan bantuan kemanusiaan.  Ada banyak perkara yang kita perlu tahu, kita perlu rancang, kita perlu kaji, kita perlu sediakan, kita boleh jangkakan, kita perlu elakkan  dalam menyertai sesebuah misi.

Hari Kemanusiaan ini diserikan dengan ceramah dan Khutbah Jumaat oleh Ust. Ridzuan dari Muslim Care, penulis buku Cinta di Langit Gaza, sesudah solat Jumaat, satu sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Hashimah dari Aman Palestine.  Selepas Asar barulah sesi aku, diselang seli dengan dentuman halilintar diiringi ribut lebat.  Untuk mengurangkan kerisauan pada pendengar, aku kata – dentuman-dentuman sebeginilah yang didengari dan dirasai oleh penduduk Lebanon dan Palestine saban hari.

Isteri aku pulak, dari pagi sehinggalah ke petang sibuk membaca tapak tangan untuk diagnos penyakit melalui kaedah perubatan Islam dan membuat BEKAM.  Alhamdulillah, sambutan amat baik.

Hari Kemanusiaan ini berakhir dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Sdr. Shahran Kassim dari Malaysian Relief Agency, bagaimanapun aku tak dapat join program ni sebab ada komitmen lain pada masa tu, jadi tak dapatlah nak maklumkan isi kandungan ceramah beliau tu.

Aku pun tak sangka dapat jumpa ramai kenalan dan kawan-kawan lama di sini.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

EM di Kalumpang

Dewan Orang Ramai di Kampung Titiwangsa

Taklimat mengenai pembuatan EM

Ramuan EM yang telah siap untuk diperam

Kali ini aku dijemput untuk buat EM di luar kawasan liputan (Kedah).  Aku diminta untuk berkongsi maklumat dengan kelompok petani di kawasan Kalumpang, Hulu Selangor. 

Penganjur program kali ini ialah IKRAM, sebuah badan NGO yang menumpukan kepada penanaman dan pertanian organik.

Alhamdulillah, sebanyak 3 jenis EM telah berjaya dihasilkan menggunakan EM yang dihasilkan di Bandar Bharu dulu.

Tahniah kepada orang Kampung Titiwangsa, Kalumpang kerana memilih cara sihat – pertanian organik

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen, sukarelawan

Guru… semoga kalian diberkati

Maaf.  Aku sikit terlambat dalam posting Hari Guru.

Cumanya, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru yang pernah mengajar aku:-

i.  Ustaz yang pernah mengajar aku Muqaddam masa di Jalan Peel, KL dulu

ii.  Guru-guru di Sek Ren Jalan Pasar (1), Pudu, KL (1979-1984)

iii.  Guru-guru di Sek. Aminuddin Baki, KL (1985-1989)

iv.  Guru-guru di Sekolah InfoTech Mara, Medan Mara, KL (1989)

v.  Para pensyarah yang mengajar aku di UITM (Office Management)

vi.  Pensyarah yang mengajar aku Russian di UZGUMYA, Tashkent

vii.  Para Instruktur yang mengajar aku membuat EM di Songkhla

viii.  Para pensyarah yang mengajar aku tentang ICCPR dan ICESCR di Bangkok

ix.  Para pensyarah yang mengajar aku Arab, Farsi, Urdu dan France di Peshawar

x.  Jurulatih yang mengajar aku kawad, menembak dan ilmu ikhtiar hidup di PUSASDA Port Dickson, PULADA Ulu Tiram dan PASKAL Lumut.

xi.  Mentor aku – Khairil Anuar Khalid, Ahmad Kamal Mohd Ali, Ahmad Azam Abdul Rahman & Mohd Anuar Tahir

xii.  Abang aku dan kakak ipar aku…  serta seluruh warga GURU… yang mengundi Pakatan mahupun Be’en.

Selamat Hari Guru.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Selamat Hari Belia 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat Hari Belia.

Belia merupakan aset terpenting kepada agama, bangsa dan negara.  Belia hari ini merupakan bayangan pemimpin negara di hari kemudian.  Namun ianya tidak bermakna bahawa di usia Belia – kematian dan musibah tidak datang menjengah, ianya berlaku juga tetapi tidak sekerap mereka yang digarisan penalti.

Belia di Malaysia semakin terbeban dengan pelbagai kesukaran dan kesulitan.  Ramai belia terpaksa meninggalkan bangku sekolah dan ada yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi gara-gara terpaksa membantu menyara keluarga dan memberi laluan kepada adik-adik yang lain untuk meneruskan pelajaran.  Belia juga semakin terdedah dengan pelbagai bentuk keganasan, salahlaku moral dan jenayah.  Belia juga  terus-terusan menjadi mangsa kepada pelbagai pihak, termasuk pengedar dadah, kumpulan samseng, rempit, pelacuran dan pelbagai lagi.

Hari ini, negara merayakan Hari Belia yang terbesar katanya, harapnya perbelanjaan ini setimpal dengan gerak kerja untuk memperkasa belia.  Hari Belia harus disambut dengan penuh keinsafan dan iltizam, membugar semangat untuk meneruskan khidmat bakti bagi membina Malaysia yang lebih bermaruah dan teguh.

Belia seharusnya diberikan peranan yang lebih besar dalam setiap perkara.  Dalam Islam, apabila seseorang itu mencapai peringkat aqil baligh, saat inilah beban dan tanggungjawab mulailah terpikul dibahunya.  Namun, di Malaysia kini, remaja dan belia terus dilalaikan dengan pelbagai aktiviti yang memusnahkan akhlak dan kualiti diri.  Belia terus leka diulit pelbagai program yang tidak menjurus kepada ilmu dan pembinaan generasi yang cemerlang.

Belia terus dikesampingkan.  Berapa banyak persatuan belia yang pemimpinnya masih lagi muka lama, sejak dari penubuhan persatuan itu sehingga kini masih lagi muka yang sama.  Bagaimana muka baru dan pelapis belia hendak dilahirkan?  Bagaimana proses pembaharuan hendak berlaku?  Malah yang lebih ironis lagi ialah pemimpin belia adalah juga pemimpin sesebuah parti politik.  Apa sangat yang boleh diharap pada ahli persatuan sebegini.

Apapun, saya masih melihat adanya cahaya di hujung terowong bagi golongan belia selagi mereka bebas membuat keputusan dan memilih hala tuju yang sesuai dengan diri mereka, bukannya yang dipaksa dan diugut.

Selamat Hari Belia.

Shahrul Peshawar, penyandang Anugerah Tokoh Belia Negara (Kategori Kesukarelaan) 2004

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, sukarelawan

wajarkah 13 Mei dikenang dengan darah & airmata?

13 MEI

13 Mei muncul lagi ditengah kecelaruan konsep 1 Malaysia yang dipercayai diborong dari Israel.  Tarikh berdarah ini sentiasa diambil oleh puak pelampau Melayu yang semakin bercambah untuk menjadi bahan kempen menarik ahli disamping menjadi alat propaganda skala murahan.

Hari Tanah Melayu kehilangan Temasik, Setui, Pattani, Pulau Pinang, Melaka dan banyak lagi daerah ketangan Siam, Inggeris, Portugis, Belanda dan Jepun adalah hari yang lebih wajar disemarakkan dan dikobarkan api perjuangan, itu perjuangan yang sebenar dan setiap pertempuran dalam perjuangan tersebut adalah pertempuran suci anak-anak bangsa mempertahankan maruah dan jati diri bangsa… ini yang sewajarnya ditiup kepada tunas muda bangsa…

Jangan jadikan 13 Mei hari duka dan jangan jadikan ia sebagai alasan untuk mempersatu bangsa Melayu, dangkal sangat asasnya.

13 Mei sentiasa menjadi penanda aras kepada kemusnahan kerjasama diantara bangsa-bangsa yang hidup diam di Malaysia.  13 Mei sentiasa dikenang dengan sudut hitam.  13 Mei sentiasa dikenang dengan darah & airmata.

Dimomokkan 13 Mei sebagai hari dimana orang Melayu bangkit menentang orang Cina dan sekutunya.  13 Mei adalah hari dimana orang selain Melayu tahu bahawa tuan di Malaysia ialah orang Melayu.  13 Mei adalah hari pembalasan diatas penghinaan dan “kepariahan” yang dialami oleh orang Melayu… benarkah gimik dan mitos ini?

13 Mei adalah hari dimana semangat setiakawan antara Melayu-Cina-India diuji dan terbukti ianya dapat dipertahankan.  13 Mei adalah hari dimana setiap warga Malaysia yang beragama patut memahami adab dan resam agama dan kepercayaan yang dianuti oleh teman-temannya.

13 Mei adalah hari untuk memperingatkan bahawa Assobiah dan semangat perkauman hanya akan membawa kita tersantak ke suatu sudut yang terpersok, tiada siapa yang untung dan kesemuanya bakal rugi.

13 Mei adalah hari untuk menyatakan kesatuan dan perpaduan dikalangan warga berbilang bangsa di Malaysia.

13 Mei bukanlah seburuk yang disangka.

SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Kes Mahkamah Anwar Ibrahim

Memang aku seorang humanitarian, banyak bergerak dalam NGO dan pertubuhan sukarela, namun sebagai rakyat Malaysia yang memahami prinsip rukunegara, yang menyanyi dan menjiwai Negaraku, aku kena bercakap, paling tidak dalam blog aku sendiri.  Hari ni aku nak bercakap tentang Anwar Ibrahim dan kes mahkamahnya.

Dari kes pertama sampailah ke kes yang kedua ni, aku tak percaya satu habuk pun yang Anwar Ibrahim melakukan perbuatan terkutuk tu.  Bukan sekadar bukti yang ada tidak kukuh disamping pendakwaan yang meragukan ditambah pula dengan konspirasi yang jelas siapa dalangnya dan kerana apa ianya diwujudkan… tetapi secara peribadi aku percaya susuk tubuh Anwar Ibrahim itu bukan begini jenis manusianya.

Dalam kes terbaru nie, dengan saksi jambu si Saipul, aku boleh bayangkan betapa desperadonya pengarah konspirasi ini untuk menjatuhkan imej dan maruah Anwar Ibrahim.  Aku juga boleh membayangkan bagaimana Saipul boleh bersetuju untuk diperlakukan sebegini seperti bunyi pepatah Melayu – ada ubi ada batas.

Aku juga dapat membayangkan bagaimana rendahnya akhlak dan maruah sesetengah orang Islam, yang sanggup menjadi balaci dan pencacai untuk melaksanakan satu kempen FITNAH secara terang-terangan.  Mungkin kerana zaman nie pembalasan dari ALlah tidak secara “cash” ataupun tunai – itu yang ramai tak sedar dan tidak insaf. Apapun, kita akan menjawab sendiri di dalam kubur akan segala tindakan kita.

Aku juga dapat membayangkan kepura-puraan sesetengah pemimpin yang lagaknya seolah-olah malaikat apabila berbicara soal moral dan akhlak, seolah-olah je lah… Macam dia tu suci dan maksum.

Ingatan aku pada semua yang bersekongkol dan terlibat mudah dan pendek saja, tunggulah bila sakaratul maut itu tiba.  Kau jawablah sendiri dengan segala loyar buruk kau.

itu je aku nak tulis hari nie…

SHAHRUL PESHAWAR – tak pernah alami darurat sebab tak pernah kena liwxx

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Human Rights