MISI TRAUMA TERAPI GPM DI POSKO SG BATANG, MANINJAU

LAPORAN MISI TINJAUAN BENCANA TANAH RUNTUH DI PANDAN, GALAPUNG & BATU NANGGAI, MANINJAU

Hari Pertama

Muhamad Suhail Ahmad & Izwan Suhadak Ishak

1 MEI 2010

Global Peace Mission ( GPM ) Malaysia telah menghantar 2 aktivis untuk melakukan misi  tinjauan awal bagi melihat kesan bencana tanah runtuh secara dekat. Berdasarkan pemerhatian dilokasi kejadian situasi semasa menunjukkan perhubungan darat antara Pandan dan Galapung masih terputus. Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bot untuk melakukan kerja-kerja pemindahan ke penempatan sementara di Sg Batang. Aktivis GPM diiringi oleh Bapak Zainul Ariffin, Pengurus Pondok Pesantren Prof Dr Hamka telah turun berjalan ke lapangan meninjau realiti kondisi bencana di Pandan sejauh 3 kilometer. Gelongsoran yang paling besar berlaku di Pandan mengakibatkan 30 buah rumah musnah sama sekali. Batu besar dan tanah yang turun dari gunung berlaku disebabkan hujan lebat yang sering berlaku di sini. 3 lokasi berlaku gelongsoran yang besar masih mencurahkan air dan kelihatan di atas gunung aliran air terjun yang terbentuk baru. Kebanyakan rumah musnah di timpa batu dan tanah runtuh dihanyutkan terus ke dalam danau. Penduduk daripada Pandan, Galapung dan Batu Nanggai kini telah dipindahkan di penempatan sementara di Posko Sg Batang.

Berdasarkan data semasa yang didapati, mangsa bencana kali melibatkan seramai 461 orang. 77 keluarga daripada Pandan, 29 keluarga daripada Galapung dan 3 keluarga daripada Batu Nanggai. Dilaporkan 14 orang mengalami luka kecil manakala 5 orang parah dan masih dirawat oleh pasukan perubatan pemerintah. Setakat hanya 3 orang terkorban dan satu masih hilang. Pendaftaran mangsa akan terus dibuka sehingga 3 Mei 2010 dan direkodkan sebagai daftar rasmi. Di Posko Sg Batang mangsa hanya dapat ditempatkan di Mussola kerana rumah sementara yang telah siap telah dihuni oleh mangsa yang terlibat semasa gempa bumi pada tanggal 31 September 2009 kebanyakan mereka juga daripada Batu Nanggai, Muko Jalan, Pandan, Galapung. Keperluan mendesak adalah shelter standard bernilai 5 juta rupiah dan makan minum harian bagi sejumlah 111 buah keluarga. Hampir semua keluarga hilang punca pencarian kerana sawah, penternakan dan perusahaan yang lain telah musnah akibat tanah runtuh. Kekhuatiran masyarakat berlaku hujan dan tanah runtuh menyebabkan mangsa bimbing untuk kembali ke kampung halaman untuk meneruskan kehidupan.

LAPORAN MISI TRAUMA TERAPI DI POSKO SG BATANG, MANINJAU

2 Mei 2010

Laporan Hari Kedua

­Muhamad Suhail Ahmad & Izwan Suhadak Ishak

Susulan membuat tinjauan, aktivis Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah ke Posko Sg Batang bagi menyalurkan bantuan segera sejumlah RM2000.00 untuk 111 keluarga dari 3 lokasi ditimpa bencana iaitu Pandan, Galapung dan Batu Nanggai. GPM dengan kerjasama Aksi Cepat Tanggap (ACT) telah menganjurkan Trauma Terapi bersama anak-anak bagi mengembirakan mereka disamping permainan Islamik buat pendidikan. Jajan / Ole-ole buat anak-anak disampaikan kepada semua sebagai pengubat kesedihan. Aktivis GPM akan bertanyakan soalan-soalan asas tentang pengetahuan Islam kepada anak-anak, bagi yang berjaya akan diberikan hadiah. Anak-anak berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Program ini dijalankan di dalam Mussola dan di sini jugalah mereka bertumpu dan tinggal kerana belum ada khemah atau pun rumah sementara disumbangkan kepada mereka. GPM adalah NGO pertama daripada Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Maninjau.

Sesiapa nak menyumbang, boleh bank-in dan hubungi GPM di alamat tertera,

Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad – No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank – No Akaun 564 221 611 602

2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-6188 3230, Fax: +603-6188 3233

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s