Ingatkan bodoh saja rupanya bangang

Minta maaf bila perlu.  Minta maaf bila kita terasa membuat kesilapan.  Minta maaf hanya bila kita pasti ianya sesuatu yang menyinggung perasaan seseorang.  Minta maaf tidak boleh dipaksa-paksa.  Minta maaf juga bukan dibuat-buat apatah lagi berpura-pura.

Saya tidak faham kenapa YB Nasir dari Kubang Rotan perlu meminta maaf atas soalan bertulis yang dikemukakan kepada Sidang DUN Kedah tempohari.  Saya tidak nampak dimana biadapnya soalan itu.  Saya tidak Nampak sebarang keceluparan didalam soalan itu.  Saya juga tidak nampak sebarang elemen “sembah derhaka” dalam soalan itu.  Jadinya nak minta maaf pada siapa?

Justeru, kenapa soalan mudah itu diperbesarkan?  Dan ia diperbesarkan oleh mereka yang tidak kena mengena dengan perjalanan DUN pun.  Kenapa mereka ini ingin campurtangan? Benarkah kerana mahu mempertahankan baginda Sultan atau kerana mendapat arahan lain dari orang tertentu atau sekadar mahu meragut sedikit populariti, biar orang kenal siapa aku?

Saya juga merasa lucu melihat gelagat ahli pembangkang di DUN Kedah yang memprotes soalan itu seolah-olah ianya mencabar kewibawaan Sultan sebagai payung agama Islam di negeri Kedah ini.  Bodoh sangatkah mereka untuk memahami soalan mudah YB Nasir itu?  Atau “sukar” sangatkah soalan yang dikemukakan oleh YB Nasir hingga menyebabkan medulla oblangota mereka gagal berfungsi?

Sekali lagi saya merasa hairan dengan bagaimana jentera otak pembangkang Kedah bekerja, terutama oleh Ketua Pembangkangnya – yang terus sahaja mengatakan soalan itu mempertikai dan mencabar bidang kuasa Sultan.  Janganlah kebodohan kita itu diterjemahkan sedemikian rupa hingga jelas menampakkan kejongosan diri yang sebenar, malah menambah jelek lagi apabila pengikut dan penyokongnya pun berakal  setengah tiang sahaja, sama seperti sang ketua juga.

Ingatkan bodoh saja rupanya confirm bangang.

Semalam, ada pula yang NGOk mendesak agar kerakyatan YB Nasir direnggut… apalah punya baghal.  Bagilah ide yang membina, yang boleh dijadikan penanda aras, yang nampak “bijak” sikit.  Kononnya, kalau tidak mahu memohon maaf, mereka akan buat demo… nak buat demolah pulak… ini macam nada UMNO je… 

Ini semua tak lain tak bukan nak melagakan antara kerajaan negeri dan istana.  Inilah kepandaian UMNO yang dipelajari dari British (tok guru mereka) dulu.  Selain dari ISA dan pesta-pesta, satu perkara yang mereka ikut dengan baik ialah dasar “divide and rule” – pecah dan perintah.  Jauhkan istana dari pembesar negeri, lagakan mereka, kemudian bohong rakyat.  Itu yang menyebabkan negara kita berpecah belah dulu.  Inilah perangai yang mereka warisi.

YB Nasir, terus mara dan tetap dengan pendirian, yang menyokong YB lebih ramai dari budak-budak pencacai yang dicucuk hidung dan diramas xxxxxx nya….

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya, Inilah dunia

2 responses to “Ingatkan bodoh saja rupanya bangang

  1. shuhadah

    jangan terlalu mengikut perasaan sehingga melupakan watak yang sepatutnya dibawa dan dimiliki oleh setiap orang yang mengaku umat nabi Muhammad. Rosak mulut,padah agama. Jangan cepat melatah.

    • shahrulpeshawar

      Ya betul tu Shuhadah.

      Mereka bukan setakat menafikan kebenaran tetapi mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan, mendesak perkara yang tidak berkait langsung serta membuat fitnah dan tohmahan melalui kain rentang yang dipasang dengan kesumat yang bergelora dan bukannya mencari kebenaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s