Selamat Hari Belia 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat Hari Belia.

Belia merupakan aset terpenting kepada agama, bangsa dan negara.  Belia hari ini merupakan bayangan pemimpin negara di hari kemudian.  Namun ianya tidak bermakna bahawa di usia Belia – kematian dan musibah tidak datang menjengah, ianya berlaku juga tetapi tidak sekerap mereka yang digarisan penalti.

Belia di Malaysia semakin terbeban dengan pelbagai kesukaran dan kesulitan.  Ramai belia terpaksa meninggalkan bangku sekolah dan ada yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi gara-gara terpaksa membantu menyara keluarga dan memberi laluan kepada adik-adik yang lain untuk meneruskan pelajaran.  Belia juga semakin terdedah dengan pelbagai bentuk keganasan, salahlaku moral dan jenayah.  Belia juga  terus-terusan menjadi mangsa kepada pelbagai pihak, termasuk pengedar dadah, kumpulan samseng, rempit, pelacuran dan pelbagai lagi.

Hari ini, negara merayakan Hari Belia yang terbesar katanya, harapnya perbelanjaan ini setimpal dengan gerak kerja untuk memperkasa belia.  Hari Belia harus disambut dengan penuh keinsafan dan iltizam, membugar semangat untuk meneruskan khidmat bakti bagi membina Malaysia yang lebih bermaruah dan teguh.

Belia seharusnya diberikan peranan yang lebih besar dalam setiap perkara.  Dalam Islam, apabila seseorang itu mencapai peringkat aqil baligh, saat inilah beban dan tanggungjawab mulailah terpikul dibahunya.  Namun, di Malaysia kini, remaja dan belia terus dilalaikan dengan pelbagai aktiviti yang memusnahkan akhlak dan kualiti diri.  Belia terus leka diulit pelbagai program yang tidak menjurus kepada ilmu dan pembinaan generasi yang cemerlang.

Belia terus dikesampingkan.  Berapa banyak persatuan belia yang pemimpinnya masih lagi muka lama, sejak dari penubuhan persatuan itu sehingga kini masih lagi muka yang sama.  Bagaimana muka baru dan pelapis belia hendak dilahirkan?  Bagaimana proses pembaharuan hendak berlaku?  Malah yang lebih ironis lagi ialah pemimpin belia adalah juga pemimpin sesebuah parti politik.  Apa sangat yang boleh diharap pada ahli persatuan sebegini.

Apapun, saya masih melihat adanya cahaya di hujung terowong bagi golongan belia selagi mereka bebas membuat keputusan dan memilih hala tuju yang sesuai dengan diri mereka, bukannya yang dipaksa dan diugut.

Selamat Hari Belia.

Shahrul Peshawar, penyandang Anugerah Tokoh Belia Negara (Kategori Kesukarelaan) 2004

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s