Tak dibenar mengambil gambar

10hb Jun yang lepas aku attend Muktamar Dewan Muslimat PAS di Perdana Beach Resort kat Pantai Cahaya Bulan.

Aku cover dari perasmian, press conference, gimmick untuk palestin, segala macam montaj dan presentation, last sekali, jawatankuasa Keselamatan datang dan mintak aku tunjuk kad wartawan.  Apa barang… aku blogger… bukan reporter.. mana ada tag-tag nie semua…

JK Keselamatan Muslimat:  “Encik! Encik!… Encik dari media mana?”

Aku (si mangkuk):  “saya tak wakili media”

JK Keselamatan Muslimat:  “Encik tak boleh masuk…”

Aku:  Dari pagi tadi sampai sekarang, tak de siapa pun kata tak boleh masuk, takde orang pun nak check saya..

JK Keselamatan Muslimat:  “Encik kena ikut peraturan…”

Aku:  Maaf, bila keselamatan lemah saya terlepaslah…

JK Keselamatan Muslimat:  “Encik tak boleh buat macamani”

Aku:  Minta maaf puan, nak buat camana tapi saya dah habis (ambil gambar) pun…

Aku dengarlah diaorang tu membebel macam-macam, dia kata kalau ikut Presiden pun kena ikut peraturan… bebel lah… aku siap dioffer air kotak, cupcakes dengan roti bun lagi kat dalam dewan tu…

Lebih kurang macam tulah dialog aku dengan JK Keselamatan Muslimat.  Sorry lah puan, saya memang suka “beat security”.  Muktamar tahun lepas di Shah Alam pun saya kena tahan oleh JK Keselamatan, itupun setelah saya habis buat kerja yang sepatutnya.  Sekadar catatan, saya pernah kena tahan dengan polis Afghan di Kabul sebab saya ambil gambar dikawasan yang dikira sensitif – tapi saya lepas gak.  Mungkin rezeki, satu hari kena gak nanti.

Kenapa saya boleh lepas dalam Muktamar Muslimat?  1.  Security sedang berborak.   2.  Security tak jaga semua pintu.  3.  Security tak tahu apa yang dia nak protect.  4.  Security tak boleh jawab apa yang salah bila aku ambil gambar   5.  Security malas nak periksa semua orang  6.  Diaorang tak cam muka aku.

Sebenarnya aku dah cuba pi register kat kaunter penerangan, awek cun yang jaga kaunter tu kata tak de tag dah untuk reporter.  Aku pun tak kisah sangat, cadangnya aku nak buat cam e-zine untuk muslimat, ada beratus gambar aku ambil… tapi tawar hati pulak aku nak membuatnya..

Oklah, aku pun tak mo gaduh dah, tapi next year aku akan datang lagi… hihihihihii 

Muslimat Tiang Seri Perjuangan

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s