ancaman JI… betul ke? rakyat dah banyak kali dibohongi…

betul ke ada ancaman JI?  macam citer hantu kom-kom je..  semacam nak mengadakan ala-ala Memali siri ke 2 pulak… tak pun nak buat episod Sauk part 2.

ini macam nak pilihanraya aje… nak tarik undi orang bukan Islam dan bukan Melayu. 

Pada pengamatan aku, JI nie muncul selepas keterbukaan sebuah parti politik di Malaysia yang sebelum ini dilabel sebagai ekstrimis dan jumud, tertutup dan beku untuk menerima mereka yang belum muslim menjadi ahli bersekutunya.

Ancaman JI atau terroris adalah salah satu label yang boleh menyebabkan orang melarikan diri dan tak mahu turut serta dengan mana-mana organisasi.  Ini teori akulah.  Tapi, ianya juga adalah satu label lama yang dah lapuk… menjadi sebahagian dari versi lapuk warisan penjajah yang masih diwarisi.  Ingat tuduhan dan label “lanun” yang diberikan British kepada orang Bugis? 

Ingat lagi label pengkhianat yang diberikan kepada Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Dato Dol Said, Dato Maharajalela, Si Puntung dan lain-lain lagi?  Siapa yang berikan label ini? Kenapa ia diberikan?  Tidak lain gelaran ini diberi oleh pemerintah ketika itu kerana mereka menentang sistem dan caragaya yang ingin dipaksakan kepada rakyat terbanyak.

Aku tak pertikaikan inteligentsia pihak-pihak tertentu.  Aku cuma risaukan campurtangan “tangan busuk” (bukan tangan ghaib) dalam hal ini.  Yang bakal menyebabkan pihak-pihak tertentu dipandang leceh dan lekeh oleh rakyat.  Apa tidaknya, perkara yang berbentuk dan mempunyai bukti terang seperti pedagang haram CD cetak rompak dan Dadah asyik terlepas dan kemudian kembali membuat jenayah yang sama tidak pernah dapat dicekup dan dihukum tetapi tiba-tiba sesuatu yang tidak berjasad, cuma dikatakan “ideologi”, lebih kepada tanggapan dan syak wasangka hendak dijadikan suatu ancaman kepada negara – nampak sangat tidak lojik dan ada kepentingan tertentu yang hendak di selewengkan…

Kedai Urut “Haram” pun ada bersepah tak diselesaikan lagi… entahlah… mungkin mati nanti korang tak disoal atas penyelewengan dan pemesongan fakta yang dilakukan… wallahualam.

Shahrul Peshawar, JM (Jemaah Masjid)

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s