Pudu Jel… tiada lagi nostalgia

Nak kata selalu aku ke Pudu Jel, tak lah jugak, cuma semasa sekolah menengah dulu, hari-hari aku lalu pudu jel bila nak balik rumah.  Aku balik rumah naik dua bas, satu dari Kg. Pandan, turun di Cahaya Suria, pastu ambik bas pegi Sentul pulak, aku sekolah kat Aminuddin Baki…

Aku aktif dengan Pengakap, 18 Kuala Lumpur Bandar tu… jadinya hujung minggu selalu gak aku lepak kat Kem Pelanduk, kat sebelah jalan keretapi tu… kem ni dibawah kelolaan Cikgu Aziz Majid (salah sorang yang kena tawan dalam Peristiwa Tawanan Penjara Pudu tahun 80 an dulu dengan geng banduan dari Singapura tu).

Kat sebelah luar penjara nie, ada sebuah Masjid kecil, aku pernah gak solat jumaat kat sini.  Aku ingat lagi senario bila dinding penjara nie dilukis oleh banduan, ramai warden jaga banduan yang tengah melukis tu.. pemandangan yang dilukis segar sekali.

Masa aku ikut Kursus Asas Bomba dengan Balai Bomba Jalan Hang Tuah sekitar tahun 1988 kalau tak silap, aku bermalam kat Kem Pelanduk ni jugak.  Enjoy duduk kat Kem nie, di celah-celah bangunan batu bata boleh terselit sebuah kem pengakap, cuma tak de sungai yang boleh mandi saja…

Dari Aminuddin Baki, yang selalu lepak kat sini, batch aku lah… antaranya Sutan Mustaffa, Husni, Baba (nama cina dia aku tak ingat)… 

Pada aku, Penjara Pudu, paling tidak – tinggalkan sedikit kenangan sebagai pengajaran dan peringatan kepada generasi baru.  Dengan usianya yang panjang dan historik tu tak keterlaluan kalau kita jadikan sebagai salah satu monumen sejarah.  Di luar negara, penjara dimana berlakunya kekejaman rejim-rejim tertentu terhadap rakyat dijadikan tapak lawatan – boleh jual tiket, adalah sedikit pendapatan untuk tampung kos harian.  Ada menteri kata tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Penjara Pudu – pandai gak menteri bercakap rupanya… yang ISA tu apa pulak yang boleh dibanggakan wahai pak menteri? bangang.

Sekali Pengakap terus Pengakap

Shahrul Peshawar, cuma yang lecehnya sekarang nie, ramai orang politik nak masuk pengakap… ini bukan pengakap tapi perangkap.

Kredit gambar kepada Mahathir Abd. Latiff, thanks bro.

3 Comments

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Peta Dimana

3 responses to “Pudu Jel… tiada lagi nostalgia

  1. Al fatihah untuk arwah cikgu Aziz. .time aku kem perindu bangsar scout 09

  2. saya pun no18 w/p kl..1985, kem pelanduk dlm kenangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s