Persepsi orang lah Keadilan wooiiii…

Aku pun tak paham dengan apa yang berlaku di Selangor kebelakangan nie.  Banyak sangat cerita dalam kelambu dan bawah katil, ada yang direka cipta oleh UMNO dan ada yang disumbangkan oleh kebebalan ahli pakatan tu sendiri yang ditunjang (atau tunggang) oleh Keadilan.  Dahlah hari tu riuh ADUN dan MP Keadilan loncat dan cabut, menyusahkan semua orang.

Kes yang terbaru, penggantian YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan YB Azmin Ali sebagai Pengerusi Keadilan Negeri Selangor, walaupun ianya tidak menggangu gugat jawatan Menteri Besar ianya dibaca oleh orang kampung, rakyat marhain sebagai kemelut politik dalaman yang tidak jauh berbeza malah cam lebih kurang UMNO je.  Wak Parjo di Sabak Bernam tak paham pengagihan kuasa dan penumpuan kerja, yang dia paham Tan Sri Khalid, keadilan sendiri tak tolong dia.

Inilah yang akan dimanipulasi oleh orang-orang UMNO, bahawa kerajaan yang ada sekarang lebih banyak politikingnya daripada membantu orang ramai dan rakyat.  Semua orang tahu selama UMNO memerintah dulupun, hanya sekerat dua kerat kroni aje yang dapat syafaatnya tetapi orang kampung nie tak terdedah dengan internet dan dunia maya, mereka senang didorong untuk percaya bahawa kerajaan pakatan rakyat sama je dengan kerajaan umno apco.

Memanglah ada contoh bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri tidak semestinya menjadi Menteri Besar, tapi biarlah benchmark tu berbaloi sikit, kenapa nak ambil pengalaman umno tu sebagai benchmark?  Tak nampak macamana teruk kat Terengganu bila Ahmad Said naik, Pengerusi Perhubungan Negeri buat ribut?

Tak taulah apa nak jadi, tapi aku pun rasa cam nak rasa bahawa kerajaan dulu dan sekarang hampir lebih kurang je, cumanya Tan Sri Khalid Ibrahim tak makan tempe cam yang dulu untuk kesihatan dan rupa paras yang menawan… dan satu lagi, kesian kat Faekah, baru masuk terpaksa kena kerja keras untuk betulkan persepsi orang kampung cam Wak Parjo Sabak Bernam tu…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s