Anwar memang berbisa – sebab timbalan presiden pun cerita pasal Anwar di perasmian mesyuarat bahagian..

Anwar memang berbisa. 

Sebuah akhbar melaporkan Timbalan Perdana Menteri (sepatutnya ditulis Timbalan Presiden UMNO – apa barang Timbalan Perdana Menteri pergi rasmi mesyuarat parti?) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak konsisten dan sering berdolak-dalik untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.

Akhbar tu melaporkan lagi bahawa turut diceramahkan oleh Timbalan Presiden tadi ialah tentang Raja Petra, isu Anwar dengan Zionis, isu Zaid Ibrahim jumpa Raja Petra… apa punya Timbalan daa… mesyuarat agung bahagian bincang pasal Anwar, bincanglah pasal halatuju UMNO dan APCO.  Lepas pilihanraya nie nak buat apa… cuba buat satu latihan simulasi bilamana DUN Johor dikuasai pembangkang, camna nak rampas balik cam di Perak ke…

Atau citerlah kenapa kita perlu kukuhkan politik orang Melayu, sebab kalau takde UMNO, orang Melayu tak boleh nak jadi pilot, tak boleh nak jadi lawyer, tak boleh jadi doktor… orang Melayu akan mundur kalau tolak UMNO.  Ceritalah kenapa Pak Presiden mula-mulanya luluskan lesen JUDI bola, kemudian tarik balik – tak istiqamah… Ceritalah kenapa FELDA sebenarnya tak rugi, tak bangkrap… duit ada cuma tak jadi banyak je… ceritalah… orang umno bahagian semua nak dengar tu… bukan cerita Anwar, Zaid dan RPK. 

Cerita Anwar, Zaid dan RPK diaorang boleh capai dialam maya… sendiri boleh cari… tak payah cerita pasal Anwar pun diaorang dah tahu… apa punya turrr… lah Timbalan Presiden Umno nie..  Korang tukarlah dia nie, lagi lama dia kat situ, silap-silap Johor pun boleh hanyut ke PAKATAN RAKYAT nanti.. kah kah kah…

Hidup Tongkang Pechah, Parit Raja, Parit Bilal… nie kan semua dulu orang Semangat 46…

Shahrul Peshawar

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7907745.asp

4 Comments

Filed under Anwar Ibrahim, Di Minda Saya

4 responses to “Anwar memang berbisa – sebab timbalan presiden pun cerita pasal Anwar di perasmian mesyuarat bahagian..

  1. zaron

    penulis sepatutnya faham penubuhan kerajaan memerintah di malaysia. jika tok nik aziz jadi tpm pun (memang tak layak jd pm malaysia) dia pasti rasmikan apa2 mesy pas atas kapasiti org besar parti.

    begitu juga tpm sekarang……pakai 2 topi (tpm malaysia dan parti memerintah)

    penulis dilihat terlalu fanatik, emosi dan tak brapa nak faham dunia politik.

    • shahrulpeshawar

      kau tu yang bangang.
      orang umno pun paham benda nie, ni orang suratkabar yang tulis.

      aku ingat kau nak komen apa, itu aje rupanya… lecehlah… sikit sangat komen tu..

  2. sabarudin

    enna dai shahrul, balik peshawar je. tunjuk hero kat sana, baru tau langit tinggi atau rendah. buat apa nak sibuk-sibuk dimalaysia ni. cantik budi bahasa, siapa ajar? PKR ?

    • shahrulpeshawar

      Terima kasih kerana sudi lawat.. kat Peshawar diaorang tak cakap “enna dai”… buat lah kerja rumah sikit… jadilah Melayu yang ada ilmu, berotak dan berakal. Biar kita UMNO tapi beriman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s