Rais Mahu Pasukan Sukarelawan Diwujudkan Dalam Umno

KLANG, 10 Julai (Bernama) — Umno perlu mewujudkan lebih banyak pasukan sukarelawan bagi memastikan perjuangan parti sampai ke peringkat akar umbi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata semangat sukarelawan di kalangan pemimpin Umno di setiap peringkat harus disuburkan kembali dalam usaha memastikan semua program parti dapat memberi manfaat kepada anggota Umno dan rakyat keseluruhannya.

“Kita dapati bahawa kesukarelawanan dalam perjuangan (Umno membela nasib rakyat) dilihat agak sedikit dan tidak menyerlah sedangkan kemerdekaan tanah air kita dan pencapaian ulung di negara ini menerusi perjuangan menampilkan sifat-sifat kesukarelawanan.

“Dalam Umno pun kita rasa perlu hidupkan semula (semangat sukarelawan). Kita berpandangan bahawa perjuangan seperti didukung parti politik mesti mempunyai sampingan dalam projek-projek sukarelawan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kapar dekat sini.

Rais berkata langkah untuk mewujudkan pasukan ataupun kumpulan sukarelawan akan membantu Barisan Nasional yang diterajui Umno untuk merampas kembali negeri Selangor daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan lain, Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, mengingatkan orang Melayu dan masyarakat luar bandar supaya meningkatkan pencapaian komunikasi mereka menerusi khidmat jalur lebar dan internet.

Beliau berkata kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan memperbanyakkan program bagi tujuan itu.

BERNAMA

Shahrul Peshawar – No Komen.

1 Comment

Filed under Inilah dunia, sukarelawan

One response to “Rais Mahu Pasukan Sukarelawan Diwujudkan Dalam Umno

  1. itis rajah

    Askm, saya adalah anak jati Kuching Sarawak. Saya nak tahu macam mana nak menyertai sukarelawan di Malaysia ke Haiti? Saya amat berminat hendak membantu rakyat disana setelah melihat di youtube keadaan mereka disana yang banyak dugaan yang dialami.. iaitu gempa bumi.. Besar harapan saya untuk ke sana.. Sekian. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s