PASir oh PASir… ambik pasir boleh hilang air rupanya…hmmm

“Walaupun Kerajaan Negeri akur pengurusan  KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010).”
Petikan perenggan akhir Kenyataan Akhbar YAB MB Selangor 14 Julai 2010

Hari-hari kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan.   Macam-macam pendedahan.  Sudahlah dijalanan banyak pendedahan yang menghakis pahala kini diakhbar juga ada banyak pendedahan, cuma yang dihakis oleh akhbar ialah kewarasan dan kebenaran sesuatu “pendedahan” tersebut.

DS Najib telah memulakan marathonnya untuk menyiapkan BN menghadapi pilihanraya akan datang, seperti kebiasaan acara sukan, peserta bukan boleh terus lari pecut… kena lari perlahan-lahan… dan dalam mood perlahan-lahan nie, kita boleh lihat bagaimana Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Kedah digasak… 

Minggu nie, paling best tengok bagaimana strategis umno dan bn, termasuk strategis yang digajikan oleh JPM merencana taktik untuk mengocakkan pentadbiran negeri-negeri pakatan rakyat terutamanya Selangor.  Aku rasa terharu sangat bila Khir Toyo bercakap soal alam sekitar, soal kelestarian alam, bagaimana air bersih boleh berkurangan, bagaimana kalau tanah dikorek bakal merosakan ekologi dan begitu dan begini.  Kalaulah dia cakap macam tu masa kes Bukit Cherakah dulu… tentu dia dijulang rakyat.

Khir Toyo juga mahu Kumpulan Semesta ditutup dan kerja-kerja pasir diserahkan kepada PTG untuk diuruskan.  Begitu tawadhuk dan “concern” aje bunyi statementnya tu… hahahahahahahah…. ini lah jadinya bila banyak buat facial treatment, kita je cantik orang lain semua buruk.

Sudah-sudahlah membohong.  Zaman BN dulu apa yang tidak dikerabat untuk kroni dan penjilat?  Bukit lagi ditarah, inikan pulak pasir lombong dan sungai.  Apa kerajaan dapat?  Apa rakyat biasa dapat?  Tak ada apa.  Hari nie bila Kerajaan Baru dibawah Pakatan Rakyat perintah, rakyat dapat semua manfaat.  Dari yang baru lahir sampailah yang telah meninggal, semua ada bahagian yang disediakan, ringan sama dijinjing – berat sama dipikul.  Inilah namanya rakyat diutamakan…

Yang marah sangat pasal isu pasir di Selangor kenapa? Adakah mereka yang marah tu pencuri-pencuri pasir haram yang dilepaskan oleh penguasa tempatan sebelum 8 Mac 2008 dan kini telah kehilangan punca pendapatan lumayan, atau bekas pemegang tampuk eksekutif yang berkongsi keserakahan dan kini telah kehilangan “sumber pendapatan tidak rasmi bulanan” yang hampir tiada had… ataupun rakyat-rakyat kecil yang terpaksa melalui jalan-jalan lopak dan lecak yang dtinggalkan oleh lori-lori mengangkut pasir – yang halal dan yang haram.

Apapun, tahniah kepada Dato Anuar (boss SEMESTA), orang yang sederhana tetapi tajam.  Anda boleh temui beliau di surau kecil dan pasar malam je.    Teruskan kerja Dato’, pegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.

Shahrul Peshawar

 

8 Comments

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

8 responses to “PASir oh PASir… ambik pasir boleh hilang air rupanya…hmmm

  1. picojayboy

    ayo…mb khalid sudah kasi 4 mp lompat dan lagi 1 mp kalah hulu selangor.lagi 15 mp berontak sama
    pkr punya bosses…semua ini mb selangor punya hal.

    cina pasir semua pakai betting loteri sindiket mau
    tentukan semua orang tak akan undi pkr lagi..

    apani?

    • shahrulpeshawar

      mengurus kemenangan bukan mudah. apatah lagi di sebuah negeri yang begitu rencam. mb macam Khalid kalau boleh tadbir Selangor lagi dalam 5 tahun lagi cukup untuk betulkan balik semua sistem yang dah tunggang terbalik sejak dulu tu.

      Cina pasir betting tu dia punya pasal… kalau nak betting menang pi lah cari sotong worldcup tu.

  2. sambapati

    salam,
    is that true that mb want to sell rights of land and minerals to putrajaya?is this why he ask federal
    leaders to regulate the state land use?

    tq.

  3. noniwahid

    saya terpanggil untuk memberi cadangan membina: pimpinan pkr silalah minta khalid
    berhenti.dia lah musuh pakatan secara tak sengaja
    selepas najib.kerana khalid lah negeri selangor
    serta pakatan khususnya pkr menampakkan
    pimpinan yang tidak ada kebolehan.

    tolong lah jgn cakap pasal dulu aja..

    sekian.

    • shahrulpeshawar

      lama dah jadi ahli umno? nak buat reverse phsychology pergilah buat kat geng puteri umno jelah…

      “DULU” adalah penyebab berkat atau keparat hari ni…

    • jetmen

      abis nak cerita pasai apa klu bukan cerita dulu kini dan selamanya menipu rakyat.apa pemimpin bn dah abis modal ker.sebab tu cerita pasai pasir.sebab ramai pemimpin depa kalah dan depa dan keroni2 periuk nasi tinggal pasirr.

      • shahrulpeshawar

        apa masalah dengan pasir… nampak ada kecurian pergilah tangkap? kenapa nak heboh-heboh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s