Nak Ubah Gaya Hidup Lagi atau nak ubah pemimpin?

Barang Naik lagi… 1 Malaysia rasa kenaikannya.

Kan Najib kata RAKYAT DIDAHULUKAN, Muhyiddin pun kata RAKYAT DIDAHULUKAN. Semua pemimpin BN, UMNO, MCA, MIC pun kata RAKYAT DIDAHULUKAN…

Makcik Senah di FELDA Bilut  tidak faham penyelarasan harga… dia tidak tahu harga gula naik.  Pakcik Jusoh di Rancangan FELCRA tidak tahu apa dia rasionalisasi .  Ah Chong di Jinjang tak faham subsidi.  Rajoo di Bukit Selambau tidak faham kenapa minyak naik?  I Chin di Naka tak tahu kenapa gas juga kena naik.  Harga barang kalau naik – dia tak pernah turun.. tapi pemimpin yang naik banyak kali kena turun kalau tak betul.

Orang UMNO… kalau korang sokong lagi pemimpin korang, korang kena sanggup terima sumpah seranah rakyat jelata.  Kalau korang masih sanggup lagi terima “perjuangan yang tak pernah selesai” nie, korang harus bersedia menjawab semua soalan orang kampung terhadap kenaikan yang sangat memeras ni..

Penyelarasan – Kurangkan Subsidi – Rasionalisasi = Harga barang naik

Inilah pembohongan paling nyata.   Rakyat yang tolol dan bangang terutama yang menyokong gelombang biru adalah punca kepada kenaikan harga barang.  Kenapa korbankan hak rakyat tetapi dalam masa yang sama ada duit untuk APCO?  Kenapa masa sebelum kenaikan harga gula – gula takda di pasaran, tetapi kenapa sekarang gula berlebih-lebihan pulak? 

Orang miskin yang biasa menghirup hanya kuah… akan terus menghirup kuah, dulu hirup semangkuk, tapi hari ni hirup setengah mangkuk je.  Pemimpin BN akan terus meratah daging.. sama saja seperti dulu.  Tidak pernah dalam mana-mana krisis hidup mereka terjejas.  Rakyat lah yang akan terus menjadi mangsa seperti apa yang selalu disebut-sebut “Rakyat Didahulukan”.

Padanlah muka rakyat yang suka menjilat pemimpin, rakyat Malaysia kini terbahagi kepada dua – satu rakyat jenis manusia dan satu lagi rakyat jenis lembu – ikut saja…, makan, seks dan berak.  Tak tahu nak kata tidak dan tak tahu nak geleng. 

Shahrul Peshawar

4 Comments

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

4 responses to “Nak Ubah Gaya Hidup Lagi atau nak ubah pemimpin?

  1. kita harus merubah diri sendiri terlebih dahulu, baru keluarga dan masyarakat. maka suatu bangsa akan menjadi kuat

  2. mokgee

    salam , dalam kita terus ‘mengapi’2kan semangat ‘kemelayuan’ kpd blpgger2..jgn sampai kita terkupa ramadhan katiiim…seburuk2 UMNO ler(pd pandangan saya ler) dah pun memegang tampuk pemerintahan selama lebih 50 tahun..tidak dinafikan..kekurangan ,kelemahan dan kesilapan telah dilakukan oleh UMNO..tapi jgn sampai lupa..mengapa UMNO dan bagaimana ia ditubuhkan .Dalam nak mem’bela’org tertentu…adalah wajar menjaga keperibadian kita sebagai sesama Melayu Islam..
    Ramadhan dtg sepatutnya mengajar dan mendidik kita agar sentiasa menjadi ;pendamai’ bukan sebaliknya…sifat2 org Islam sepatutnya bercambah dengan laungan Asma ul Husna..baru lah dlm dalil ada menyebut ‘wa’ ta si mu bi habli minallah..wa hablu minnas..’ dapt terus diamalkan sebaik2nya…tak de sudahbya jika asyik korek salah org sana ..salah org sini…koreksi diri..rasanya lebih baik…wallahua’lam

    • shahrulpeshawar

      Apa salahke kita ubah pemimpin? Jadi kita biarkan lagi UMNO untuk 50tahun lagi? Akal ada?

    • shahrulpeshawar

      Apa salahke kita ubah pemimpin? Jadi kita biarkan lagi UMNO untuk 50tahun lagi? Akal ada? Ramadhan yang datang sepatutnya menjadikan kita lebih berani dan dapat membezakan yang baik dan buruk, tapi malang, ada sesetengah orang Ramadhan datang dia masih lagi di takuk lama, hidup penuh kemunafikan dan kepura-puraan… 50 tahun ditipu dan terus dungu untuk 50 tahun yang akan datang.. kesian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s