RAYUAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAKISTAN

RAYUAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAKISTAN
06 Ogos 2010

Saudara/Saudari yang budiman,

Assalamualaikum

Banjir yang sedang melanda Pakistan adalah yang paling teruk sejak 100 tahun melibatkan kawasan yang begitu luas hampir keseluruhan utara Pakistan dengan lebih daripada 1500 orang terkorban, 30,000 buah rumah telah hanyut dan hampir 4 juta orang telah dipindahkan. Keadaan banjir ini dijangka akan menjadi lebih teruk disamping tidak berapa lama lagi musim sejuk akan tiba.

Walaupun banyak pihak sedang membantu, tetapi banyak kawasan yang masih belum mendapat bantuan. Keperluan yang amat diperlukan termasuk khemah, selimut, pakaian, peralatan dapur, makanan, kit kebersihan (hygiene kit) dan ubat.

Malaysian Relief Agency (MRA) merasa amat terpanggil untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini dengan membekalkan keperluan tersebut atas kadar RM 300 seorang.

Kami bercadang untuk membantu pada peringkat permulaan ini seramai 1000 orang (bermakna jumlah bantuan adalah sebanyak RM 300,000) dan berkemungkinan akan menghantar pasukan kami untuk tujuan menyampaikan bantuan secepat mungkin.

Kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk menghulur bantuan kepada kami bagi membantu saudara-saudara kita di Pakistan. Nama Akaun kami : MALAYSIAN RELIEF AGENCY No. Akaun: 5640 9820 6365 (MAYBANK BERHAD) atau hantar sumbangan ke alamat diatas. Sekiranya sumbangan di masukkan ke dalam akaun kami, sila sms maklumat berkaitan kepada kami untuk tujuan pengeluaran resit.

Sekian. Selamat berpuasa dan semoga Allah membalas budi saudara dengan sebaik-baik balasan. Terima kasih.

Saudara mu se Islam,

Dato Dr Abdul Razak Kechik
Presiden

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Human Rights, Humanitarian, IDP, Kempen-kempen, Kenyataan Media, Refugee, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s