Monthly Archives: September 2010

Mengutuk Pembunuhan Ustazah dan anak serta Dato Sosilawati dan 3 yang lain

Saya merakamkan perasaan dukacita serta kecewa yang teramat sangat diatas pembunuhan seorang Ustazah dan anaknya di Port Dickson tempohari dan pembunuhan brutal Dato Sosilawati dan tiga yang lain.

Manusia sudah hilang pertimbangan dan kewarasan.  Perasaan tamak dan haloba, mungkin juga dengki menjadi penyebab kepada kesemua kematian ini.  Atau ada sebab lain?

Pihak POLIS telah menjalankan tugas mereka untuk mengenalpasti punca pembunuhan termasuk mencari dalang-dalang yang terlibat, syabas.  Tugas yang belum selesai ialah bagaimana kita sebagai sebuah masyarakat dapat membantu membendung gejala yang sama dari berulang.  Apa yang boleh dan apa yang perlu kita lakukan?

Ada sesiapa boleh memberikan pandangan atau ide?

Shahrul Peshawar

Advertisements

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Life is getting difficult after Aidilfitri in Pakistan’s Flood affected areas

It is surely going to be the toughest time for those who are living in the affected areas.

Scarcity of clean water.  Polluted air.  Mud covered land. Shortage of seeds.  Damage farming equipments and facilities.  

Who can help them? 

WE can help them.  1. By giving donations and funds to the right parties that are currently working inside Pakistan.  2.  By giving information on how others can help them. 3.  By organising fund raising campaign at your own level.

HOW to help them?

BY providing fund to support food, water, sanitation, health, and other programs.  DO NOT send used clothes, as it is not a priority now.  DO NOT waste your money by sending cargo through air freight or sea as it is costly and handling fee will be high.  Send fund through western union, we can purchase from local shop and traders.  It will help the locals to rebuild their economy and many people get employed.

HOW WE KNOW THAT OUR FUND HAD BEEN DELIVERED?

Simple.  By asking for progress report and full report upon completion of the project.  You may request for the photo of the project and number of beneficiaries.  You may also request testimonies from them.  Lastly, ask for official receipt or any relevant documents pertaining the projects.

IF YOU WANT TO DONATE, BUT UNSURE TO WHICH ORGANISATION YOU WANTED TO WORK WITH… Contact MRA – Malaysian Relief Agency.  We are here to assist you in disseminating your contributions.  We dont look at the amount, we look at your willingness and desire to assist the needy…

More details SMS me – 00 6019 6159948  – Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Di Minda Saya, sukarelawan

Program Bekalan Air Bersih

Dulu masa di Afghanistan, aku pernah handle pembikinan 10 water pump, tapi yang jenis heavy duty punya..

Yang ini harga dia lebih dari USD400 masa tu… sekarang mungkin lebih lagi.  Pam ni kami buat di Logar, dalam kawasan sebuah sekolah rendah, terjaga dan selamat sikit daripada dirembat orang di waktu malam.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia, Refugee, sukarelawan

Peluang Membuat Amal Jariah – Projek Pam Air di Charsadda dan Nowshera

Keperluan kepada bekalan air bersih amat mendesak di waktu ini bagi penduduk di Charsadda dan Nowshera.  Malahan tempat-tempat lain juga turut memerlukan, tapi memandangkan kami beroperasi di kawasan ini, mudahlah sikit untuk kami memantaunya.

MRA telah melaksanakan dua projek pengagihan air menggunakan lori – mengangkut tong 500 gelen dan menghantar ke kawasan yang memerlukan di Charsadda dan Nowshera.  Kami buat projek ini selama 14 hari berterusan.

MRA juga telah mengenal pasti dan sedang membantu memulihkan prasarana pam air menggunakan tangan di 12 buah lokasi di Charsadda dan Nowshera.  Ada beribu lagi lokasi yang menunggu, tapi kami buat apa yang mampu.  Dan 12 buah lokasi yang dipilih ini semuannya berhampiran masjid.  Masjid merupakan pusat komuniti untuk penduduk setempat.  Kos berbeda-beda antara Rs5000 – Rs35,000, bergantung kepada permukaan bumi.   Tapi bagi kawasan Charsadda, kebiasaannya kos sekitar Rs15,000 sahaja. (lebih kurang RM800).

Air ini selain dari kegunaan untuk berwudhu, ianya juga digunakan untuk minum, mencuci pakaian dan membersihkan diri. 

Kita tak boleh nak samakan fasiliti air di Malaysia dengan Pakistan.  Malaysia sebuah negara yang selalu hujan dan kita mempunyai banyak empangan disamping pengurusan air yang lebih baik dan teratur.  Pakistan, sebuah negara yang mengalami empat musim, hujan turun tidak sekerap di Malaysia, mereka bergantung banyak kepada sumber air bawah tanah dan salji yang mencair.  Pengurusan air belum begitu baik.  Jadinya, air masih menjadi satu keperluan yang begitu kritikal tambahan pada waktu kecemasan sebegini.

Sekiranya anda berminat untuk menginfaqkan dana bagi membiayai projek pembekalan air bersih di Charsadda dan Nowshera, maklumkan pada kami, kami akan memberikan penerangan lanjut dan kami akan membekalkan laporan berserta gambar di mana pam air yang anda taja di bina, berapa pengguna yang mendapat manfaat, berapa belanja pembinaan dan sebagainya..  Fikirkan.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

apa yang ribut dengan Malaysia dan Indonesia nie? kan kita satu rumpun

Kita kan satu rumpun? pakai kain pelekat yang sama…

Kita kan satu rumpun? makan pakai tangan…

Kita kan satu rumpun? berpencak silat…

Kita kan satu rumpun? saling berjual beli pantun…

Kita kan satu rumpun? sang saka dan jalur gemilang berkongsi merah dan putih…

Kita kan satu rumpun?  berkongsi selat Melaka yang sama…

Saya dan pak M. Yasin dari PKPU bertemu di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto Islamabad dalam misi yang sama – membantu mangsa banjir.  Kami bertemu dan saling bertukar salam, tidak ada sebarang ribut pun.  Kita sesama humanitarian apatah lagi satu bangsa dan satu rumpun saling hormat menghormati…  yang ribut nie semua kerja orang politik… politik murahan…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, sukarelawan