Peluang Membuat Amal Jariah – Projek Pam Air di Charsadda dan Nowshera

Keperluan kepada bekalan air bersih amat mendesak di waktu ini bagi penduduk di Charsadda dan Nowshera.  Malahan tempat-tempat lain juga turut memerlukan, tapi memandangkan kami beroperasi di kawasan ini, mudahlah sikit untuk kami memantaunya.

MRA telah melaksanakan dua projek pengagihan air menggunakan lori – mengangkut tong 500 gelen dan menghantar ke kawasan yang memerlukan di Charsadda dan Nowshera.  Kami buat projek ini selama 14 hari berterusan.

MRA juga telah mengenal pasti dan sedang membantu memulihkan prasarana pam air menggunakan tangan di 12 buah lokasi di Charsadda dan Nowshera.  Ada beribu lagi lokasi yang menunggu, tapi kami buat apa yang mampu.  Dan 12 buah lokasi yang dipilih ini semuannya berhampiran masjid.  Masjid merupakan pusat komuniti untuk penduduk setempat.  Kos berbeda-beda antara Rs5000 – Rs35,000, bergantung kepada permukaan bumi.   Tapi bagi kawasan Charsadda, kebiasaannya kos sekitar Rs15,000 sahaja. (lebih kurang RM800).

Air ini selain dari kegunaan untuk berwudhu, ianya juga digunakan untuk minum, mencuci pakaian dan membersihkan diri. 

Kita tak boleh nak samakan fasiliti air di Malaysia dengan Pakistan.  Malaysia sebuah negara yang selalu hujan dan kita mempunyai banyak empangan disamping pengurusan air yang lebih baik dan teratur.  Pakistan, sebuah negara yang mengalami empat musim, hujan turun tidak sekerap di Malaysia, mereka bergantung banyak kepada sumber air bawah tanah dan salji yang mencair.  Pengurusan air belum begitu baik.  Jadinya, air masih menjadi satu keperluan yang begitu kritikal tambahan pada waktu kecemasan sebegini.

Sekiranya anda berminat untuk menginfaqkan dana bagi membiayai projek pembekalan air bersih di Charsadda dan Nowshera, maklumkan pada kami, kami akan memberikan penerangan lanjut dan kami akan membekalkan laporan berserta gambar di mana pam air yang anda taja di bina, berapa pengguna yang mendapat manfaat, berapa belanja pembinaan dan sebagainya..  Fikirkan.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s