Monthly Archives: November 2010

Bantuan PASCA Banjir di Alor Setar – Pembersihan Taman Uda

Biarlah gambar ini yang berkata-kata.

Ust. Razlan menyampaikan kepada En. Rahim sumbangan Maggie dari Nestle

Sdr. Khairil dan sukarelawan dari MSU dan PTPTL sedang membersihkan rumah penduduk

Dr. Shahrizal Azuan sedang memeriksa makcik yang mendapatkan rawatan

sukarelawan MRA yang terlibat dengan tim kesihatan bergambar ramai

Leave a comment

Filed under 1

Sambutan mangsa banjir naikkan semangat petugas MRA



ALOR SETAR 14 Nov. – Sambutan mesra dan penghargaan mangsa banjir menjadi penyuntik semangat kepada sukarelawan serta petugas Malaysian Relief Agency (MRA) untuk terus menggembleng tenaga bagi membantu memulihkan kehidupan penduduk yang terjejas akibat bencana alam itu.

Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Khairil Annuar Khalid berkata, mereka bertambah bersemangat dan gembira menjalankan kerja-kerja sukarela berkenaan apabila mangsa yang dibantu memberi layanan yang cukup mesra.
“Mangsa yang dibantu juga menyatakan dengan ikhlas penghargaan mereka terhadap sukarelawan dan petugas-petugas MRA.

“Sambutan seumpama inilah yang membuatkan sukarelawan yang telah pulang ingin datang semula secepat mungkin untuk terus membantu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Kumpulan Utusan dan MRA melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA untuk membantu mangsa-mangsa banjir di utara tanah air dengan harapan dapat menarik perhatian rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Khairil Annuar, hari ini mereka menyambung kerja-kerja pembersihan termasuk membantu membuang timbunan sampah iaitu pelbagai peralatan rumah yang rosak akibat banjir di kawasan perumahan Taman UDA dekat sini.

Selain di Taman Uda, katanya, sukarelawan dan petugas MRA turut digerakkan ke Dehrang di Pokok Sena dan Megat Dewa, Jerlun bagi pengagihan makanan dan membuka klinik kesihatan bergerak oleh pasukan perubatan yang dipecahkan kepada dua kumpulan. “Semua kerja-kerja sukarela ini bermula pada pukul 8 pagi dan selesai pada kira-kira pukul 6.30 petang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, malam tadi MRA menerima 1,000 kotak mi segera yang disumbangkan oleh Nestle Products Malaysia dan 300 kampit beras sumbangan sebuah syarikat swasta untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Katanya, sumbangan-sumbangan seperti mi segera itu itu amat dialu-alukan kerana ia boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir memandangkan mereka tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk memasak masakan dengan sempurna.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, Inilah dunia, Kempen-kempen, Kenyataan Media, sukarelawan

MRA, 120 sukarelawan bersih Taman UDA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1114&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive

ALOR SETAR 13 Nov. – Seramai 120 sukarelawan yang terdiri daripada penuntut Management and Science University (MSU), Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) serta Universiti Kuala Lumpur (UniKL) hari ini berganding bahu membersihkan kawasan perumahan Taman UDA dekat sini yang ditenggelami banjir baru-baru ini.

Pasukan itu diselia Malaysian Relief Agency (MRA).

Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Khairil Annuar Khalid berkata, selain membersihkan rumah, mereka turut membantu membuang timbunan sampah iaitu pelbagai peralatan rumah yang rosak akibat banjir.

Beliau berkata, kerja-kerja itu bermula pada pukul 8 pagi dan selesai pada kira-kira pukul 6.30 petang.

“Selain itu, kita juga mengadakan khidmat klinik bergerak dengan empat orang doktor dan enam kakitangan yang bertugas memeriksa keadaan kesihatan penduduk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Kumpulan Utusan dan MRA melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan- MRA untuk membantu mangsa banjir di utara tanah air dengan harapan dapat menarik perhatian rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Semalam, mereka bergerak di sekitar kawasan perumahan di Jalan Sultanah, Kubang Rotan dan Kuala Kedah bagi memberi sumbangan barangan keperluan masakan seperti minyak masak, gula dan mi segera kepada mangsa banjir di kawasan tumpuan.

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Di Minda Saya, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

Aksi MRA di utara tanahair

Maaf, blog lama tak update.

1. lepas balik Pakistan, aku kena tahan wad – suspek hepatitis (banyak kontak dengan air banjir)

2. pastu aku cuti rehat – menanggung sakit tu..

3.  kerja kat pejabat melambak-lambak.

4.  ni sekarang tengah banjir, tu yang tak berapa dapat nak update.  Tapi bila aku dengar ada orang kata NGO kita asyik ke luar negara je, tapi dalam negeri takde… tak syok lah aku dengar… tapi ini betul.. pandangan orang ramai.

5.  gambar nie aku ambil, aku pun tenggelam gak… nanti aku citer lagi

6.  kami nak volunteer – call aku 019 6159948

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam

Bengkel Pembuatan EM di Weng, Sik

Kali ini saya dijemput oleh Persatuan Penanam Herba Daerah Sik untuk berkongsi dengan mereka kaedah pembuatan EM.  Saya ditemani isteri dan anak-anak telah hadir dan kami telah sama-sama menghasilkan pembuatan EM Daun, EM Buah, EM Serangga dan Baja Kompos menggunakan EM.

Anak muda turut serta belajar cara membuat EM

Menimbang bahan-bahan mengikut sukatan yang diperlukan

Memastikan bahan larut kesemuannya didalam tong

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Di Minda Saya, sukarelawan