Sambutan mangsa banjir naikkan semangat petugas MRA



ALOR SETAR 14 Nov. – Sambutan mesra dan penghargaan mangsa banjir menjadi penyuntik semangat kepada sukarelawan serta petugas Malaysian Relief Agency (MRA) untuk terus menggembleng tenaga bagi membantu memulihkan kehidupan penduduk yang terjejas akibat bencana alam itu.

Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Khairil Annuar Khalid berkata, mereka bertambah bersemangat dan gembira menjalankan kerja-kerja sukarela berkenaan apabila mangsa yang dibantu memberi layanan yang cukup mesra.
“Mangsa yang dibantu juga menyatakan dengan ikhlas penghargaan mereka terhadap sukarelawan dan petugas-petugas MRA.

“Sambutan seumpama inilah yang membuatkan sukarelawan yang telah pulang ingin datang semula secepat mungkin untuk terus membantu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Kumpulan Utusan dan MRA melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA untuk membantu mangsa-mangsa banjir di utara tanah air dengan harapan dapat menarik perhatian rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Khairil Annuar, hari ini mereka menyambung kerja-kerja pembersihan termasuk membantu membuang timbunan sampah iaitu pelbagai peralatan rumah yang rosak akibat banjir di kawasan perumahan Taman UDA dekat sini.

Selain di Taman Uda, katanya, sukarelawan dan petugas MRA turut digerakkan ke Dehrang di Pokok Sena dan Megat Dewa, Jerlun bagi pengagihan makanan dan membuka klinik kesihatan bergerak oleh pasukan perubatan yang dipecahkan kepada dua kumpulan. “Semua kerja-kerja sukarela ini bermula pada pukul 8 pagi dan selesai pada kira-kira pukul 6.30 petang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, malam tadi MRA menerima 1,000 kotak mi segera yang disumbangkan oleh Nestle Products Malaysia dan 300 kampit beras sumbangan sebuah syarikat swasta untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Katanya, sumbangan-sumbangan seperti mi segera itu itu amat dialu-alukan kerana ia boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir memandangkan mereka tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk memasak masakan dengan sempurna.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, Inilah dunia, Kempen-kempen, Kenyataan Media, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s