Monthly Archives: January 2011

Bengkel Pembuatan EM di Bagan Serai

Perjalanan ke Ipoh, lancar walaupun jangkaan masa tersasar lewat 1 jam daripada yang dijadualkan, kira kami akan kejar kembali masa tersasar tu nanti dengan memecut sedikit di lebuhraya… itulah rancangannya sekarang.
Masuk saja ke Tol Jalan Duta, kami berhenti di Stesen Minyak untuk membeli air dan sedikit makanan ringan (harganya berat) untuk bekalan.

Perjalanan santai saja, saya tidak memecut pun, dan ketika jam 12 tengah malam, kami sudah berada di dalam negeri Perak. Tetapi tidak semena-mena saya mengantuk teramat sangat, dan saya tidak sampai hati untuk meminta Kak Fauziah memandu, maka akhirnya kami berhenti untuk tidur di Hentian Sebelah (tak ingat) bagi melelapkan mata dan jika berkeras juga memandu akan buruk padahnya nanti.

Kami tiba di rumah Haji Hani sekitar jam 6am, membersihkan diri dan solat subuh. Kemudian kami menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah sebelum bergerak ke Bagan Serai, kami disertai oleh empat lagi teman Haji Hani yang kami kira sebagai sukarelawan MRA Perak juga. MRA mempunyai ramai sukarelawan di Perak terutama dikalangan bekas komando VAT 69 yang banyak membantu kami dalam program yang melibatkan orang asli dan latihan. Kali ini saya kira Haji Hani hendak menggerakkan sebilangan sukarelawan yang lain bagi melatih lebih banyak sukarelawan untuk kerja-kerja dilapangan.

Program kami kali ini bertempat di Teluk Medan, Bagan Serai diatas anjuran Pertubuhan Kebajikan Warga Emas, Teluk Medan. Seramai 32 orang peserta telah hadir dalam bengkel pembuatan EM ini. Program bermula dengan taklimat ringkas dari Mudir sekolah dimana Pertubuhan Kebajikan Warga Emas bergerak, diikuti taklimat mengenai operasi dan gerakerja MRA didalam dan luar negara oleh saya sendiri. Kami turut mendapat pelbagai soalan dari peserta, antaranya bagaimana hendak menggunakan EM itu nanti dan berapa lama jangka hayat EM yang dihasilkan.

Kami kemudiannya telah memberikan demonstrasi pembuatan EM yang turut disertai oleh peserta untuk kerja memotong, menggaul dan mengacau hasilan EM tersebut. Alhamdulillah, tiga jenis EM telah berjaya disediakan iaitu EM Sayur, EM Bunga dan EM Serangga. 35 – 40 hari dari sekarang, jika diizinkan Allah maka terhasilah cairan EM kami disana nanti.

Program ini cukup menarik kerana para peserta yang terdiri dari warga emas mempunyai pengalaman tersendiri dan ianya menjadi satu sesi perkongsian ilmu yang cukup dinamik dan ceria. Kesemua EM yang dihasilkan akan dikacau setiap 3 hari oleh Mudir sekolah tersebut dan kami akan cuba hadir pada hari ke 35 hingga 40 untuk melihat hasilan EM tersebut.

SHAHRUL PESHAWAR

P/S Abaikan gelang dan cincin dalam gambar diatas tu…

3 Comments

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

Bagaimana Mencari Dana?

Malam 28hb Januari yang lalu, saya sempat menghadiri sesi Brown Bag Yayasan Salam di Petaling Jaya. Turut hadir sama beberapa teman dari MRA – Kak Fauziah (Pengurus MRA) dan Nina (Sukarelawan MRA) dan wakil dari KAMY (Kumpulan Aktivis Muda Yayasan Pembangunan Ummah) – Haslina dan Nadia, datang untuk menimba ilmu. Selainnya adalah orang-orang Salam saya rasa. Saya sebenarnya dalam misi perjalanan ke Ipoh kerana keesokan pagi, kami mempunyai program pembuatan EM di sebuah sekolah di Bagan Serai dalam rangka misi MRA untuk menyemarakkan kempen hijau kami – Memasyarakatkan Pertanian Organik.

Yayasan Salam mempunyai ramai tenaga sukarelawan, apatah lagi mereka juga sudah lama dan ternama serta mempunyai sokongan organisasi yang mantap dan sistematik.

Program malam ini dimulai dengan sesi Tengku Azila, bekas pengurus dana MERCY. Beliau memberikan maklumat yang cukup berguna, secara teratur dengan slide-slide yang begitu berguna untuk seorang fund raiser. Ini merupakan kali kedua saya bertemu beliau, kali pertama saya bertemu beliau dalam satu kursus fundraising di PJ. Beliau menekankan keperluan untuk mendapatkan Tax Exemption bagi memudahkan penderma korporat memberikan sumbangan.

Pembentang seterusnya ialah Dr. Bubble, Sdr. Iskandar Syah Ismail, orang kuat Islamic Relief Malaysia suatu masa dahulu. Beliau berkongsi pengalaman dalam aktiviti pengumpulan dana. Beliau menyatakan bahawa strategi untuk kelihatan lain daripada yang lain (unik) turut membantu dalam pengumpulan dana – berbuat apa yang tidak dibuat oleh orang lain. Beliau juga lebih suka berdamping dengan sesuatu institusi yang sedang meningkat naik kerana potensi untuk berkerjasama yang lebih luas. Beliau turut menggesa agar setiap organisasi mempunyai laman web atau setidaknya sebuah blog bagi berkongsi dengan orangramai (bakal penderma) tentang apa yang mereka lakukan.

Antara yang turut dikongsi malam ini ialah sedikit tips bagi menghasilkan surat pengenalan yang bertenaga dan berpotensi untuk menarik penderma. Surat tersebut menurut beliau harus dimulakan dengan mendoakan penerima surat itu, bukannya membodek tetapi mendoakan. Kemudian pemilihan ayat berikutnya harus ditulis dengan halus dan berhati-hati. Beliau memberikan contoh, penggunaan ayat yang salah boleh membawa makna yang terus menyimpang seperti perkataan mohon dan sila. Mohon dilihat lebih mesra dan lebih mulia berbanding sila yang dilihat terlalu regimental (skema) dan berbaur elemen pengarahan (instruction), penerima surat boleh sahaja memberikan penafsiran yang berbagai termasuk yang negatif jika ayat yang dipetik adalah kurang tepat.

Majlis ini tamat sekitar jam 10.45 malam, namun kami masih lagi berlegar-legar untuk berbual-bual dengan peserta lain termasuk penceramah. Kami kemudiannya dibekalkan dengan mee hoon goreng, sebiji epal dan sekotak air minuman. Tapi kami terpaksa berpatah balik ke Kampung Baru kerana banner MRA tertinggal di pejabat, Iskandar telah ingatkan pastikan dalam setiap gambar mesti ada logo organisasi, maka kami terus saja praktikkan ilmu yang diperolehi sebentar tadi.

Shahrul Peshawar

3 Comments

Filed under Di Minda Saya, sukarelawan

Bertemu sahabat lama

Selepas meninggalkan sekolah (Sekolah Aminuddin Baki, KL), aku boleh dikatakan terputus hubungan dengan semua kawan-kawan sekolah (satu kelas). Ada lah jugak aku berjumpa seorang dua, tapi itupun dah terlalu lama, menjangkau dua tiga tahun dah cerita ni.

Tapi, Jumaat lepas… di Masjid Kampung Baru, aku terserempak dengan satu muka memang familiar, muka budak Kampung Pandan. Teman sekelas aku dulu – Sdr. Rahim Seman – aku yang sapa dia dulu… dia agak terkejut berjumpa dengan aku, menurutnya, kawan-kawan cuba cari aku tapi tak dapat, dan lagi katanya, kawan-kawan baru je lepas buat re-union… alamat kena tunggu tahun depan lah ataupun paling tidak sehingga open house raya nanti (kalau sempat lah umur tu). Dalam pertemuan ringkas ini, kami bertukar nombor telefon.

Rahim kata dia kerja di Eon Bank di area Chow Kit, aku kata ada sorang kawan selalu buat kerja sukarela kerja kat situ, namanya Nizam (volunteer dengan Yayasan Salam dan GPM), akupun dah terputus hubungan dengan dia (aku pernah hilang handphone), petang tu jugak aku terima call dari si Nizam, aku akan buat appointment untuk satu sesi teh o dengan dia (teh tarik dah mahal).

Tak habis lagi cerita aku, belum sempat keluar Masjid Kg. Baru, aku bertemu dengan seorang lagi sahabat, Hj. Suandi, orang kuat ABIM Wilayah Persekutuan.. sekarang dan jadi orang kuat WADAH lah pulak.. sambil borak kami pun pergi makan, Alhamdulillah, dia belanja aku – rezeki ni tak sapa boleh ramal, ALlah yang tentukan.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia

Majallah LaPANGAN Kedua Malaysian Relief Agency

http://www.scribd.com/doc/46940954/02-LaPANGAN

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, IDP, Refugee, sukarelawan

E-Majallah Malaysian Relief Agency yang PERTAMA

http://www.scribd.com/doc/46940735/01-LaPANGAN

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, IDP, Refugee, sukarelawan

LaPANGAN 3 – E-Majallah Malaysian Relief Agency

Assalamualaikum

http://www.scribd.com/doc/47587266/LaPANGAN-3

Aku baru je habis menyemak LaPANGAN (maksudnya On-the-ground) edisi ke 3. Dah boleh dilepaskan untuk tatapan umum, harap tak jadi isu cam INTERLOK dahlah…

Maklumat terkini, Johor semakin lebat hujannya… kami pun tengah pantau perkembangan disana, dengar khabar beberapa daerah dah mula banjir, kami akan mulakan kempen banjir di Selatan pulak kalau keadaan bertambah buruk, sesapa yang nak sukarela membantu, boleh hubungi aku di emel berikut:-

shahrulpeshawar@yahoo.com ataupun sms je aku kat 019 6159948

kalau ada grup dari universiti atau persatuan penduduk nak join kami, amatlah dialu-alukan.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, sukarelawan

Tinjauan banjir Pantai Timur

Aku, Abang Jo, Iyaz dan Shafiq turun mewakili MRA untuk membuat tinjauan bagi kerja-kerja susulan untuk banjir Pantai Timur. Hasil tinjauan tak berapa dapat nak dikongsi disini.

Kami gerak pada 12hb Januari dan kembali pada 14hb Januari yang lalu.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia