130 Keluarga Gempa Dapat Rumah

Daripada ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

PARIAMAN, (Padang) 5 Jan. – Setelah lebih dua bulan tidur berbumbungkan khemah usang sejak gempa bumi di daerah ini pada September 2009, 130 buah keluarga di sini, kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menerima rumah baru tidak lama lagi.

Bantuan berbentuk wang tunai itu diperoleh hasil usaha Malaysian Relief Agency (MRA) melalui sumbangan orang perseorangan dan badan korporat di Malaysia.

Salah seorang penerimanya, Darnawati, 55, berkata, selepas tragedi hitam itu, dia bersama suami dan lapan anaknya hanya berteduh di bawah khemah kanvas diberikan oleh Palang Merah Indonesia (PMI).

Katanya, tidak lama selepas itu, dia didatangi wakil MRA di sini serta memaklumkan akan membantu membina semula rumah mereka yang telah ranap.

“Saya bersyukur apabila ramai orang datang memberi bantuan bukan sahaja kepada keluarga kami tetapi kepada keluarga yang lain juga.

“Mimpi ngeri tidur berbumbungkan kanvas yang kadang-kala terkena tempias hujan bakal berakhir selepas wakil MRA menyatakan hasrat ingin membantu,” katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui di sini hari ini.

Difahamkan, setiap buah rumah didirikan menelan kos antara RM1,500 dan RM3,000 sebuah.

Berikutan gempa bumi di kawasan ini dua tahun lalu, Kumpulan Utusan dan Maybank juga melancarkan Tabung Gempa Nusantara yang berjaya mengutip lebih RM300,000.

Dalam pada itu, Darnawati yang bekerja sebagai petani berkata, dia bersyukur apabila turut menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dari orang perseorangan serta pihak lain.

Katanya, wang yang diterimanya akan digunakan untuk tujuan membaik pulih dapur rumahnya yang ranap selain menampung perbelanjaan harian.

Dalam pada itu, bagi seorang tukang jahit Fauziah (gambar), 35, dari Kampung Lupuk Ipuh, Pariaman, berkata, dia amat berterima kasih dengan bantuan yang disalurkan pihak MRA.

Jelasnya, kini beliau telah berjaya memiliki rumah baru hasil bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit.

“Saya berterima kasih dengan bantuan MRA kerana dapat mencari dana dan mendirikan semula rumah kami yang ranap akibat gempa bumi dua tahun lalu.

“Selepas ini, bolehlah saya meneruskan menjahit telekung bagi membantu suami menampung perbelanjaan seharian,” katanya tersenyum riang.

Perasaan gembira turut dikongsi oleh seorang suri rumah Yurnalis, 35, yang juga mendapat bantuan dari pihak MRA.

“Walaupun rumah sebelum ini lebih besar daripada rumah yang disumbangkan, namun ia cukup membahagiakan kami sekeluarga,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_22.htm

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Refugee, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s