KENAIKAN HARGA BARANG – SIAPA YANG TENTUKAN?

Kekerapan pertukaran harga barangan utama pengguna semakin terasa.  Kerajaan telah meletakkan sebahagian besar pengguna dalam situasi marah, cemas dan kecewa.  Kerajaan, secara khususnya Barisan Nasional seperti sengaja hendak menjolok sarang tebuan.

Kenaikan harga sudah lumrah dan tidak diumumkan terlebih dahulu seperti biasa, menafikan hak rakyat terbanyak, menindas golongan pengguna dengan alasan yang tidak masuk akal, menyerlahkan kerakusan dan mempamerkan ketamakan yang tidak bertepi.

Pengguna menjadi marah, kerana telah diberikan jaminan bahawa tiada lagi kenaikan akan berlaku dalam masa terdekat, tetapi yang terjadi sebaliknya.  Pengguna yang juga rakyat merasakan dikhianati dan diperbodohkan.

Pengguna menjadi cemas kerana sudah menjadi trend, apa saja barang yang bakal dinaikkan harga atau yang telah dinaikkan harga akan selalu kekurangan di pasaran, dan ketiadaan ini menjadi alasan bahawa barangan ini mendapat permintaan yang  tinggi dan kehabisan stok.  Lepas sahaja setuju harga baru, barangan ini melonggok semula di pasaran.  Konon-konon inilah hukum “supply and demand” – penawaran dan permintaan.

Pengguna menjadi kecewa kerana agensi kerajaan seperti tidak mempunyai sebarang perancangan bagi mengatasi kenaikan harga dan kekurangan barangan di pasaran.  Apabila gula kurang dipasaran dan kemudiannya dinaikkan harga, agensi kerajaan mewar-warkan hidup tanpa gula adalah lebih baik, gula membawa banyak keburukan, diabetes dan pelbagai alasan yang tidak sepatutnya timbul sekarang.  Menasihati tentang gaya hidup bukanlah sebab musabab utama kementerian tersebut ditubuhkan. 

Kerajaan, baik jika dipimpin oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat akan membayar harga maksima jika terus bermain main dengan kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat.  Kementerian yang diamanahkan bukan setakat perlu memastikan harga barangan tersebut terkawal tetapi juga memastikan ianya memenuhi kuota permintaan.  Nampak seolah-olah kementerian ini hanya berminat mengkayakan kelompok peniaga yang semakin hari semakin jelas belang kapitalisnya didalam masyarakat Malaysia. 

Ingat lagi bagaimana rakyat diminta untuk mengubah cara hidup ketika berlaku kenaikan pada harga gula dan minyak oleh Perdana Menteri suatu masa dahulu.  Kini tidak pula kedengaran permintaan untuk terus mengubah cara hidup dari miskin ke papa kedana.  Dari makan daging kepada menghirup kuah.  Dari minum sirap kepada minum air paip.

Jangan ingat rakyat di musim pilihanraya sahaja, buruk padahnya.   Kalau rakyat betul-betul mahu mengubah cara hidup, dari menjadi kerajaan kepada pembangkang, daripada pembangkang menjadi kerajaan.   Perubahan ini tidak perlu diwar-warkan pun sepertimana kenaikan harga barangan seperti yang ada sekarang.

SHAHRUL PESHAWAR, Sentul

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s