MRA rayu bantuan biayai operasi hospital di Mansehra

 

 

MANSEHRA (Khyber PakhtunKhwa) 17 Jan. – Bayangkan jika sebahagian daripada kita terpaksa melihat ahli keluarga atau saudara-mara menghembuskan nafas terakhir tanpa bantuan perubatan kerana kekurangan hospital.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku di Malaysia sebaliknya menjadi realiti bagi masyarakat di daerah ini serta yang tinggal berdekatan kawasan ini seperti di Batagram dan Balakot.

Ia berlaku apabila satu-satunya hospital kerajaan yang ada di sini musnah dalam gempa bumi pada 2005 lalu dan masih gagal dibina semula kerana tiada peruntukan.

Sebuah hospital yang dibina hasil sumbangan masyarakat Islam dari Amerika Syarikat pula gagal beroperasi walaupun telah siap dibina sejak enam bulan lalu, juga kerana tiada peruntukan bagi pelaksanaan operasinya.

Sehubungan itu, Malaysian Relief Agency (MRA) yang dirayu menghulurkan bantuan untuk membolehkan hospital itu beroperasi, telah membuat tinjauan bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi semasa di daerah berkenaan.

Presiden MRA, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik berkata, pihaknya mendapati sumbangan rakyat Malaysia amat diperlukan bagi membantu hospital tersebut memulakan operasinya.

Menurut beliau, kelengkapan seperti katil dan berapa peralatan asas telah disediakan oleh pihak lain dan hospital itu kini hanya memerlukan kos pengendalian sahaja.

“Bagi membolehkan hospital itu beroperasi, ia memerlukan kos RM25,000 sebulan termasuk membayar gaji lima pegawai perubatan, lima kakitangan paramedik dan pembayaran kos utiliti serta mendapatkan ubat-ubatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Razak menambah, hospital tersebut memerlukan beberapa peralatan lain untuk melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk kelengkapan makmal yang kesemuanya berjumlah RM100,000.

Jelasnya, hospital itu akan ditadbir oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persatuan Perubatan Islam Pakistan (PIMA).

“PIMA memberitahu mereka telah mendapatkan beberapa kelengkapan namun tidak mempunyai peruntukan bagi memulakan operasi hospital itu.

“Bantuan bagi menampung kos operasi diperlukan untuk tempoh dua tahun iaitu kira-kira RM600,000 sebelum ia dapat diuruskan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, hospital itu amat diperlukan oleh masyarakat di daerah tersebut dan kawasan berdekatan.

Berikutan itu, MRA merayu orang ramai serta agensi swasta menghulurkan bantuan menerusi akaun 5640-9820-6365 (Maybank) dan mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 03-26972007 atau layari laman web www.mra.com.my.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive

2 Comments

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

2 responses to “MRA rayu bantuan biayai operasi hospital di Mansehra

  1. mrehman

    tidak saya nafikan mmg kemudahan hospital di area NWFP ( Khaber Phuntun Khwa). pengalaman saya berada di daerah SWAT dan Bunner pada bulan sept 2010 sampai dec 2010 agak menyedihkan apabila saya melawat hospital2 dan farmasi mereka..apapun saya ucapkan taniah buat saudara kerana sudi membantu pihak ini…

  2. Pingback: Apakah Penderita kanker otak bisa meninggal saat operasi dilakukan? biasanya operasinya brp lama & biayanya? ? :: Membesarkan Payudara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s