2,000 penduduk tanpa bekalan elektrik

Daripada ZAINAL AZHAR MOHAMED

BATAGRAM (Khyber PakhtunKhwa) 18 Jan. – Seramai 2,000 penduduk Islam di dua buah kampung yang terletak di kawasan pergunungan Mirza Banda di sini sebelum ini pernah merasai kemudahan bekalan elektrik. Namun, bekalan elektrik yang dihasilkan daripada empangan mini hidro untuk menerangi rumah dan jalan musnah selepas kawasan itu dilanda gempa bumi pada tahun 2005.

Keadaan menjadi lebih sukar di Kampung Shamlayi dan Mirza Banda di sini apabila dilanda tanah runtuh dan banjir lumpur yang meragut nyawa 45 orang pada tahun lalu. Sejak itu, penduduk perkampungan tersebut hanya memasang angan-angan jika suatu hari nanti kampung mereka dapat diterangi semula dengan dengan cahaya mentol lampu. Keperitan yang dihadapi mereka itu mendapat perhatian Malaysian Relief Agency (MRA) untuk mengadakan lawatan bagi melihat kemusnahan yang dihadapi sekali gus membantu meringan beban penduduk.

Meskipun terpaksa merempuh perjalanan sukar selama tujuh jam sejauh 600 kilometer dari Peshawar ke kawasan pergunungan itu, namun rombongan yang diketuai Presiden MRA, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik dianggap berbaloi demi membantu penduduk di situ. Ketua kampung itu, Mohd. Khalid Mohd. Yunus berkata, penduduk kampung yang bekerja sebagai penanam padi dan gandum mengikut musim terpaksa berada di dalam gelap selepas generator mini hidro yang menghasilkan 10 kilowatt elektrik rosak.

“Kami hanya dapat melihat sahaja kerosakan itu kerana tiada kepakaran untuk membaik pulih selain kekurangan wang serta berada di kawasan terpencil. “Penduduk merayu jika sumbangan dapat diberikan bagi mendapatkan generator mini hidro baru untuk menerangi semula rumah, surau dan sekolah,” katanya di sini hari ini. Sementara itu, Abdul Razak memberitahu, setelah melawat kawasan mini hidro itu, MRA sedia menghulurkan bantuan kepada penduduk di kampung tersebut.

“Penduduk meminta generator mini hidro untuk 10 kilowatt tetapi MRA akan memperbesarkan jumlah tersebut bagi membolehkan lebih ramai penduduk menggunakannya. “MRA akan berusaha mendapatkan generator mini hidro untuk 20 kilowatt dan akan turut membaik pulih laluan air yang rosak akibat bencana alam lalu,” jelas beliau. Tambahnya, kerja membaik pulih serta membeli generator mini hidro itu dijangka menelan kos sebanyak RM50,000. Katanya, MRA akan menggunakan sumbangan orang ramai untuk melakukan kerja tersebut.

Bagi mereka yang ingin menderma, sumbangan boleh dilakukan dengan menulis cek kepada akaun MALAYSIAN RELIEF AGENCY di nombor 5640-9820-6365 (Maybank). Maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-26972007 atau layari laman web www.mra.com.my.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_12.htm&arc=hive

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Kenyataan Media, Refugee, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s