Bengkel Pembuatan EM di Bagan Serai

Perjalanan ke Ipoh, lancar walaupun jangkaan masa tersasar lewat 1 jam daripada yang dijadualkan, kira kami akan kejar kembali masa tersasar tu nanti dengan memecut sedikit di lebuhraya… itulah rancangannya sekarang.
Masuk saja ke Tol Jalan Duta, kami berhenti di Stesen Minyak untuk membeli air dan sedikit makanan ringan (harganya berat) untuk bekalan.

Perjalanan santai saja, saya tidak memecut pun, dan ketika jam 12 tengah malam, kami sudah berada di dalam negeri Perak. Tetapi tidak semena-mena saya mengantuk teramat sangat, dan saya tidak sampai hati untuk meminta Kak Fauziah memandu, maka akhirnya kami berhenti untuk tidur di Hentian Sebelah (tak ingat) bagi melelapkan mata dan jika berkeras juga memandu akan buruk padahnya nanti.

Kami tiba di rumah Haji Hani sekitar jam 6am, membersihkan diri dan solat subuh. Kemudian kami menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah sebelum bergerak ke Bagan Serai, kami disertai oleh empat lagi teman Haji Hani yang kami kira sebagai sukarelawan MRA Perak juga. MRA mempunyai ramai sukarelawan di Perak terutama dikalangan bekas komando VAT 69 yang banyak membantu kami dalam program yang melibatkan orang asli dan latihan. Kali ini saya kira Haji Hani hendak menggerakkan sebilangan sukarelawan yang lain bagi melatih lebih banyak sukarelawan untuk kerja-kerja dilapangan.

Program kami kali ini bertempat di Teluk Medan, Bagan Serai diatas anjuran Pertubuhan Kebajikan Warga Emas, Teluk Medan. Seramai 32 orang peserta telah hadir dalam bengkel pembuatan EM ini. Program bermula dengan taklimat ringkas dari Mudir sekolah dimana Pertubuhan Kebajikan Warga Emas bergerak, diikuti taklimat mengenai operasi dan gerakerja MRA didalam dan luar negara oleh saya sendiri. Kami turut mendapat pelbagai soalan dari peserta, antaranya bagaimana hendak menggunakan EM itu nanti dan berapa lama jangka hayat EM yang dihasilkan.

Kami kemudiannya telah memberikan demonstrasi pembuatan EM yang turut disertai oleh peserta untuk kerja memotong, menggaul dan mengacau hasilan EM tersebut. Alhamdulillah, tiga jenis EM telah berjaya disediakan iaitu EM Sayur, EM Bunga dan EM Serangga. 35 – 40 hari dari sekarang, jika diizinkan Allah maka terhasilah cairan EM kami disana nanti.

Program ini cukup menarik kerana para peserta yang terdiri dari warga emas mempunyai pengalaman tersendiri dan ianya menjadi satu sesi perkongsian ilmu yang cukup dinamik dan ceria. Kesemua EM yang dihasilkan akan dikacau setiap 3 hari oleh Mudir sekolah tersebut dan kami akan cuba hadir pada hari ke 35 hingga 40 untuk melihat hasilan EM tersebut.

SHAHRUL PESHAWAR

P/S Abaikan gelang dan cincin dalam gambar diatas tu…

3 Comments

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

3 responses to “Bengkel Pembuatan EM di Bagan Serai

  1. Bagus! Dapat ilmu baru sudah dipraktikkan. Walaupun diminta jangan pedulikan gelang emas, secara visual ia memberi kesan.

    Maka, elakkan foto-foto berlambangkan kekayaan dalam penjenamaan branding sebuah organisasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s