Monthly Archives: February 2011

Misi Perubatan MRA – Tim dari Universiti Kuala Lumpur, Royal College of Medicine Perak

Lepas meninggalkan POS BELUM, aku pun berkejar balik ke KL dan pick Br. Iyaz (student UNITAR) seorang jurugambar “free lunch” yang juga SAHABAT MRA.  Perjalanan biasa dan kami tiba di Parit Jayus, Seri Medan tengah malam. 

bersama tuan rumah di Parit Jayus, rumah kami menumpang tidur dan mandi

Program pagi tu (Sabtu) telah diuruskan oleh Haji Hani Yang Kassim (MRA Perak) dengan bantuan Puan Suhana (Penyelia MRA Seri Medan).  Tim perubatan kali ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Abd. Karim Russ Hassan, disokong oleh Dr. Hilal (Psikataris) dan beberapa pelajar perubatan yang lain.  Esok (Ahad – 20hb Feb) Tim Perubatan MRA akan berada di Lenga dalam daerah Muar untuk rawatan kepada penduduk yang ditimpa banjir.  Secara rasminya, MRA telah bergerak di tiga daerah bagi banjir selatan kali ini – Segamat, Batu Pahat dan Muar.

kedai makan bertukar menjadi Klinik Medan – Dr. Karim Russ sedang memeriksa pesakit

Ahli Farmasi MRA sedang memberikan ubat kepada pesakit yang telah dirawat

merawat salah seorang pesakit

Haji Hani sedang memeriksa kandungan gula Ketua Kampung

semua bergambar ramai dihadapan rumah pemilik kedai makan

Iyadz, jurufoto kami bersama salah seorang penduduk disini

SHAHRUL PESHAWAR, Lenga, Muar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Di Minda Saya, Humanitarian, sukarelawan

Tautan Kasih 5 di Pos Bersih, Slim River

Program Tautan Kasih di Pos Bersih ini adalah program penerusan bagi Tautan Kasih yang sebelumnya.

Dalam kunjungan kali ini, kami telah merancang untuk membangunkan satu balai komuniti untuk penduduk setempat bagi memudahkan mereka menganjurkan majlis-majlis yang berkaitan.  Balai ini dibangunkan melalui dana MRA sendiri dan dibantu oleh dana-dana lain daripada mereka yang prihatin dan pemurah.  Siapa mereka tu? biarlah rahsia.

Kunjungan kali ini disertai oleh adik-adik dari MSU dan disokong oleh SAHABAT MRA serta X-VAT 69.    Malam pertama, aku sampai aje ditapak perkhemahan (Di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih) aku diminta untuk menyambung sesi yang telah diteruskan oleh Br. Rezaidi… aku lewat sikit sebab kereta aku nak bermanja sikit kat Plaza Tol Jalan Duta.

Aku tunggu sehingga petang Sabtu, dalam jam 2 petang sebelum bergerak balik ke KL untuk ambil Sdr. Iyaz yang akan menemani aku untuk program esok di Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

Semoga program Orang Asli yang dipantau secara rapat oleh Dr. Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA ini berjalan lancar dan teratur seperti yang dirancang.  Insya ALlah.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia, sukarelawan

Maulidur Rasul

Maulidur Maulidur Rasul merupakan satu tarikh yang boleh dijadikan penanda aras atau benchmark bagi menilai ibadah dan kerja-kerja bersifat keagamaan yang kita lakukan.  Siapa lagi yang terlebih baik untuk kita jadikan ukuran dan sandaran selain daripada Baginda SAW.

Polemik sambutan Maulidur Rasul ini satu bidaah juga sibuk diperkatakan.  Secara pasti, memang tiada nas mengatakan sambutan Maulidur Rasul ini dirayakan tatkala Baginda SAW masih hidup.  Tiada nas juga mengatakan Rasulullah menggunakan takwim hijrah (seperti hari ini) tatkala menguruskan kerajaan Islam Madinah, mengapa ini tidak dipersoalkan?  Mengapa penggunaan takwim yang hanya dimulakan di zaman Saidina Abu Bakar ini tidak dikatakan sebagai bidaah?  Mengingati hari kelahiran Rasulullah adalah tanda kecintaan dan terima kasih kita, generasi akhir zaman kepada Rasulullah yang membawa cahaya kebenaran mengeluarkan kita daripada kelam kebatilan.

Pada hari ini kita boleh mengukur apakah kita mengikut gerakerja seperti yang ditunjukkan oleh Baginda Rasul atau kita terpesong tersasar jauh.  Kita juga boleh menilai apakah kita mengamalkan apa yang ditinggal dan disarankan oleh Rasulullah atau kita memandai-mandai tampil membangunkan metodologi yang tersendiri, yang memang nampak canggih tapi belum mampu membuktikan apa-apa sekadar teori yang tertulis diatas kertas-kertas.

Masih ingat lagi ketika di peringkat awal dakwah, Rasulullah SAW telah berkunjung ke Taif bagi menyampaikan risalah kebenaran, Baginda SAW bukan setakat dihalang, malahan Baginda SAW turut disakiti dan dicederakan… berdarah-darah.  Dalam peristiwa Perang Uhud pula, kita dimaklumkan mengenai bagaimana Baginda SAW kehilangan giginya dalam pertempuran tersebut.  Hari ini, berapa banyak darah kita yang telah menitis di atas bumi?  Berapa batang gigikah yang sudah kita hilang diatas jalan menegakkan kebenaran ini?  Masih jauh perjalanan kita dalam tugasan ini.. masih banyak yang belum dilaksanakan… masih banyak yang tak tertunai… ayuh kita gembleng tenaga dan fikiran, jadikan Maulidur Rasul ini sebagai tarikh terbaik untuk membuat lonjakan bagi segala tugasan yang tertunggak ini.

SHAHRUL PESHAWAR, Sentul

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Kerja-kerja Lapangan MRA di selatan tanahair

Tak sempat aku nak menulis minggu nie sebab agak sibuk di Segamat dan Batu Pahat.  Aku cuma sempat buka emel je.

air mineral ni… 350 kotak disumbangkan oleh jemaah Masjid Bangsar…

sukarelawan MRA dari UNITAR bersama-sama anggota JPAM mengangkat air mineral

tim medical MRA sedang membuat agihan ubat-ubatan

ini gambar dari misi pertama ketika kami menumpang lori Tentera untuk masuk ke Segamat

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian

Laporan pertama Misi Banjir Selatan MRA

gambar satu:- lori tangki terkandas diatas jambatan di Sg. Merlimau

gambar dua:- sebuah kedai tenggelam di sebuah kuari di jalan Gemas-Segamat

gambar tiga:- penduduk dan orang ramai menunggu air surut untuk bergerak

gambar empat:- mesyuarat koordinasi awal MRA di Bilik Gerakan MRA Seri Medan

Malam tadi (2hb Februari 2011) kami bergerak ke Gemas, Negeri Sembilan dan telah mengadakan pertemuan dengan En. Ali Affendi Zainal, Penghulu Mukim Gemas bagi mendapatkan situasi terkini di Gemas pada masa ini. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Segamat, Johor menggunakan trak tentera yang menuju ke pekan Segamat.

Sepanjang perjalanan tersebut kami dapati perhubungan darat masih lagi belum pulih kerana beberapa laluan penting masih lagi terputus hubungan terutamanya kepada kenderaan ringan, malahan lori juga kami dapati terkandas dalam banjir ini.

Di Bilik Gerakan MKN Daerah Segamat, kami kemudiannya telah diberikan taklimat oleh Pegawai Majlis Keselamatan Daerah Segamat. Kami turut diberikan layanan mesra walaupun mereka agak kepenatan dan telah bertugas tanpa rehat, syabas diucapkan kepada seluruh tenaga petugas MKN.

Setakat kami berada disana, jumlah mangsa banjir dipusat pemindahan didaerah Segamat adalah berjumlah lebih daripada 21,000 orang dengan 84 pusat pemindahan telah dibuka. Kawasan yang masih teruk ditenggelami air ialah di Buluh Kasap.

Air dikatakan sedang bergerak ke daerah Batu Pahat dan Muar, menyebabkan air semakin naik disana. Setakat ini sebanyak 34 pusat pemindahan telah dibuka di Batu Pahat dengan jumlah penghuni melebihi 5000 orang. Petugas MKN mengatakan bahawa mereka telah berjaya memaklumkan sistem “Amaran Awal” kepada penduduk dikawasan-kawasan yang terbabit bagi mempersiapkan mereka dengan kedatangan banjir. Hasilnya, banyak harta benda terutama kenderaan yang telah dapat dialihkan sebelum air naik.

Bantuan seperti air mineral, susu tepung, bahan makanan dan peralatan kebersihan diri sedang dipersiapkan untuk diedarkan kepada mereka yang ditimpa musibah pada malam ini juga dibeberapa pusat penempatan yang telah dikenalpasti. MRA turut memberikan bantuan dapur bagi menggerakkan “dapur medan” atau lebih dikenali sebagai common kitchen di sebuah pusat penempatan di Seri Medan.

Pasukan Perubatan MRA juga akan memberikan perkhidmatan percuma di Seri Medan keesokan harinya. Sumbangan dan sokongan orang ramai amatlah diperlukan kerana banjir yang melanda kali ini dikatakan lebih teruk daripada yang pernah melanda tahun 2006 dahulu.

Bagi melancarkan aktiviti dan gerakerja bantuan di lapangan, MRA telahpun
mendirikan sebuah bilik gerakan berserta kemudahan gudang bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

KHAIRIL ANNUAR KHALID
Pengarah, Bantuan Kecemasan MRA

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Inilah dunia, sukarelawan