Laporan pertama Misi Banjir Selatan MRA

gambar satu:- lori tangki terkandas diatas jambatan di Sg. Merlimau

gambar dua:- sebuah kedai tenggelam di sebuah kuari di jalan Gemas-Segamat

gambar tiga:- penduduk dan orang ramai menunggu air surut untuk bergerak

gambar empat:- mesyuarat koordinasi awal MRA di Bilik Gerakan MRA Seri Medan

Malam tadi (2hb Februari 2011) kami bergerak ke Gemas, Negeri Sembilan dan telah mengadakan pertemuan dengan En. Ali Affendi Zainal, Penghulu Mukim Gemas bagi mendapatkan situasi terkini di Gemas pada masa ini. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Segamat, Johor menggunakan trak tentera yang menuju ke pekan Segamat.

Sepanjang perjalanan tersebut kami dapati perhubungan darat masih lagi belum pulih kerana beberapa laluan penting masih lagi terputus hubungan terutamanya kepada kenderaan ringan, malahan lori juga kami dapati terkandas dalam banjir ini.

Di Bilik Gerakan MKN Daerah Segamat, kami kemudiannya telah diberikan taklimat oleh Pegawai Majlis Keselamatan Daerah Segamat. Kami turut diberikan layanan mesra walaupun mereka agak kepenatan dan telah bertugas tanpa rehat, syabas diucapkan kepada seluruh tenaga petugas MKN.

Setakat kami berada disana, jumlah mangsa banjir dipusat pemindahan didaerah Segamat adalah berjumlah lebih daripada 21,000 orang dengan 84 pusat pemindahan telah dibuka. Kawasan yang masih teruk ditenggelami air ialah di Buluh Kasap.

Air dikatakan sedang bergerak ke daerah Batu Pahat dan Muar, menyebabkan air semakin naik disana. Setakat ini sebanyak 34 pusat pemindahan telah dibuka di Batu Pahat dengan jumlah penghuni melebihi 5000 orang. Petugas MKN mengatakan bahawa mereka telah berjaya memaklumkan sistem “Amaran Awal” kepada penduduk dikawasan-kawasan yang terbabit bagi mempersiapkan mereka dengan kedatangan banjir. Hasilnya, banyak harta benda terutama kenderaan yang telah dapat dialihkan sebelum air naik.

Bantuan seperti air mineral, susu tepung, bahan makanan dan peralatan kebersihan diri sedang dipersiapkan untuk diedarkan kepada mereka yang ditimpa musibah pada malam ini juga dibeberapa pusat penempatan yang telah dikenalpasti. MRA turut memberikan bantuan dapur bagi menggerakkan “dapur medan” atau lebih dikenali sebagai common kitchen di sebuah pusat penempatan di Seri Medan.

Pasukan Perubatan MRA juga akan memberikan perkhidmatan percuma di Seri Medan keesokan harinya. Sumbangan dan sokongan orang ramai amatlah diperlukan kerana banjir yang melanda kali ini dikatakan lebih teruk daripada yang pernah melanda tahun 2006 dahulu.

Bagi melancarkan aktiviti dan gerakerja bantuan di lapangan, MRA telahpun
mendirikan sebuah bilik gerakan berserta kemudahan gudang bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

KHAIRIL ANNUAR KHALID
Pengarah, Bantuan Kecemasan MRA

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Inilah dunia, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s