Misi Perubatan di Seri Medan – 6hb Mac 2011

Bergegas daripada The Woods, Hulu Yam.  Aku dan Bro. Johari Kan (tenaga pengajar di Sekolah Komuniti Rohingya MRA – Al Khalifah) terus ke Seri Medan, Batu Pahat bagi menyertai Misi Perubatan MRA di sini.

Kak Fauziah, Nina, Siti, Arif dan Mei Chan tak ikut serta sebab esok mereka akan turut serta dalam satu bengkel yang menarik – Bengkel Puppet.  Aku memang nak ikut bengkel nie gak, sebab aku nak belajar buat puppet untuk anak-anak aku (dah sebulan setengah tak jenguk diaorang).

Klinik MRA hari ini dibuka di empat tempat di kawasan Seri Medan, kakitangan perubatan terdiri daripada 2 staf Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru yang dipimpin oleh Dr. Shahrizal Azwan Samsudin dan jururawat-jururawat dari Klinik Hilal.  Kami turut dibantu oleh Dr. Shahril dari Hospital Batu Pahat.  Kesemua lokasi ini diatur oleh Penyelia MRA di Seri Medan, Puan Suhana yang dibantu oleh hampir 10 orang sahabat (sukarelawan) MRA di Batu Pahat.

Aku cuma nak share kat sini gambar pakcik jual cendol di Seri Medan nie, habis cendol dia aku borong untuk bagi pada tim perubatan kami hari nie… gambar doktor dan nurse kita siar hari lain.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s