EM di Bagan Serai – SUKSES

Alhamdulillah.

Pada 12hb Mac 2011 yang lepas, kami telah sekali lagi berkunjung ke Pondok Maahad Ar Ridhuan, Teluk Medan, Bagan Serai bagi Program Pemeriksaan Kesihatan dan Gotong Royong oleh Malaysian Relief Agency (MRA), UniKL Royal College of Medicine, Perak (RCMP) dan CARSEM Ipoh.  Lebih dari 80 orang sukarelawan telah terlibat dalam program pada hari ini. 

Tim Perubatan MRA yang dipimpin oleh Hj. Hani Yang Kassim  bergandingan dengan Tim Perubatan UniKL RCMP yang diketuai oleh Dr. Karim Russ dan Dr. Hilal (Psikologi) telah merawat lebih daripada 70 orang warga mas yang menghuni dan menuntut di Pondok tersebut.

Tim Carsem diketuai oleh En. Ibrahim turut disertai oleh beberapa sukarelawan lain. Dikesempatan ini, MRA turut memeriksa tiga tong biru yang digunakan dalam pembuatan EM pada bulan lepas.  Alhamdulillah, ketiga-tiga tong menunjukkan hasil yang amat positif.  Kesemua tiga tong tersebut kelihatan penuh dengan kulat-kulat dan fungus keputihan yang berdebu. 

Insya Allah, destinasi seterusnya ialah sebuah perkampungan orang asli di negeri Perak juga.. dan kali ini, pembuatan EM disitu akan menggunakan baka EM istimewa dari Teluk Medan, Bagan Serai.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s