Mari Bantu Jepun

Kita perlu bantu Jepun.  Mereka ditimpa bencana dan malapetaka.

Mereka berada didalam saat kesusahan yang amat sangat.  Bagi rakyat di sebuah negara yang terkenal maju dan canggih, serba pantas dan serba kompleks, ketiadaan elektrik adalah satu malapetaka. 

Semua tidak boleh berfungsi tanpa elektrik di negara Matahari Terbit ini.  Mereka membina janakuasa nuklear bagi mendapatkan bekalan elektrik dan kini janakuasa ini sedang nazak dan semput.  Khabarnya elektrik dicatu, saya tidak pasti samada di Tokyo atau seluruh negara.

Tanpa elektrik dalam suasana musim sejuk.. hmmm, ketiadaan elektrik bagi memasak makanan panas, menghangatkan badan dan memasak air… sangat menyiksakan.  Air sejuk di musim salji bukan sesejuk air telaga di kampung kita yang terletak dihujung kampung, itu dah kira sejuk sangat tu… di musim salji, air dalam gelas yang dipegang ditangan pun boleh beku.  Dan mereka tiada sebarang peralatan bagi menghangatkan badan… sengsara sungguh.

Bagi teman-teman yang akan ke Jepun untuk membantu, saya syorkan beberapa perkara berikut:-

1.  Bawa tisu basah – jimatkan air

2.  Siapkan coklat – makanan yang memberi tenaga (bukan kenyang). nanti nak buang air besar lagi susah.

3.  Air mineral – sentiasa ada sebotol melekat dibadan… (hmm camne tu?)

4.  Lampu suluh kecil, elok-elok masuk poket

5.  Wisel – (kalau tak tau nak buat apa – toksah pegi Jepun – pegi Libya je)

Kita kena ingat, lepas gempabumi, biasanya ada susulan gegaran “after shock” yang boleh tahan gak kesan dan akibatnya.

Shahrul Peshawar… kalau boleh aku nak hantar kontena makanan ke JEPUN

p/s.  Gambar diatas tu ialah gambar Balai Polis Bukit Kepong di Lenga.  Korang nampak tak “water level” yang ditunjukkan kat dinding balai polis tu… jadi boleh tak bayangkan banjir di Selatan hari tu…

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s