PEJABAT SATELIT MRA DI SENDAI TERSELAMAT DALAM GEMPA TERBARU

Bersama barangan sumbangan rakyat Malaysia, kami tolong agihkan

Petugas di Pusat Islam Sendai bersama petugas MRA

Gempabumi semalam (11hb April 2011) berpusat di Timur Laut Jepun  pada kekuatan 7.1 skala Ritcher telah melanda Jepun sekali lagi dan secara simboliknya menandakan genapnya sebulan peristiwa Tsunami dan Gempa yang melanda pada 11hb Mac 2011 yang lalu.  Amaran Tsunami setinggi 1 meter telah dikeluarkan di Fukushima Prefectures tetapi telah ditarik balik kemudiannya.  Bandaraya Tokyo turut bergegar selama satu minit semalam.

Sekretariat MRA telah menghubungi Pejabat Satelit MRA di Sendai yang diketuai oleh En. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan MRA sejurus selepas kejadian dan beliau telah memaklumkan bahawa kesemua petugas MRA berada didalam keadaan baik walaupun mengalami gempa yang agak kuat tersebut.

Gegaran tersebut bagaimanapun tidak menghalang operasi MRA dan juga tidak mengakibatkan sebarang kerosakan besar kepada Pejabat Satelit MRA yang telah beroperasi semenjak 26hb Mac yang lalu.

MRA kini sedang menumpukan kepada aktiviti membekalkan makanan panas bermasak kepada pusat-pusat pemindahan mangsa bencana yang telah dikenalpasti di kawasan terbabit.  MRA turut menjalinkan kerjasama dengan NGO tempatan dan NGO antarabangsa yang turut berada disana bagi memastikan sumbangan rakyat Malaysia disalurkan tepat kepada mereka yang memerlukan.

Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung Bantuan Kemanusiaan ke Jepun boleh menghubungi kami untuk sesi taklimat.  Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Leave a comment

Filed under Kenyataan Media, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s