MRA METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KERJASAMA BERSAMA RANGKAIAN NGO

Pengagihan Takidashi di kawasan Sendai.  Gerakerja bersama rangkaian NGO antarabangsa

 

Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan MRA di Pejabat Satelit MRA di Sendai melaporkan bahawa satu perjanjian persefahaman kerjasama telah dimeterai diantara Malaysian Relief Agency (MRA), Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU), Japan Islamic Trust (JIT), Masjid Otsuka dan Masjid Sendai.

Perjanjian ini antara lain bertujuan untuk memastikan agar kerja-kerja bantuan yang disalurkan dapat diurus secara lebih sistematik dan dapat dipantau keberkesanannya dengan lebih baik lagi. 

Perjanjian kerjasama ini juga akan memasukkan aspek penyebaran maklumat yang tepat terhadap apa yang berlaku di lapangan supaya dapat dilaporkan secara bertanggungjawab kepada khalayak yang memerlukannya.  Perjanjian kerjasama ini juga berhasrat untuk memudahkan kerja-kerja penyaluran dana serta penggunaan sumber manusia dan tenaga kerja yang sedia ada di Jepun.

Modus operandi MRA pada masa ini ialah untuk membekalkan bantuan makanan bermasak (Takidashi) disamping mengadakan program Pemulihan Trauma kepada penduduk yang masih menginap di Pusat-pusat Penempatan di wilayah yang terbabit dengan memberikan mereka semangat untuk terus menghadapi kehidupan ini.

Ramai penduduk yang masih mengharapkan agar dapat bertemu semula dengan ahli keluarga mereka yang dilaporkan hilang. Jumlah mereka yang hilang dilaporkan melebihi 13,000 orang.  Pihak berkuasa Jepun kini dilaporkan sedang melipat gandakan usaha mereka untuk mencari mayat di kawasan sekitar 10km radius dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima.  Pencarian sebelum ini ditangguhkan kerana kadar kebocoran radiasi yang tinggi di kawasan tersebut.

Mana-mana pihak yang ingin berkerjasama atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung Bantuan Kemanusiaan ke Jepun boleh menghubungi kami untuk sesi taklimat.  Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s