MRA MASIH MENERUSKAN TAKIDASHI DAN PEMULIHAN TRAUMA DI WILAYAH TERJEJAS

pembuatan Onigiri di Kuil Kogenji di Tokyo

 

Walaupun berhadapan dengan beberapa siri gegaran susulan (after shock), MRA terus menggerakkan operasinya seperti yang telah dirancang.  Justeru, pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu, MRA telah menggerakkan program penyediaan makanan segar panas bermasak atau dikenali sebagai Takidashi kepada lebih 300 penduduk dan juga petugas di sebuah pusat pemindahan dikawasan Shizugawa, Minamisanriku didalam Miyagi Prefectures.  Program Pemulihan Trauma berjalan serentak dengan program agihan Takidashi ini.

Program penyediaan makanan ini mendapat sambutan baik dari penduduk setempat dan mereka merasa amat berterima kasih diatas kesudian dan kesanggupan rakyat Malaysia untuk turut bersama membantu mereka memulihkan kembali negara mereka. 

Kesempatan menghulurkan makanan kepada pakcik dan makcik, warga emas yang masih mendiami pusat pemindahan tersebut, petugas MRA akan mengambil peluang ini untuk berbual dan memberikan mereka semangat dan harapan untuk meneruskan hidup ini.  Kebanyakkan dari kalangan mereka berada didalam keadaan sangat tertekan kerana mereka telah diminta untuk keluar dari kawasan kediaman mereka kerana radiasi, kehidupan seharian terjejas, malah, ada dikalangan ahli keluarga mereka yang hilang masih belum ditemui menambahkan lagi beban tekanan didalam diri setiap penduduk yang berada di pusat pemindahan.  Petugas MRA juga telah diingatkan untuk tidak berbincang isu-isu sensitif dan isu yang boleh mengguris hati mereka sepanjang program pemulihan trauma ini.

Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan MRA akan pulang dari Tokyo ke Malaysia pada 19hb April 2011 nanti.  MRA akan mengatur kempen dan gerakerja yang lebih tersusun bagi membantu Kempen Bantuan Ke Jepun ini.  Mana-mana Media yang ingin mengadakan temuramah eksklusif bersama beliau boleh menghubungi Sekretariat MRA.

Kami amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi menggandakan lagi bantuan kami di Jepun.  Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s