Selamat Hari Buruh

Selamat Hari Buruh semua.

Perjuangan kaum buruh amat besar.  Namun buruh terhimpit dengan kenaikan harga barang yang semakin tidak terkawal.  Orang yang sepatutnya menyelia harga barang lebih senang mengikut telunjuk industrialis dan opportunis.  Kenaikan harga barang yang membebankan kaum buruh diubah kata kepada penyelarasan harga menjadikannya seolah-olah sesuatu yang kurang racunnya kepada kaum buruh.

Diseluruh dunia, Hari Buruh diraikan dengan rapat buruh.  Semua buruh akan keluar berhimpun… meraikan hari milik mereka.  Seluruh dunia, dari dunia komunis ke dunia telunjuk amerika.  Dari daerah kapitalis hinggalah ke daerah orthodoks, semua meraikan hari buruh… dan rapat buruh adalah agenda biasa.

Saya hairan dan sedikit kecewa.. kenapa Malaysia semakin mundur ke belakang?.. rapat buruh tidak dibenarkan, malahan ramai yang ditangkap kerana berhimpun dan berarak.  Kenapa kita mempunyai jiwa yang cukup sempit dan terkongkong?  Kenapa kita tidak menyokong perjuangan kaum buruh?  Kaum buruh kebiasaannya akan meminta kenaikan gaji dan turunkan harga barang… dan kaum buruh itu adalah bahagian terbesar dalam kelompok kita?

Dimanakah buruh hendak menyuarakan bantahan dan kemarahan mereka.  Adakah perlu dihalang rapat (perhimpunan) buruh?  Tidak mahirkah pihak berkuasa di Malaysia menggendalikan rapat buruh?  Atau terlalu mahu menjaga hubungan boss dengan penguasa?  

Kenapa kita tidak boleh membantah kenaikan harga minyak?  Kenapa kita tidak boleh membantah kebejatan moral pemimpin negara?  Kenapa kita tidak boleh membantah pembohongan media?  Kenapa kita tidak boleh membantah berat sebelah media?  Kenapa kita tidak boleh membantah pengambilan tanah secara paksa?  Kenapa kita tidak boleh membantah kerugian negara kerana berlakunya ketirisan?  Kenapa kita tidak boleh membantah kaedah-kaedah penyiasatan yang menyebabkan kematian?   Kenapa kita tidak boleh membantah kepada penipuan dan putar belit fakta oleh pihak tertentu dalam mahkamah?

Ada yang perlu kita zahirkan dalam pilihanraya ke 13 tetapi ada yang perlu dizahirkan ketika itu juga.  Saya melihat akan lebih ramai orang beralih dari menyokong barisan kepada pakatan.  Tidak perlu revolusi radikal dan fizikal… revolusi minda dan mental sahaja sudah pasti akan menggugat penguasa yang lupa akan hak rakyat dan hak kaum buruh.

Selamat Hari Buruh.

Shahrul Peshawar, Bangkok.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s