MRA turut menjengah di Hulu Langat

Shahril (Jururawat Hospital Pakar Al Islam, Kg. Bharu) sedang meringankan bebanan kesakitan seorang mangsa yang tersepit

Hulu Langat, Selangor, 21 Mei 2011 –

7 orang ahli tim bantuan kemanusiaan gabungan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM), Malaysian Relief Agency (MRA), Briged Bakti Malaysia (BBM) dan Hospital Pakar Al-Islam yang diketuai oleh Shirajuddin Sirat, Setiausaha Eksekutif MRA telah tiba di lokasi yang ditimpa musibah tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat pada jam 6.05 petang.

Sebenarnya ahli-ahli misi terpaksa berjalan kaki hampir 2 km dalam hujan lebat untuk tiba di lokasi rumah anak yatim tersebut kerana jalan masuk yang sesak. Jururawat Muhamad Shahril daripada Hospital Al-Islam telah membantu kanak-kanak lelaki yang selamat, terkepit kakinya dan alhamdulillah berjaya dikeluarkan sekitar jam 10.00 malam. Tugas utama beliau adalah untuk menstabilkan pesakit dengan menyemak tekanan darahnya dari semasa ke semasa, bekalan oksigen yang mencukupi dan memastikan pesakit tidak tertidur. Kanak-kanak ini tersepit di antara mayat rakan-rakannya, kerusi dan tanah serta batu runtuhan dengan dinding bangunan.

Pada masa yang sama, ahli tim yang lain terlibat bersama lain-lain NGOs mengaturkan makanan dibawa masuk daripada luar kawasan bagi petugas-petugas penyelamat dengan menaiki 2 buah motorsikal. Khidmat ini diketuai oleh Faizul Abdul Razak, warga tempatan yang memberikan khidmatnya sejak berlakunya tanah runtuh tersebut. Beliau berada tidak jauh daripada lokasi ketika itu.

ULASAN Shahrul Peshawar

Kami (MRA) tak nak claim apa-apa daripada sapa-sapa, cuma kami turut hadir membantu apa yang terdaya.  Tahniah pada semua yang terlibat di peringkat Negeri dan Pusat, DUN dan sebagainya.  Semua pihak harus muhasabah atas apa yang berlaku, jangan tunding menunding, jangan tuduh menuduh, tak usah perkecilkan usaha orang lain.  Buatlah kerja yang berfaedah.  Kepada semua petugas baik yang fulltime atau volunteer – ANDA SEMUA HEBAT – WOW!

Kepada keluarga dan pihak pengurusan – tabah dan tenang hadapi semua mehnah ini.  Jangan dirisaukan, anak-anak itu semua pasti sedang bergembira di alam yang satu lagi.

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s