Monthly Archives: June 2011

Lagi “kuning” yang akan ditangkap

Sorang lagi kuning yang akan ditangkap kerana berwarna kuning… Kenapa tidak boleh rakyat BERHIMPUN menyuarakan bantahan?  SALAH ke berhimpun.  Apakah berhimpun ini satu aktiviti KOMUNIS atau SOSIALIS atau perangai ORANG BARAT… bukan budaya kita? hihihihihiihii… JANGAN TIPU RAKYAT lagi selepas MENAIKKAN HARGA GULA..

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Human Rights, Kempen-kempen

Seorang lagi “kuning” yang bakal ditangkap

Sorang lagi mamat yang akan ditangkap kerana berwarna kuning.  Kenapa tak boleh pakai baju kuning?  Kenapa nak bodoh dan takutkan rakyat?  Punya banyak orang yang langgar lampu isyarat tak de pun diambil tindakan, itu memang sah-sah langgar undang-undang kenapa tak nak tangkap?  Perlukah kita MENYUSAHKAN dan MEMBODOHKAN rakyat?  Tak cukup ke British hina dan buat macam tu pada kita dulu?

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya

Si Kuning yang bakal ditangkap

Kecoh betul, habis semua benda warna kuning nak kena tangkap.  Mamat ni sekarang dalam ketakutan dan tak tentu arah.  Sapa boleh tolong dia?

Hak untuk berhimpun adalah hak asasi rakyat disebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Di Minda Saya

Membantu Palestin

RAPATKAN SAF DEMI PALESTIN

Assalamualaikum

Amat tak patut kalau aku tak kata apa-apa.

Teman-teman yang ikhlas berjuang.

Aku cuma ada satu perkara yang hendak dinyatakan.  Bulatkan tekad untuk membantu Palestin.  Janganlah kita bertelagah sesama kita.  Malu kita pada Israel dan Yahudi.  Bagi sesiapa yang menarik diri dari mengikut Flotilla, teruskan bantuan melalui jalan lain, terutama jalan darat setelah pintu Rafah dibuka.  Bagi sesiapa yang menyertai Flotilla pula, jaga diri dan carilah jalan untuk kembali bersatu dengan mereka yang tidak ikut serta. 

Mungkin masa sedikit singkat sekarang, nak buat macamana, tapi hubungan silaturahim dan kesatuan hati untuk membebaskan Palestin seharusnya menjadi sebab kita kembali bertaut.  Letak politik dan ego di tepi.  Ini bukan mengenai dia pergi atau atau aku pergi tetapi ini mengenai umat Islam di Palestin, saudara kita di Palestin.

Berlapang dada dan bertolak ansur adalah kunci perpaduan. 

Boleh tak kita berdamai demi Palestin dan penduduknya?

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia, Kempen-kempen

MenCERIAkan Sekolah Komuniti Rohingya di Cheras Baru

Alhamdulillah

MRA dibantu oleh tim Skuter Modenas, tim Ustaz Ahmad dan Kumpulan Aktivis Muda YPU (KAMY) disamping sukarelawan MRA yang lain.  Koordinator bagi program ini ialah Abg Johari kita, pengusaha burger kukus di Ampang.  Hadir sama ialah Sdr. Rezaidi, Exco Latihan & Pengembangan MRA

Program ini bertujuan untuk menambah keCERIAan pada sekolah disamping melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyah-asingan benda-benda yang tidak diperlukan.  Dinding di tingkat satu juga telah dicat dan beberapa tempat juga telah disimen agar lebih mesra dan mudah untuk anak-anak yang belajar disitu.

Shahrul

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia, Kempen-kempen, Refugee, sukarelawan

Projek Rumah Syukur MRA di Padang, Indonesia

Setakat ini sebanyak 216 buah Rumah Syukur MRA telah berjaya dibangunkan di daerah bencana gempa bumi Padang, Indonesia.  Rumah sumbangan rakyat Malaysia dan korporat yang prihatin ini kini sedang disiapkan sejumlah 100 buah lagi.  Rumah Syukur MRA ini dibangunkan dengan jumlah minima iaitu sebanyak RM2500 sebuah, dilengkapi dengan 2 buah bilik dan sebuah ruang tamu.   Apa yang penting sekali, Rumah Syukur MRA ini dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai rumah yang ramah gempa (anti gempa). 

Selain dari Rumah Syukur MRA di Indonesia ini, MRA turut membina Rumah Syukriah MRA di Peshawar, Pakistan.  Setakat ini sejumlah 80 buah rumah sudah dan sedang disiapkan.  Kos pembinaan bagi sebuah Rumah Syukriah MRA ialah sekitar RM3000 sahaja.

Adakah anda ingin menyumbang dalam projek Rumah Syukur MRA?  Mungkin anda ingin menginfaqkan sumbangan bagi pihak ahli keluarga yang lain?  Atau bagi mereka yang telah tiada lagi sebagai suatu sedekah jariah?  Hubungi Sekretariat MRA di 03 26972007.

Shahrul Peshawar

 

 

 

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Kempen-kempen, Refugee, sukarelawan

Ceramah Isu Kemanusiaan di Jepun untuk PLKN Kuala Nerang

Alhamdulillah

Saya berkesempatan untuk berkongsi dengan adik-adik peserta PLKN (wirawan dan wirawati) di Kem PLKN Kuala Nerang yang terletak didalam Dusun Minda Resort.

Alhamdulillah, saya diberikan layanan yang baik oleh pengurusan Kem, termasuk dari Komandan Kem PLKN, Lef. Kol. (U) Abdul Latif Daud.  Terima kasih juga kepada Kapt. Zulfazli Md. Jamil, Tim. Komandan (Pentadbiran) dan Mej. Zainal Sangit, Tim. Komandan (Latihan), tidak lupa juga pada En. Rashidi, jurulatih-jurulatih dan urusetia kem.   Peluang yang diberikan kepada MRA untuk berkongsi pengalaman di Lapangan amatlah kami hargai.

Sepanjang sesi ini, saya berkongsi pengalaman MRA membantu mangsa-mangsa tsunami dan gempa di Jepun disamping menunjukkan gambar-gambar kerosakan yang berlaku.  Maklumbalas amat positif semasa sesi soal jawab, banyak sekali soalan yang dikemukakan.

Saya dan teman-teman lain bersedia lagi jika dipanggil untuk berkongsi pengalaman kami agar ianya dapat menyemarakkan semangat kesukarelaan dan kecintaan kita untuk membantu mereka yang didalam kesempitan dan dihimpit kedukaan.

Shahrul

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Kempen-kempen, sukarelawan