PERKONGSIAN PENGALAMAN

Saya sedang menyiapkan pelbagai jenis bahan untuk latihan-latihan dalam hal-hal berkaitan dunia kemanusiaan dan bagi menyemarakkan lagi percambahan maklumat di bidang kesukarelaan. Antara bahan yang memang saya dah siapkan lama dan selalu saya gunakan dalam pertemuan ialah Vitamin 20C yang kini saya sedang lengkapkan menjadi Budaya 60C.

Vitamin 20C membicarakan tentang 10 perangai elok dan 10 perangai buruk seorang pekerja bantuan kemanusiaan. Vitamin 20C, kali pertama saya bentangkan pada 2007. Yang baik patutlah diamalkan dan yang buruk moleklah dijauhkan. Vitamin 20C ni aku selang-selikan dengan gambar-gambar di lapangan dimana saya bertugas. Biasanya Vitamin20C ni akan ambil masa sekitar 60 minit tanpa sesi soal jawab. Budaya 60C pulak, saya anggarkan, akan ambil masa 3-4 jam. Lebih lengkap lagi dari Vitamin 20C. Kalau masuk sesi soal jawab, boleh makan sampai 5 jam.

Vitamin 20C dan Budaya 60C sebenarnya adalah intipati kepada ciri-ciri dan kriteria penting bagi seseorang pekerja bantuan kemanusiaan. Ianya adalah pengalaman lapangan yang saya dan teman-teman terutamanya para senior lalui, sebelum ini, ianya hanya menjadi cerita-cerita kami dalam perjalanan dan gebang petang. Ianya ditulis semula dalam kata kunci yang mudah untuk dihadam dan dihayati.

Vitamin 20C lahir bilamana saya diminta oleh Mohd Anuar Tahir, Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) untuk berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli Yayasan tersebut. Kemudian saya turut bentangkan Vitamin 20C ini di sebuah bengkel anjuran GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) di Janda Baik. Lepas tu saya turut berikan presentation nie pada teman-teman lain yang ingin menggunakannya didalam presentation mereka. Benda nie semacam personal sikit, hanya orang yang saya kenalpasti saja yang diberikan kebenaran.

Dalam simpanan saya, ada beberapa presentation lain yang boleh digunakan:-

i. Persiapan Sukarelawan (untuk misi Antarabangsa) ii. Dekat Di Mata Lekat Di Hati – Kempen Ramadhan MRA iii. Positioning Your Organisation iv. Risiko Pekerja Bantuan Kemanusian di Lapangan v. Kongsi Cerita vi. Pengalaman Sukarelawan vii. Operasi Bilik Gerakan

Dikesempatan ini, saya mengalu-alukan sesiapa yang nak menjemput kami dari Malaysian Relief Agency (MRA) untuk sebarang taklimat dan program mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Hubungi kami dan kita boleh atur tarikh dan masa.

Shahrul, Ampang

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, Refugee, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s