Aku sokong Tuntutan Bersih tapi aku tak sokong jatuhkan kerajaan cam kat Mesir

http://bersih.org/wp-content/uploads/2011/06/bersih-gif-1.gif

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal. • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja. • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding. • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam.   Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah.   Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor.   BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

KOMEN:-

Aku sokong Tuntutan BERSIH.  Dan sebenarnya aku harap Kerajaan Pusat dapat berkerjasama dalam menjayakan BERSIH ni.  Kalau PM Najib dan barisan kabinetnya dapat join BERSIH lagi baik.  Semua orang nak bertanding dalam pertandingan yang adil dan saksama.  Tawaran offer untuk buat BERSIH di Stadium terpaksa dibuat kerana isyarat memang jelas rakyat Malaysia yang akan turut serta pastinya melebihi jumlah POLIS + TENTERA + RELA + KASTAM + IMIGRESEN + JKR + JPJ dan lain-lain agensi yang akan dikerah. 

Susah sangat ke nak guna dakwat di jari selepas undi? Cara ini untuk elak orang dari mengundi 2 kali? Kan bagus cam tu, kita tak undi lebih dari sekali.  Kalau ada pemimpin yang menang kerana undi sebegini (undi kali kedua), ini namanya pemimpin haram.   Pemimpin yang naiknya haram, pasti membuat keputusan haram.  Kat sinilah tak de barakahnya dalam memimpin. 

Orang yang dah mati atau pindah, SPR perlu lupuskan namanya dari senarai daftar pengundi.  Senang saja.  Ikutlah laporang kematian yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.  Kenapa nak biarkan nama orang tu terus saja disitu?  Nak cari orang lain untuk pangkah lah tu?

POLIS kena bantu kawal situasi agar semuanya tenang dan berjalan selancar mungkin.  Kenapa POLIS perlu keluar statement separuh masak semacam tak faham proses demokrasi?  POLIS jangan bertindak cam orang politik, orang politik cakap belit-belit.  Saya tetap percaya bahawa POLIS Malaysia adalah profesional dan mampu menangani hal-hal semacam ini secara baik dan teratur sekiranya tiada campurtangan ahli-ahli politik dan pemimpin penjilat.  POLIS Malaysia boleh jadi pengaman di negara lain, tak kanlah di negara sendiri tak boleh nak kawal? betul tak?. ..

Ini negara kita, tanggungjawab kita.  Kemakmuran dan keamanan perlu dipertahankan dengan segenap usaha demi kelangsungan generasi Malaysia yang gagah dan bertamadun.  Inilah yang akan aku ceritakan pada anak dan cucu aku…

SHAHRUL PESHAWAR

2 Comments

Filed under Di Minda Saya, Human Rights

2 responses to “Aku sokong Tuntutan Bersih tapi aku tak sokong jatuhkan kerajaan cam kat Mesir

  1. izam

    Aku setuju apa yg SPR dah jawab pada semua tuntutan ni (sila google ye) … Tapi yg aku musykil, dulu masa pakatan menang besar tak cakap apape, skrg tetibe je naik isu SPR tak telus ni… Jgn emo ye, korang rasa apa cerita sbnr semua ni agaknya ye?..

    • shahrulpeshawar

      izam, aku tak paham kenapa kau ni tak boleh melihat realiti yang berlaku dalam malaysia. SPR tidak melaksanakan pilihanraya secara adil dan saksama. banyak peraturan yang telah dibuat dan digubal hanya untuk menangkan satu pihak sahaja. SPR tidak telus dan profesional. Tidak ada integriti dan tidak bertanggungjawab.

      Aku bagi kau satu hal sahaja untuk kau fikirkan… apa yang susah sangat nak guna dakwat kat jari sebagai tanda seseorang tu telah mengundi, supaya dia tak boleh mengundi ditempat lain? Kau fikirkan dulu, pastu reply balik kat aku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s