Kenangan Ramadhan di Jalalabad


Ramadhan sentiasa istimewa.  Ramadhan sentiasa datang membawa berita gembira dan khabar yang baik. Ramadhan mengandungi pelbagai iktibar dan pelajaran. Ramadhan adalah suatu bulan yang cukup unik dan tersendiri.

Saya dan teman-teman di MRA terutamanya dan teman-teman dari humanitarian agency yang lain pastinya berkongsi pengalaman dan cerita masing-masing yang menarik mengenai Ramadhan.

Antara kisah Ramadhan yang ingin saya kongsikan ialah pengalaman berpuasa di Jalalabad & Kabul, Afghanistan dalam misi melakukan agihan bantuan makanan kepada penduduk miskin disana.

Cuaca di waktu itu ialah dibawah paras beku,di Jalalabad, puncak-puncak gunung sudah dilitupi salji putih. Misi saya ialah untuk memberikan bantuan kewangan kepada beberapa buah masjid di Jalalabad yang memerlukan baikpulih dalam skala kecil. Ada belasan Masjid yang kami bantu hasil sumbangan saudara seIslam dari Malaysia. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 2002. Saya masih ingat bagaimana selepas solat Tarawikh, kami menikmati minum malam, chai (teh kuning tanpa gula) dan buah-buah kering. Kami berbual tentang banyak perkara mengenai Islam dan kehidupan. Tetapi, malam itu tumpuan saya ialah terhadap seorang pemuda. Beliau hafiz Quran. Cumanya, beliau seorang buta dan kekurangan beberapa jari di kedua tangannya. Beliau menceritakan kepada saya tentang “peperangan bawang dan terung”. Beliau mengungkapkan rupabentuk serta warna bawang dan terung dengan baik sambil mengajuk laporan peperangan mengikut gaya bacaan didalam Televisyen. Beliau melaporkan tentera bawang telah menyerang tentera terung, mengakibatkan kecederaan di kedua belah pihak… dan beliau meneruskan celotehnya dan kami semua cukup terhibur walaupun sedih melihat gelagat beliau itu.

Apa yang menarik? Beliau merupakan seorang budak yang sihat dan cerdik sehinggalah beliau menjadi mangsa periuk api. Beliau ketika itu berusia belasan tahun, walaupun tahu bahaya tersebut, beliau masih tidak dapat lari dari sifat ingin tahu kanak-kanak, memegang dan menilik periuk api yang berwarna itu sebelum ianya meletup didepan mata – melenyapkan terus daya penglihatan beliau dan menghilangkan beberapa jari-jari tangannya. Inilah mangsa kekejaman perang Afghan Russia, perang sudah lama tamat tetapi senjata seperti periuk api masih aktif dan secara puratanya setiap hari pasti ada seorang yang menjadi mangsa periuk api.
Malam itu saya tidur tidak nyenyak, mengingatkan bagaimana keluarga di Malaysia bersahur dan juga bagaimana sahabat muda tadi begitu tabah menghadapi kehidupan ini.
Syukur, ALlah berikan yang terbaik kepada saya dan seharusnya saya mengembalikan yang terbaik juga kepada NYA.
Ramadhan tahun ini, MRA mensasarkan bantuan ke kawasan-kawasan yang memerlukan, sumbangan anda amat diperlukan.

Shahrul Peshawar
anak sulung saya lahir di Peshawar pada 27 Ramadhan 1424

Leave a comment

Filed under 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s