Pak Mat Pos Bersih 2 telah kembali ke Rahmatullah

Aku tak punya ramai kawan dari kalangan orang asli.  Masa student dulu ramai lah kawan orang asli nie… Azman, Shamutiara dan lain-lain lagi.

Tapi semenjak aku mula turun ke Pos Bersih di Slim River, aku mula nak berkawan semula dengan Orang Asli, dan aku berkenan nak bersahabat dengan seorang lelaki yang digelar Pak Mat oleh penduduk setempat.  Pak Mat orangnya riang dan ceria, seperti kebiasaan orang asli – dia jujur dan bercakap lurus.  Tidak ada bengkok-bengkok dan tidak ada sindir menyindir dalam tuturkatanya.  Dia tidak biasa meng”anjing”kan orang (pinjam bidalan kata orang Pahang).  Dia tidak ketawa tak tentu pasal.  Pak Mat punya hati dan naluri yang suci.  Pak Mat punya akal dan fikiran yang mantap.  Pak Mat punya niat dan nawaitu yang jernih.

Pak Mat adalah diantara individu yang diberikan hidayah oleh ALlah SWT di Pos Bersih untuk memeluk Islam.  Pak Mat istimewa.  Pak Mat sanggup berikan sebahagian tanahnya untuk kami bangunkan sebagai Dewan Komuniti.  Aku merasakan bahawa Pak Mat adalah sebahagian dari Dewan Komuniti itu sendiri.  Ketika Dewan Komuniti mula sibuk diperkatakan hendak dibangunkan, ketika tiang pun belum naik, Pak Mat sudah menyatakan kesediaannya untuk menyumbang tanah bagi projek ini.  Bila projek ini tidak berjalan lancar seperti yang dirancang, Pat Mat ditertawakan oleh orang-orang kampung, mereka mengatakan Pak Mat sudah kena kelentong lagi dengan orang Melayu.  Pak Mat dikatakan hilang akal, Pak Mat dikatakan bermacam-macam oleh penduduk setempat.

Tapi, berkat kesabaran beliau, serta doa orang ramai, Dewan Komuniti ini naik juga akhirnya,  dikala Dewan sedang rancak dibina, kesihatan Pak Mat beransur menurun.   Beliau mulai kehilangan berat badan, hilang selera makan, tidak berdaya.  Hari Iqbal dan Abg. Joe ke Pos Bersih melihat progres pembinaan Dewan Komuniti, Pak Mat telah dibawa pulang oleh keluarganya untuk berubat di Raub, Pahang.

Hari Jumaat, 12hb Ogos 2011, selepas Jumaat, Iqbal menghantar SMS menyatakan bahawa Pak Mat telah kembali ke rahmatullah.  Hati aku menjadi sebak dan sayu.  Penantian Pak Mat sekian lama tertunai juga.  Dia pergi pada hari Jumaat dalam bulan yang cukup berkat.  Semoga Pak Mat tenang di sana.

Ya ALlah, jangan kau siksa saudaraku Pak Mat, dia hanyalah saudara baru yang sedang mengenali agama ini dengan tekun dan gigih sekali.  Ya ALlah, Ampunkanlah dosa-dosa beliau dan kau tempatkanlah beliau dikalangan orang-orang beriman lagi beramal soleh.  Ya ALlah, kau gantikanlah seorang yang lebih baik lagi dari Pak Mat di Pos Bersih bagi membantu kami meneruskan usaha-usaha yang telah kami rencanakan.  Amin Ya Rabbal Alamin.

Shahrul Peshawar

 

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s