Monthly Archives: September 2011

Barang kiriman mak sampai di Pejabat MRA, Garowe

Ketika tim kedua MRA tiba tempohari (21hb September 2010), diaroang ada bawak beberapa barang kiriman dari keluarga saya, termasuk dari mak dan Rosemah. Semuanya diletakkan didalam satu kotak, termasuk stok-stok makanan Malaysia yang lain, biasalah tu.. Satu lagi kotak isi segala kelengkapan dan keperluan pejabat seperti alatulis, kepala surat dan lain-lain lagi.

Yang bestnya, kedua-dua kotak nie tak ikut ke Bossaso, masih ada di Barbera. Aku tanya dengan pegawai Jubba Airwarys yang ada, macamana boleh jadi tertinggal tu? Dia kata, masa nak datang tadi, pesawat dah penuh, tapi masih ada orang yang nak naik, jadi terpaksalah dia adjust sikit, dan dalam adjust tulah dia turunkan 2 kotak kami tu dan beberapa beg orang lain. Dia bagi jaminan, jangan risau, nanti dia akan hantar kotak tu kepada kami.

Semalam, 29hb September, Iqbal hantar mesej dari Garowe… lebih kurang bunyinya macamani “Hari ni sampai la kotaknya. Baru teringat, dlm kotak tu ada ole2 dikirim oleh mak abg. Shahrul.. so mcm mana tu, nak dipos blk M’sia ka?”

Saya jawab balik ke Iqbal macamni pulak “Kalau nak pos, kau cari sampai jumpa dulu pejabat pos, pastu bagitahu aku…”

Sepanjang saya di Puntland, Somalia. Saya tak pernah jumpa Pejabat Pos. Kalau ada pejabat pos barulah boleh hantar kotak tu semula…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under 1

LaPANGAN 8 – E-Majallah MRA

Leave a comment

Filed under Humanitarian

Meninggalkan Galkaiyo


Flight aku pagi nie, jam 6.30 am. Sebenarnya dari malam tadi aku tak boleh nak tidur. Bukan sangat kerana rindu nak balik Malaysia, tapi secara jujurnya aku risaukan perjalanan esok, dengan mengetahui flight yang aku akan naik… tidak mengetahui sesuatu tu kadangkala terlebih baik dari mengetahui.

Masa di airport Galkaiyo, kelihatan Menteri Kesihatan Puntland, Dr. Ali Warsame dan tim perubatan dari Turkey (UhDER) turut ada kerana mereka akan turun di Bossaso.

Aku sedih tinggalkan Iqbal sendirian, dulu aku pernah tinggalkan dia di Peshawar. Haji Hani dan Iyadz tak begitu sedih aku tinggalkan, cuma aku lebih risau je dengan diaorang nie, keselamatan dan kesihatan mereka. Aku juga sedih tinggalkan Dr Daud dan AbdiRazak, sebulan lebih aku duduk dengan diaorang… sudah saling kenal hati budi masing-masing.

Apapun, aku tahu Iqbal pasti dapat lakukan apa yang kami rancang dan dia pasti dapat lakukannya dengan baik sekali.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under 1

Minum Kopi Somalia dan Solat Maghrib di Garowe

Cerita aku ringkas je kali ni.

Nak ceritakan pengalaman solat bersama orang Somalia.

Ada satu petang tu, ABdiRazak, staf MRA di Somalia tu ajak aku makan samosa yang paling sedap di Garowe. Kat sini semuanya camtu, tak de yang tak sedap semuanya sedap belaka, padahal biasa-biasa je. “Mr. Shahrul I will bring you to the best samosa in Garowe, you will never forget after this”, begitu menyakinkan.

Bila kami tiba, samosa sedap rupanya dah habis, yang tinggal hanyalah tuna dan sardine sandwich je, tapi dah alang-alang sampai, rembat ajelah. Aku minta segelas kopi Somalia. Rasanya kopi tapi pelik sikit, susah aku nak describe rasa tu. Tapi kopi Somalia nie takde power apa-apa cam kita minum susu unta atau teh telur di Padang. Dia bagi kopi dan susu berasingan. Gula tak campur, tambah ikut citarasa. Jadi bila nak minum, kita kena masukkan kopi kedalam bekas susu tu. Kalu nak masukkan susu kedalam cawan kopi, takut tak muat, tertumpah nanti.

Bila azan Maghrib berkumandang je, tuan punya kedai terus saja tutup kedai dia walaupun ada dua tiga customer baru sampai, dan customer nie pun tak nak cari pasal, terus saja ke kawasan tepi kedai yang dijadikan semacam surau sementara. Bentang tikar plastik biasa saja. Solat secara berjemaah. Pengalaman semacam nie ada di Pakistan, Afghanistan dan Kashmir. Diaorang jaga waktu. Dalam kita solat tu adalah dua orang pengawal yang akan menjaga keselamatan semasa kita solat.

Bila aku masuk dalam saf, kiri aku makmumnya seorang askar dan depan aku pun seorang askar gak. Yang kiri aku nie dia pakai AK47, dia letak tengah-tengah dia senapang tu, kira oklah tu, tapi yang depan aku nie, dia pakai rifle yang panjang sikit dari AK47, walaupun dia letak di tengah-tengah, tapi bila aku sujud, muncung senapang tu kena tepat kat ubun-ubun aku, sejuk je rasanya besi tu. Aku memang tak boleh elak, tak kan aku nak lencongkan badan, larilah arah kiblat nanti, masa tu terasa satu macam punya “khusyuk” dalam solat. Tak boleh nafi, rasa ngeri tu tetap ada. Sebab kita tahu alat tu alat membunuh, dia digunakan untuk membunuh orang. Pastu, takde jaminan bahawa alat tersebut sentiasa dalam keadaan baik.. dikenang-kenang balik, tak sanggup aku lain kali.

Korang bayangkanlah solat maghrib, tiga rakaat, berapa kali kepala aku kena muncung senapang tu, aku risau gak kalau dia terbersin ke… manalah tahu. Itu belum lagi yang letak pistol dalam poket, bila dia duduk tahiyat akhir, manalah tahu bila pistol tu terhimpit… tawakal ajelah.

Aku tak tipu, korang tengok ajelah gambar yang aku letak nie. Sebelah aku AK47, depan aku… korang tak nampak senapang tu punya muncung hala ke mana? Yang ada walkie talkie tu lah tempat aku… Nak solat pun kena pandang kiri kanan, depan dan belakang dulu.

Inilah Somalia. Jom korban di Somalia, satu bahagian hanya RM350 je.. kesian diaorang…

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under 1

Haiwan-haiwan Somalia

Aku sertakan disini gambar beberapa haiwan yang aku ambil di Somalia. Ada beberapa haiwan yang aku jumpa tapi aku tak sempat ambil gambar (sebab aku rasa korang pun tak minat nak tengok), antaranya kambing, biri-biri, keldai, kuda, lembu, kucing, kijang, ayam, itiknapuh dan rusa. Sepanjang sebulan aku di Somalia, seekor anjing pun aku tak pernah nampak.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya

Rindu makanan Malaysia


Rasa rindu pada makananan Malaysia sudah sampai.

Rindu pada Nasi Lemak, Roti Canai dan Kuey Teow Goreng.
Aku miss Masak Asam mak
Aku miss Terung Goreng Berlada isteri
Aku miss Singgang mak mertua…

Aku juga miss pada Air Bandung
Aku juga miss pada Cendol
Aku juga miss pada A B C

Team Kedua MRA sudah sampai. Mereka bertenaga dan komited, sama seperti ketika aku sampai 28 hari yang lalu. Dengan menaiki pesawat yang tayarnya botak dan takde aircond semasa berlepas, mereka dijangka dapat meneruskan misi ini dengan cukup baik.

MRA, alhamdulillah, kami laksanakan semua program ini sendiri, tidak ada mana-mana rakan pelaksana. Kita ada staf tempatan yang saling berkerjasama berganding bahu membantu mereka yang kelaparan dan kesusahan. Kita cuma berkerjasama dengan Majlis Tempatan bagi memastikan keselamatan dan kelulusan tapak untuk perlaksanaan program.

Kepada sukaralewan yang terlibat di Malaysia, juga penderma-penderma yang budiman. Jasa anda akan dikenang sepanjang hayat. ALlah jua yang dapat membalasnya.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Refugee, Somalia

Kisah-kisah “Buang Air”

Hari nie aku nak cerita satu benda. Korang jangan kira aku pengotor pulak. Aku nak cerita pasal buang air kecil. Yang kita panggil “kencing” tu. Kalau kencing tersumbat, itu maknanya korang ada batu karang. Kalau kencing terlalu kerap, korang ada kemungkinan ada darah tinggi. Kalau kencing kuning, korang ada kemungkinan ada hepatitis. Kalau kencing tak lawas, ada masalah dengan korang punya buah pinggang. So, korang baca cerita kencing aku nie dari sudut positif, ok. Aku janji tak “kencing” korang semua.

Kencing atau buang ari kecil nie satu aspek penting yang perlu dan selalu aku tekankan bila aku diminta untuk bercakap atau berkongsi tentang “dunia kemanusiaan”. Kenapa buang air kecil ni penting? Selain dari ianya tidak menyusahkan misi bantuan ketika ianya juga berperanan untuk menyelamatkan nyawa anda.
Kalau anda jenis yang terlalu kerap buang air kecil, anda kena maklumkan kepada Ketua Misi anda dan anda juga perlu adjust untuk pastikan anda tidak banyak bercadang untuk berhenti buang air. Dalam perjalanan sejauh 300-400 km, kebiasaannya kita akan berhenti dua kali, sekali untuk makan dan solat termasuk buang air dan sekali lagi hanya untuk buang air dan sedikit “refreshment”. Kalau sebab anda, misi terpaksa berhenti lebih dari dua kali, ianya sangat membebankan dan merbahaya. Kalau kena tempat yang memang terkenal dengan tembak menembak, sniper dan rompakan, ianya akan memberikan mereka peluang untuk menjadikan kita mangsa. Perasaan cemas, gentar dan takut akan membuat kita lebih berpeluh dan merangsang buah pinggang untuk mengeluarkan lebih banyak kencing. Sebab tu kita kena sentiasa memastikan diri kita bebas dari perasaan ingin buang air kecil selalu.

KISAH Satu
Kencing tikus – Leptospirosis. Inilah penyakit yang banyak orang tak perasan, terutama pada petugas bantuan yang sibuk membantu ketika banjir. Masa banjir, semua lubang yang ada dibumi akan dipenuhi air, termasuklah lubang tikus, lubang ular dan segala macam binatang. Jadi semua haiwan nie akan keluar untuk menyelamatkan diri, mana haiwan yang terperangkap, dia akan terasa cemas, dan dalam hal nie, tikuslah yang menjadi mangsa, bila dia cemas, dia terkencing dan kencing tikus nie mengandungi racun. Dan dalam hal banjir, kencing ni akan hanyut bersama air banjir tersebut dan kadangkala ia akan bertakung disesuatu tempat sehingga surut atau hanyut lagi ke tempat lain. Kalau kita terkena air yang mengandungi kencing tikus secara sengaja atau tidak, ia akan memungkinkan kita untuk dijangkiti wabak tersebut.

Masa banjir di Pakistan dulu, lepas sebulan aku balik, badan aku jadi susut, aku ingat diet aku berjaya, tapi isteri aku kata ini penyakit.. yelah isteri aku boleh baca tapak tangan, dia belajar. Masa kecik aku pun belajar tengok tapak tangan, kawin dengan siapa, dapat anak berapa hahahahahaha. Satu hari tu, aku rasa tak larat sangat, aku pergi ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar terus aku kena tahan ward. Sahabat aku Azman yang tolong hantar. Doktor kata aku suspek kena Hepatitis A, nasib baik bukan B, C, D dan seterusnya. Dekat dua minggu aku kat Hospital dan dekat dua bulan aku keluar masuk hospital, habis urat aku kena cucuk nak ambik darah. Pelajarannya ialah hati-hati dengan KENCING TIKUS dan kalau KENCING KUNING itu bahaya.

KISAH Dua
Dalam perjalanan dari Bossaso ke Garowe, kami terpaksa singgah buang air di padang pasir yang ada pokok renek berduri, cukup untuk menyorok dari pandangan orang. Kena hati-hati, duri pokok renek ni tajam, boleh buat jarum. Orang sini panggil buang air tu “banak”. Dalam keadaan darurat, terpaksa buang air kecil secara berdiri. Tapi berdiri macamanapun mesti ada skilnya gak. Pertama, dalam darurat macamanapun, korang kena pastikan arah angin bertiup kemana, cam kita selalu cek arah angin masa nak main layang-layang. Kalau korang gagal pastikan arah angin kemana, tengah buang air tu tiba-tiba angin bertiup habislah terpercik sana-sini. Jadinya korang kena ada skil tu. Skil ni terpakai diseluruh tempat yang aku pernah pergi.

KISAH Tiga
Semasa aku bertugas di Pakistan dan Afghanistan dulu, bila dalam perjalanan, kita berhenti untuk buang air besar atau kecil, mereka akan bagi kertas tisu. Ye, kertas tisu cam kat dalam toilet tu. Diaorang istinjak guna kertas, dan dalam keadaan tak ada kertas diaorang akan gunakan batu. Kita belajar bab istinjak ni masa di sekolah dulu. Tapi kat Somalia nie tak boleh, dia mesti pakai air jugak, macamanapun mesti ada air. Takde air dia akan tahan sampai ada air. Hah, sama cam orang Melayu gak.
Cuma masalah pakai tisu dan batu nie ialah senang sekali toilet kat sini tersumbat dan nak merepairnya pun buang masa aje sebab minggu depan tersumbat balik. Tu sebab kat toilet awam kena hati-hati, kadang-kadang dalam radius 50 meter dari tandas dah bersepah kat tepi-tepi tu.

KISAH Empat
Masa aku mula-mula bertugas di Uzbekistan dulu, masa aku masih muda remaja, baru masuk 22 tahun, aku pergi ke kampung keluarga angkat aku, keluarga Kahramon Yuldashev di Ferghana Valley. Masa tu salji, kat sini salji tebal. Masa kami sampai, dah pukul 11 malam, pastu ada kenduri kahwin kat situ, diaorang ajak minum arak, aku kata aku tak minum arak, teh bolehlah. Diaorang kata minum araklah boleh panaskan badan, aku kata takpelah, bagi teh sudahlah. Aku minum teh dekat dua kole gak sebab nak melayan berborak.
Pastu bila balik ke rumah Kahramon, kami mengantuk sangat. Aku pun tertidur, lepas tu terbangun, rasa nak buang air. Aku kejut Kahramon, dia dah tak sedar diri, aku goncang dia, aku tanya mana tandas, “oo brat, gde tualet?” dia jawab sambil menunjuk satu arah “tam” – kat situ. Aku pun separuh merungut dan separuh mengantuk pergilah ke tandas, dalam hati risau gak, sebab diaorang nie selalunya ada bela anjing. Aku rasa aku sampai ke tandas tu, lampu memang tak ada, toksah tanya, aku main tolak-tolak aje pintu dan aku pun laksanakan sehingga selesai. Aku bawak air mineral. Subuh, kami bangun solat dan air wudhu panas telah disediakan dalam bejana aluminium. Lepas tu Kahramon kata kalau nak mandi pergilah kat bilik air, tapi dia tunjuk arah lain dari malam tadi.

Rupanya malam tadi aku pergi kat stor barang-barang je. Dan bila aku lalu kat situ aku jeling, aku nampak ada “ais batu” baru kat situ… beku.

KISAH Lima
Ini kisah klasik yang sdr. Khairil Annuar selalu cerita kat aku, dan aku akan sentiasa cerita kat semua orang yang aku sayang dan yang bercita-cita nak jadi humanitarian. Aku panggil kisah nie kisah “Kencing Kat Tayar” je.

Bila kita pergi ke kawasan perang atau lepas perang atau konflik yang ada elemen periuk api dan jerangkap samar, kita dinasihatkan untuk tidak banyak bergerak. Dan tempat paling selamat untuk buang air ialah di tayar kereta yang kita naik. Jangan nak pergi cari semak, belakang pokok, tepi tembok dan sebagainya.
Nak tahu tempat tu ada land mine atau tidak, biasanya pemandu orang tempatan akan maklumkan kita. Tanda lain, selalunya akan ada batu bertanda merah putih atau merah hitam kat kawasan sekitar tu. Kalau ada tanda tu baiklah hati-hati. Satu lagi, kalau ada banyak sangat bangkai kereta kebal, ada meriamlah, ada lori tersadai tu semua tanda bekas kawasan pertempuran.. kena hati-hati.

Akhir sekali.
Selalu bersedia dengan air mineral dan kertas tisu dimana saja anda berada semasa dalam perjalanan. Kita kat Malaysia semuanya lebih lengkap dan lebih mudah. Kekadang bila berada ditempat yang mana kemudahan asas cam air pun takde kita akan jadi gelabah dan susah nak sesuaikan diri. Jadi sentiasa bersedia dan kreatif dalam perjalanan.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Refugee, Somalia, sukarelawan