Gunting rambut di Garowe

Semalam aku beritahu pada SAHABAT MRA Somalia, Dr. Daud, bahawa aku nak potong rambut. Aku rimas kerja dengan rambut panjang. Dah terbiasa dengan rambut pendek, lagikan aku bekas Komander Kesatria, mestilah kena kemas selalu wakawakawaka…

Dia kata tak elok potong rambut petang-petang, elok potong belah pagi. Aku kata apa masalahnya potong petang, pagi nanti sibuk nak kerja, dia kata.. dengar cakap aku potong pagi. Aku pun mengalah, manalah tahu budaya sini kot kalau potong petang tak elok… tapi kenapa kedai gunting bukak juga petang? Kat sini nama kedai gunting ialah “Tima Jarah” bukan Timah Tasoh, tu nama empangan kat Perlis ok…

Aku bagi gambaran Tima Jarah yang aku pegi nie, kedainya sedang sahaja, boleh masuk tiga pelanggan, ada tiga kerusi, ada kerusi menunggu, ada cermin besar (standard kedai gunting) sepanjang dinding depan dan dinding kiri. Dinding kanan ada tingkap, tingkap jenis pakai selak, tapi tolak ke atas, bukan tolak kekanan atau kekiri. Lupa nak mention, nama Tima Jarah nie ialah International Tima Jarah. Kelas gitu…

Gunting dia, gunting kertas yang macam kita selalu guna tu, bukan gunting rambut yang ada ekor tu, pastu, kerusi dia, kerusi yang dipateri pada rim lori. Dia bikin baik punya, kerusi dia empuk gak, cuma bila nak shave, bukan kerusi tu yang boleh lentur ke belakang tapi engkaulah yang kena melorot kedepan, bagi kepala boleh letak ngam-ngam kat hujung kerusi tu… wakawakawaka

Dr. Daud kata dia bawa aku kedai nie, sebab dia tahu tukang gunting nie sorang saja yang boleh gunting rambut aku… rambut Asia. Cam biasa, dia pakaikan aku kain lapik warna hijau, pastu dia gunting, cam tukang gunting biasa kat Malaysia, lebih baik tangan takde bau kari, bau asam pedas, bau tempoyak, clean. Pastu dia start nak spray rambut aku, biasalah kat sini, spray semua jenis re-cycle, dia spray rambut aku pakai spray bekas cecair sabun cuci pinggan, takde hal. Pastu dia masuk bab nak cukur, jadi standardlah kedai gunting Malaysia pun pakai pisau cukur potong dua, cuma batang pisau yang dia gunakan tu cam dia buat sendiri je, cam pakai batang besi pada kalender kuda… korang follow aku tak nie?

Aku ingat dah nak cukur, rupanya tak. Dia sekalikan pisau tu dengan sikat, jadi dia potong lagi rambut aku sikit guna style tu, aku takut dia terlupa letak pisau tu belah atas, tidak botak aku nanti. Pastu dia start cukur, aku rasa ngeri sebab boleh dengar bunyi pisau tu potong rambut aku, tapi belum sempat aku kata apa, side burn aku dia tarah habis… hmmm geram gak aku dibuatnya, sepupu sepapat keluarga belah bapak aku, yang datang dari Batu Pahat tu semuannya simpan side burn, kalau diaorang tahu side burn aku kena potong boleh kena pulau nanti.

Bila aku tengok dah reda sikit, aku kata tolong trim sikit misai dengan janggut. Korang tahu tak dia trim misai aku pakai apa? Melampau betul. Dia tonyoh misai aku pakai mesin gunting rambut elektronik tu. Kalau pegi Kedai Gunting Rambut yang bekas askar jaga, macam kat Taman Nakishah, Alor Setar rumah lama aku tu, kau sebut nombor berapa je kau nak, dia akan set dan tukar mata pastu terus tonyoh benda tu kat kepala, sekejap je settle, haa mesin nie lah dia tonyoh kat mulut aku… bukan semput je datang, medulla oblangota pun boleh menguncup dibuatnya.

Aku ingat dah habis, dia kata belum lagi. Dia letak tuala mandi pulak cover badan aku. Apa pulak lagi nie.. Dia bawak satu krim ada tertulis Holland Cream Shaver, dia letak kat dahi aku, pastu dia spray air kat muka aku tercungap-cungap aku dibuatnya, terasa macam kena dera kat Guantanamo je. Pastu dia macam buat mask kat muka aku, aku mana reti benda nie semua, aku bukan jenis lembut punya. Kemudian, dia nak shave aku satu round lagi, tapi yang syoknya dia tukar mata pisau tu depan mata aku je, lepas tu boleh pulak pisau tu tertanggal, aduh mak… seriau aku dibuatnya.. Habis tu, dia sembur muka aku dengan air lagi dan dia lap muka aku, dia bilas dua kali, ok gaklah. Dia cuci kepala aku pun pakai cream shaver tu jugak, pastu di lap kepala aku. Pastu, dia pakai berus cam berus vacuum cleaner tapi panjang-panjang warna jernih untuk bersihkan belakang aku.

Habis je, aku pun bangun, dia pun ambik satu benda cam rotan bulu ayam time kat sekolah tu, dia sebat-sebat benda tu kat badan aku, nak kasi buang rambut lah tu… sakit pun ada, geli pun ada. Lupa aku nak cakap, sepanjang sesi gunting rambut nie berjalan, aku dihidangkan dengan lagu-lagu Somalia ala-ala dendangan Ahmad Jais.

Aku memang suka pegi gunting rambut bila berada di luar, terutama tempat rakyat marhain pergi, nak cari bahan cerita. Aku ada pengalaman gunting rambut di Jalalabad, Afghanistan. Dia siap letak kapas dalam telinga, keliling telinga, keliling leher… rasa cam nak kena kapan pun ada. Tu belum pengalaman aku tunggu nak gunting rambut kat kedai gunting di Peshawar, Pakistan, ada satu mamat tu dah habis gunting rambut, tiba-tiba dia buka baju, nasib baik ada singlet, apa dia nak buat nie? Dia pun depakan tangan dia, maka tukang gunting tu pun tolong potongkan sekali bulu ketiak dia kat situ gak… wakwakwakawaka, terus aku pergi kedai lain. Di Muzaffarabad, Kashmir, masa aku dengan Dr. Hyzan, tengah gunting, bergegar-gegar sebab masih ada after shock lagi.

Apapun, aku respek pada profesion Tukang Gunting Rambut. Korang je yang boleh pegang kepala raja dan perdana menteri masa dia hidup.

5 Comments

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Somalia, sukarelawan

5 responses to “Gunting rambut di Garowe

  1. Nice story, bro! Keep on writing on the life in Somalia.

  2. Bravo!! Aku bangga ada saudara sepertimu. Perjuangan adalah perlaksanaan kata kata.

  3. Johari

    Bro… Gaya dah macam Wakil Rakyat .

  4. Terima kasih atas respn korang. Jomlah datang sini.

  5. jidi

    Tak leh tahn gelak beso aku kelako sgt la citer ko ni sampai somi aku pun tanya apsal? Dia baca dia pun gelak beso hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s