Hal Ehwal Makanan di Somalia

Kita semua faham, Somalia dilanda kebuluran dan kelaparan. Tetapi, sebelum kita nak bagi orang Somalia makan keropok lekor atau pulut panggang, baiklah kita kenali dulu apa benda yang diaorang nie suka makan. Baik yang kaya atau yang miskin. Jadi bila makanan yang biasa dimakan tak dapat, mereka dapat kurang daripada itu, ianya sudah dikira tak cukup makan…

Hari nie biar aku cerita pasal makanan orang Somali pulak, tetapi sebelum aku masuk jauh kedalam bab tu, biar aku citer style diaorang nie makan.

Diaorang nie makan cam kita gak, pakai tangan je. Kalau makan steak tu aje diaorang pakai pisau, yang lain macam biasa je.. Cuma makanan diaorang nie tak banyak berkuah macam kita. Biasa tak tengok budak-budak baru belajar makan nasi? Cuba perhati tengok, budak-budak kalau makan nasi dia akan genggam nasi tu dengan lima-lima jari dan sumbat kedalam mulut, mesti berterabur nasi tu kat pipilah, kat atas hidunglah, betul tak? Kalau dah expert, nasi tu letak kat hujung jari je, satu suapan je, tapi bersih dan cermat, kat sini semua orang yang aku jumpa, makan cam tu, masuk penuh-penuh jari, pastu nasi tu mulalah berterabur. Aku ingat makan nasi je camtu, rupanya makan spaghetti pun cam tu gak. Kat sini dioarang kira spaghetti lah, kat tempat kita mee kuning tu jelah. Diaorang nie tak pernah ada konsep kalau makan tak habis nanti nasi menangis, kekadang kita jadi kecewa bila bagi makan dia makan tak bersih, nasi jatuh bertaburan dan tak habis… bukan dia tak hargai bantuan kita tapi cara dan tabiat diaorang makan memang begitu.

Kesan penjajahan Itali menyebabkan diaorang pandai makan spaghetti, cam kitalah jadi pandai makan sandwich, burger, cheese, nasib baik kita “diperintah” je, bukan dijajah hihihihihi.. Aku kata kat diaorang, nasib korang baik Itali yang jajah, dapat makan spaghetti sampai hari ni, kalau Jepun jajah korang, makan ikan mentah ajelah.

Diaorang tak sosial cam kita. Tempat makan lelaki biasanya terbuka. Tempat makan perempuan dalam bilik bertabir (langsir). Tempat makan keluarga pun dalam bilik dan berlangsir. Tak boleh makan walaupun dengan isteri kita kat tempat terbuka, kena pergi kat dalam bilik gak, ini mendatangkan kemarahan pada mereka.

Kat sini air minum (air kosong) dipanggil “biha”, secara umumnya air semua dipanggil biha. Kalau nasi dipanggil “bris” serupa cam sebutan Empangan Beris tu. Kalau tepung disebut “bur”. Minyak masak dipanggil “saleb”. Gula dipanggil “songkor”. Aku kena hafal sebutan nie semua sebab inilah benda-benda yang kita nak bagi pada IDP kat sini. Roti cam biasa, mana aku pergi pun diaorang panggil Roti gak. Cuma ada satu kaum je kat Malaysia yang “biskut” dia sebut “roti” gak… kaum manalah tu..

Jauh pulak meraban. Ok, balik pada citer makanan. Aku mula dengan breakfast dulu. Diaorang nie breakfast makan roti atau nasi atau spaghetti dengan daging kambing. Ada juga aku tengok roti serupa cam Tosai kat sini, diaorang makan style “roti banjir” kuah taruk sekali. Tapi selalunya diaorang makan hati kambing pagi-pagi nie. Hati nie dia hiris, goreng dengan bawang dan tomato. Mana yang moden sikit akan makan roti dengan tuna ada salad sekali. Masa aku kat Galkaiyo, aku minta telur ayam, dia kata telur kena request kurang-kurang tiga hari. Telur sangat terhad. Kena order dulu. Aku kata takpelah cam tu. Hati kambing pun hati kambinglah. Bagus gak untuk rawat Hepatitis A yang aku pernah kena dulu tu.

Makan tengahari dengan makan malam sama je lebih kurang menu dia. Daging kambing salai, daging kambing stim dan daging cincang, semua makan dengan nasi, roti atau spaghetti. Roti diaorang cam Roti Perancis tapi pendek je… Nasi dia cam nasi minyak, beras pakai beras basmati dari Pakistan. Ada sekali aku cuba minta ayam, ayam tu datang dari Dubai. Tak fresh, diaorang tak pandai masak ayam. Ikan pun sama gak. Kalau korang ada di Galkaiyo atau Garowe janganlah minta ayam atau ikan, tak fresh. Di Bossaso boleh mintak ikan, sebab diaorang tepi port aje.

Diorang ada gak sayur-sayur nie, tapi tak banyak pilihan, yang aku biasa mintak – salad. Yang dikatakan salad kat sini ialah bawang, letak tomato, letak capsicum dan kentang rebus, ada limau untuk diperah, itulah salad. Ada satu lagi sayur cam bayam, kalau kat Pakistan dan Afghanistan diaorang panggil “palak”, sayur cam tulah, orang Melayu mungkin tak lalu makan, sebab di jadi cam sayur kena lumat dengan lesung batu.

Kat sini ada lagi makanan yang popular iaitu samosa. Samosa Somalia nie dia pakai daging cincang campur bawang dan kobis. Pastu ada banyak rempah ratus. Rasanya ok, makan seketul dah kenyang. Tapi Samosa Somalia tetap tak boleh kalahkan Samosa Chilanzar, yang aku pernah makan di Tashkent, Uzbekistan. Samosa Afghan dan Pakistan pun tak boleh lawan gak. Samosa yang aku selalu beli di Bazaar Ramadhan Jalan Raja Uda Kampung Baru tak boleh dibandingkan sebab saiz dia cenonet je. Tak ikut spesifikasi Samosa yang sebenar.

Ada satu lagi yang menarik disini, di panggil “Halwo Kismayo”. Siapa yang tahu buat halwa nie, confirm dia akan jadi kaya raya. Halwa nie, kalau korang tanya aku, aku tak lah expert cam Chef-chef yang selalu keluar TV tu, tapi aku boleh agak bahan-bahan dia. Dia guna gula, guna agar-agar, tepung jagung, campur madu, letak buah pelaga, ada bunga cengkih dan ada dua tiga bahan lagi yang aku still tak dapat nak explain. Halwa nie memang laku giler kat sini. Panas-panas lagi orang dah booking. Kismayo ni satu daerah kat bawah Mogadishu, jadi konon ceritanya orang dari kawasan nie aje yang reti buat Halwa nie, dan disebabkan nak pergi ke Kismayo nie dah jadi susah sekarang sebab Kismayo nie As Shabab control, jadi kalau dapat beli Halwa Kismayo nie kat Garowe pun dah kira berbaloi gak. Nie kira cam beli budu cap Ketereh kat Pasar Greenwood lah.

Halwa nie banyak tempat yang aku pergi semua ada halwa yang istimewa. Paling aku suka ialah halwa karot yang ada di Peshawar. Halwa ni memang sedap dan lazat. Aku nak explain susah sikit sebab takde benda boleh buat bandingan kat Malaysia. Kesimpulan aku, Halwa Kismayo nie dari segi semangatnya macam dodol kita lah, manis, nak buat susah, ambil masa berjam-jam, macamtulah “semangat”nya.

Yang lain special kat sini, kalau tak cuba kira korang tak sampai Somalia lah… ialah susu Unta. Susu unta nie takdelah bau hamis sangat, dan aku minum tak jadi apa pun biasa je… tapi menurut orang sini, kebiasaan kalau Khamis malam Jumaat, lepas baca Yaasin (sini pun baca Yaasin sebab diaorang mazhab Shafiee gak), sang Isteri datang bagi sang suami segelas susu unta tu faham-faham ajelah.

Di tengah lebuhraya, ada juga kedai makan cam RnR kita tu, tapi daging kebanyakkannya daging unta. Kat sini cara dia masak lain sikit, jadi cam aku nie kira sedap ajelah. Dia punya style makan cam Nasi Daging kat belah utara tu, tapi langsung takde kuah nak cicah. Nak bagi nasi tu berkuah sikit dia akan letak “susu masam”, orang kita tak boleh gi punya. Makan ajelah, kita pun bukan nak duduk bertahun-tahun kat sini, jamah ajelah. Tapi aku perhatikan, cara diaorang masak, cara hidang – sangat puas hati, diaorang jaga kebersihan, takde kotor, berbau “mashem” dan sebagainya.

Kalau ada cerita lagi nanti aku kongsi. Aku tulis banyak nie bukan sebab aku takde kerja tapi aku perlu kongsi untuk next tim yang nak datang supaya diaorang tak alami kejutan budaya dan tak perlu berhempas pulas bawak beras, bawak rendang dengan serunding dalam beg sebab takut tak makan kat sini… kalau nak bawak pun, bawaklah kicap, tempoyak , cencaluk dan budu… itu je yang takada.

Oh yer, terlupa pulak, satu lagi benda yang tak ada kat sini – Keropok Moni.

Shahrul Peshawar
Kini berada di Bosaso untuk menyiapkan Gudang Malaysia

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Refugee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s