Kisah-kisah “Buang Air”

Hari nie aku nak cerita satu benda. Korang jangan kira aku pengotor pulak. Aku nak cerita pasal buang air kecil. Yang kita panggil “kencing” tu. Kalau kencing tersumbat, itu maknanya korang ada batu karang. Kalau kencing terlalu kerap, korang ada kemungkinan ada darah tinggi. Kalau kencing kuning, korang ada kemungkinan ada hepatitis. Kalau kencing tak lawas, ada masalah dengan korang punya buah pinggang. So, korang baca cerita kencing aku nie dari sudut positif, ok. Aku janji tak “kencing” korang semua.

Kencing atau buang ari kecil nie satu aspek penting yang perlu dan selalu aku tekankan bila aku diminta untuk bercakap atau berkongsi tentang “dunia kemanusiaan”. Kenapa buang air kecil ni penting? Selain dari ianya tidak menyusahkan misi bantuan ketika ianya juga berperanan untuk menyelamatkan nyawa anda.
Kalau anda jenis yang terlalu kerap buang air kecil, anda kena maklumkan kepada Ketua Misi anda dan anda juga perlu adjust untuk pastikan anda tidak banyak bercadang untuk berhenti buang air. Dalam perjalanan sejauh 300-400 km, kebiasaannya kita akan berhenti dua kali, sekali untuk makan dan solat termasuk buang air dan sekali lagi hanya untuk buang air dan sedikit “refreshment”. Kalau sebab anda, misi terpaksa berhenti lebih dari dua kali, ianya sangat membebankan dan merbahaya. Kalau kena tempat yang memang terkenal dengan tembak menembak, sniper dan rompakan, ianya akan memberikan mereka peluang untuk menjadikan kita mangsa. Perasaan cemas, gentar dan takut akan membuat kita lebih berpeluh dan merangsang buah pinggang untuk mengeluarkan lebih banyak kencing. Sebab tu kita kena sentiasa memastikan diri kita bebas dari perasaan ingin buang air kecil selalu.

KISAH Satu
Kencing tikus – Leptospirosis. Inilah penyakit yang banyak orang tak perasan, terutama pada petugas bantuan yang sibuk membantu ketika banjir. Masa banjir, semua lubang yang ada dibumi akan dipenuhi air, termasuklah lubang tikus, lubang ular dan segala macam binatang. Jadi semua haiwan nie akan keluar untuk menyelamatkan diri, mana haiwan yang terperangkap, dia akan terasa cemas, dan dalam hal nie, tikuslah yang menjadi mangsa, bila dia cemas, dia terkencing dan kencing tikus nie mengandungi racun. Dan dalam hal banjir, kencing ni akan hanyut bersama air banjir tersebut dan kadangkala ia akan bertakung disesuatu tempat sehingga surut atau hanyut lagi ke tempat lain. Kalau kita terkena air yang mengandungi kencing tikus secara sengaja atau tidak, ia akan memungkinkan kita untuk dijangkiti wabak tersebut.

Masa banjir di Pakistan dulu, lepas sebulan aku balik, badan aku jadi susut, aku ingat diet aku berjaya, tapi isteri aku kata ini penyakit.. yelah isteri aku boleh baca tapak tangan, dia belajar. Masa kecik aku pun belajar tengok tapak tangan, kawin dengan siapa, dapat anak berapa hahahahahaha. Satu hari tu, aku rasa tak larat sangat, aku pergi ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar terus aku kena tahan ward. Sahabat aku Azman yang tolong hantar. Doktor kata aku suspek kena Hepatitis A, nasib baik bukan B, C, D dan seterusnya. Dekat dua minggu aku kat Hospital dan dekat dua bulan aku keluar masuk hospital, habis urat aku kena cucuk nak ambik darah. Pelajarannya ialah hati-hati dengan KENCING TIKUS dan kalau KENCING KUNING itu bahaya.

KISAH Dua
Dalam perjalanan dari Bossaso ke Garowe, kami terpaksa singgah buang air di padang pasir yang ada pokok renek berduri, cukup untuk menyorok dari pandangan orang. Kena hati-hati, duri pokok renek ni tajam, boleh buat jarum. Orang sini panggil buang air tu “banak”. Dalam keadaan darurat, terpaksa buang air kecil secara berdiri. Tapi berdiri macamanapun mesti ada skilnya gak. Pertama, dalam darurat macamanapun, korang kena pastikan arah angin bertiup kemana, cam kita selalu cek arah angin masa nak main layang-layang. Kalau korang gagal pastikan arah angin kemana, tengah buang air tu tiba-tiba angin bertiup habislah terpercik sana-sini. Jadinya korang kena ada skil tu. Skil ni terpakai diseluruh tempat yang aku pernah pergi.

KISAH Tiga
Semasa aku bertugas di Pakistan dan Afghanistan dulu, bila dalam perjalanan, kita berhenti untuk buang air besar atau kecil, mereka akan bagi kertas tisu. Ye, kertas tisu cam kat dalam toilet tu. Diaorang istinjak guna kertas, dan dalam keadaan tak ada kertas diaorang akan gunakan batu. Kita belajar bab istinjak ni masa di sekolah dulu. Tapi kat Somalia nie tak boleh, dia mesti pakai air jugak, macamanapun mesti ada air. Takde air dia akan tahan sampai ada air. Hah, sama cam orang Melayu gak.
Cuma masalah pakai tisu dan batu nie ialah senang sekali toilet kat sini tersumbat dan nak merepairnya pun buang masa aje sebab minggu depan tersumbat balik. Tu sebab kat toilet awam kena hati-hati, kadang-kadang dalam radius 50 meter dari tandas dah bersepah kat tepi-tepi tu.

KISAH Empat
Masa aku mula-mula bertugas di Uzbekistan dulu, masa aku masih muda remaja, baru masuk 22 tahun, aku pergi ke kampung keluarga angkat aku, keluarga Kahramon Yuldashev di Ferghana Valley. Masa tu salji, kat sini salji tebal. Masa kami sampai, dah pukul 11 malam, pastu ada kenduri kahwin kat situ, diaorang ajak minum arak, aku kata aku tak minum arak, teh bolehlah. Diaorang kata minum araklah boleh panaskan badan, aku kata takpelah, bagi teh sudahlah. Aku minum teh dekat dua kole gak sebab nak melayan berborak.
Pastu bila balik ke rumah Kahramon, kami mengantuk sangat. Aku pun tertidur, lepas tu terbangun, rasa nak buang air. Aku kejut Kahramon, dia dah tak sedar diri, aku goncang dia, aku tanya mana tandas, “oo brat, gde tualet?” dia jawab sambil menunjuk satu arah “tam” – kat situ. Aku pun separuh merungut dan separuh mengantuk pergilah ke tandas, dalam hati risau gak, sebab diaorang nie selalunya ada bela anjing. Aku rasa aku sampai ke tandas tu, lampu memang tak ada, toksah tanya, aku main tolak-tolak aje pintu dan aku pun laksanakan sehingga selesai. Aku bawak air mineral. Subuh, kami bangun solat dan air wudhu panas telah disediakan dalam bejana aluminium. Lepas tu Kahramon kata kalau nak mandi pergilah kat bilik air, tapi dia tunjuk arah lain dari malam tadi.

Rupanya malam tadi aku pergi kat stor barang-barang je. Dan bila aku lalu kat situ aku jeling, aku nampak ada “ais batu” baru kat situ… beku.

KISAH Lima
Ini kisah klasik yang sdr. Khairil Annuar selalu cerita kat aku, dan aku akan sentiasa cerita kat semua orang yang aku sayang dan yang bercita-cita nak jadi humanitarian. Aku panggil kisah nie kisah “Kencing Kat Tayar” je.

Bila kita pergi ke kawasan perang atau lepas perang atau konflik yang ada elemen periuk api dan jerangkap samar, kita dinasihatkan untuk tidak banyak bergerak. Dan tempat paling selamat untuk buang air ialah di tayar kereta yang kita naik. Jangan nak pergi cari semak, belakang pokok, tepi tembok dan sebagainya.
Nak tahu tempat tu ada land mine atau tidak, biasanya pemandu orang tempatan akan maklumkan kita. Tanda lain, selalunya akan ada batu bertanda merah putih atau merah hitam kat kawasan sekitar tu. Kalau ada tanda tu baiklah hati-hati. Satu lagi, kalau ada banyak sangat bangkai kereta kebal, ada meriamlah, ada lori tersadai tu semua tanda bekas kawasan pertempuran.. kena hati-hati.

Akhir sekali.
Selalu bersedia dengan air mineral dan kertas tisu dimana saja anda berada semasa dalam perjalanan. Kita kat Malaysia semuanya lebih lengkap dan lebih mudah. Kekadang bila berada ditempat yang mana kemudahan asas cam air pun takde kita akan jadi gelabah dan susah nak sesuaikan diri. Jadi sentiasa bersedia dan kreatif dalam perjalanan.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Refugee, Somalia, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s