KUASA KETIGA menentukan siapa naik dan siapa turun

KUASA KETIGA… ramai orang dah mula berkata tentang KUASA KETIGA atau dalam bahasa penjajahnya “THIRD FORCE”. Semakin dekat dengan PRU 13, semakin banyaklah pihak yang mengaku mewakili KUASA KETIGA tampil membuat bermacam dakwaan.

Debaran dan bahang pilihanraya semakin hari semakin terasa panas. Sesiapa sahaja yang berdaftar dan menjadi ahli mana-mana parti politik tugasnya sekarang ialah buat “marketing”. Yang akan jadi PACA pun dah mula berkursus dan mula buka mukasurat mengenai Pooling Agent dan Counting Agent.

Ramai yang dah ready gambar terbaru, kalau yang muslim mesti ada sekeping gambar pakai songkok atau kopiah. Ada yang dah buat setting poster masing-masing. Yang parti nak keluarkan tu cerita lain, yang sendiri punya lain. Menang atau kalah cerita lain.

Ramai juga penulis-penulis upahan yang akan mendapat projek untuk penulisan mengenai seseorang tokoh tertentu, akan mula keluar majalah-majalah nyamuk menceritakan kebaikan dia seorang dan semua orang tak betul. Akan keluar juga majalah-majalah atau akhbar yang cuba sabotaj tokoh tertentu dan parti-parti lain.

Dengan kecanggihan IT, lagilah haru. Pasti ada gambar tokoh-tokoh tertentu dengan perempuan, tengah minum arak lah, kena tangkap kat dangdut lah… kalaupun bukan tokoh tu, mungkin anak dia akan jadi mangsa, ataupun isterinya, ataupun adik beradiknya… tapi kalau semua dah tak ada, orang gaji pun boleh jadi modal jugak. Paling dahsyat, akan ada gambar-gambar super impose muncul dengan pelbagai aksi dan konotasi, bersikap memaksa orangramai untuk bersetuju dengan apa yang mereka paparkan.

Berbalik kepada cerita THIRD FORCE. Siapakah First Force atau Kuasa Pertama? Kuasa Pertama ni selalunya disabitkan kepada existing government, atau pemerintah sedia ada. Dalam bahasa politik di Malaysia – Kuasa Pertama ni ialah Barisan Nasional (BN). Kita harus melihat Kuasa Pertama ini sebagai satu entiti politik dan bukannya segala macam jentera kerajaan dan institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan. Kuasa Pertama ialah parti yang memerintah, yang menguasai kerajaan, dan dalam konteks aku ialah mereka yang memenangi pilihanraya.
Jangan pertikaikan pilihanraya tu adil ke berat sebelah ke, ada pakai hantu, jin, jembalang… itu semua tidak diambil kira. Aku tak nak pertikai perjalanan pilihanraya, aku nak cerita pasal KUASA-KUASA tu saja.
Siapa pula Second Force? Kuasa Kedua? Mereka ialah kelompok utama yang menentang First Force. Kelompok yang mampu memberikan cabaran kepada Kuasa Pertama. Dalam bahasa mudahnya kalau First Force tewas dalam pilihanraya, Second Forcelah yang akan mengambil alih dan meneruskan pemerintahan.

Di negara maju kewujudan First dan Second Force ni bagus sekali peranannya, ianya dapat mewujudkan tahap integriti yang tinggi dikalangan penggerak kedua-dua force ini, disamping mereka lebih jujur, ikhlas dan cerdik dalam melakukan sesuatu agar tidak kehilangan undi daripada rakyat terbanyak.

Di Malaysia, First Force dan Second Force ni tak leh duduk sekali. Ada saja yang tak kena. Rakyat terbanyak, terutamanya yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti tetapi memahami konsep demokrasi iaitu pilihanraya akan membuat keputusan terhadap calon yang mereka senangi. Jadinya kedua-dua force ini akan saling bersaing untuk memenangi hati dan minda rakyat terbanyak.

Sekarang, siapa pula Third Force atau Kuasa Ketiga. Kelompok ini kebiasaannya adalah entiti bebas yang berpengaruh, tidak terikat pada mana-mana force secara mutlak, bukan sebuah badan berkepentingan ekonomi, mempunyai kredibiliti tersendiri, kewujudan dan perjuangannya diketahui oleh rakyat terbanyak. Mempunyai reputasi dan nama yang harum dalam disiplin atau lapangan yang diceburinya. Third Force ini sewajibnya mengamalkan dasar non partisan.

Third Force juga menurut saya bukan mana-mana ahli politik yang kecewa dengan perjuangannya. Third Force mempunyai ruang pengaruh yang besar, berupaya untuk menyampaikan idenya kepada khalayak tanpa banyak “red tape”. Pemimpin didalam Third Force juga mesra alam dan mesra rakyat. Gembira ketika rakyat senang dan berada disisi ketika rakyat menghadapi kesukaran.

Masih ada kah lagi kuasa Third Force ini didalam masyarakat Malaysia hari ini? Third Force ini bukan menunding jari tugasnya, tetapi ia tampil memberikan jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda. Third Force tidak gila kepada publisiti dan iklan-iklan tidak berbayar di tepi-tepi jalan, atau menaikkan slogan-slogan tertentu bagi meraih sokongan dan mendapatkan perhatian.

Third Force bertindak sebagai pemudahcara – membantu proses penyelesaian. Third Force tidak berminat dengan pertelingkahan dan sandiwara mereka yang keliru. Third Force ini melihat masalah ummat sebagai penanda arasnya… Third Force tidak gentar pada sebarang ugutan dan tidak pernah khuatir dengan mana-mana pihak.
Third Force juga mempunyai pengaruh besar serta berperanan memastikan pilihanraya kali ini dimenangi oleh BN atau PAKATAN. Siapakah Third Force ini?

SHAHRUL PESHAWAR
Kg. Baru

Leave a comment

Filed under 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s