Mengunyah Sireh begitu mengasyikan rupanya di Kota Rangoon

Image

Mengunyah Sireh begitu mengasyikan rupanya di kota Ranggon ini.  Aku lihat begitu banyak kedai di tepi jalan yang menjual sireh, mereka ada kiosk atau gerai cam gerai burger kat tempat kita.  Tak kira apa status pun, kerja swasta atau kerja kerajaan, pakai kain atau pakai seluar, berkasut atau hanya berselipar jepun, semua memilih untuk mengunyah sireh.

Paling ngeri apabila duduk di belakang pemandu yang sedang asyik mengunyah sireh. Takut bila dia bercadang untuk membuang air merah sireh itu keluar tingkap kereta yang sedang bergerak, memungkinkan ianya terbias dan terpercik kebelakang, lalu terkena kepada penumpang innocent yang tidak berdosa seperti aku. 

Kebiasaannya, mereka yang sedang mengunyah sirih nie suara dia tak kedengaran sangat bila berbual, dia cakap dalam keadaan mulut terkatup.  Bila dia buka mulut nanti, takut terpercik titisan titisan sirih merah kepekatan bercampur air liur ke muka orang yang berada didepan.  Dan diaorang ketika nie macam “stim” je, mungkin air kapur bercampur sirih tu mempunyai power sama juga seperti air daun ketum atau air tembakau yang dikepam didalam mulut…

Nasiblah pemandu teksi yang aku naiki memilih untuk membuang air tersebut semasa kereta berhenti ketika lampu merah, dia meludah air merah itu dengan penuh sopan keluar dari tingkap, tidak ada rasa bersalah sangat kerana pemandu kereta di kiri dan kanan pun buat begitu juga…

Juga sireh nie ada satu jenis punya bau, masam semacam. Tak lah busuk tapi tak lah terlalu menyelerakan pun.  Dalam keluarga aku, yang aku tahu pernah ambil sireh nie Long aku je, aku petik sireh tu pernah lah, makan sireh tu belum lah lagi walaupun aku tahu pendekar-pendekar Melayu semuanya makan sireh bila bertandang ke istana Raja..

Penjual sireh berada di merata-rata tempat di sini, terutamanya di kaki-kaki lima berhampiran stesen teksi, bas, pasar, masjid dan dimana saja yang berpotensi untuk mendapatkan pembelinya.  Penjual sireh di sini tertib, menjaga kebersihan, ada ISO, mereka gunakan sarung tangan plastik ketika menyediakan sirih tersebut, kapur dan perisa lain diletakkan dengan tertib dan beretika.. Di bazar Ramadhan pun ada penjual sireh dicelah deretan peniaga-peniaga juadah berbuka, sekali pandang nampak macam orang jual popia basah…

Yang menariknya, bukan orang tua sahaja yang minat makan sireh, yang muda-muda pun makan sirih.  Muka hensem macam model, tapi gigi merah dan pastu pancut air sireh kat tepi dinding, terus kansel, tak jadi nak buat adik ipar.  Dekat restoran atau kedai makan, mereka akan sediakan satu macam punya baldi untuk ludah sirih saja, yang tak tahan tu kadang-kadang tepi kita je dia ludah sireh tu, aku nie jenis yang tak kisah, tapi sesekali tu terasa jugak loya tekak dibuatnya..

Didalam masjid, selain daripada signage “dilarang merokok” ada signage “matikan handphone” dan disini ada satu lagi tambahan “dilarang meludah sireh”.  Yang paling tidak tahan ialah mereka boleh simpan plastik khas dalam poket untuk menyimpan air merah tersebut.  Kadang-kadang ada yang pakai botol mineral je, letak kat bawah meja… tapi ada yang lebih fleksibel, mereka berkongsi botol tersebut antara satu sama lain. 

Entahlah, korang mungkin ada yang kembang tekak, tapiItulah serba sikit coretan yang boleh aku nukilkan sepanjang berada disini… nanti aku kongsi lagi apa yang dapat aku kutip dari perjalanan singkat ini.

Shahrul Peshawar
Misi Kemanusiaan Rohingya, di Kota Rangoon, Myanmar

 

1 Comment

Filed under 1

One response to “Mengunyah Sireh begitu mengasyikan rupanya di Kota Rangoon

  1. Artikel yang sangat menarik. Terima kasih Ngangah kerana menambah bahan kajian di dalam dunia Sireh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s