Taaruf

Dalam dunia kemanusiaan ini, setiap pekerja bantuan kemanusiaan paling tidak perlu mempunyai satu skil atau kemahiran yang boleh dikongsi dengan orang lain. Saya suka mengendalikan latihan kepimpinan dan kursus kepimpinan kepada organisasi atau persatuan mahupun sekolah yang tidak mempunyai bajet.  Kalau anda perlukan nasihat atau pandangan dari saya, hubungi saya, jangan risau… takde charge yang akan dikenakan.

Shahrul Peshawar

 

Shahrul Peshawar adalah nama pena yang digunakan sepanjang keterlibatan saya dalam Misi Keamanan Sejagat di Asia Selatan – Pakistan-Afghanistan-Kashmir-Iran. Nampak melekat pula nama tu jadi teruslah saya pakai sehingga kini.

Saya memperjuangkan keadilan bersama dan keamanan sejagat untuk semua bersesuaian dengan konsep Rahmatul Alamin – Membawa Rahmat ke seluruh Alam dan bersedia untuk mempertahankan perjuangan ini dengan seluruh jiwa dan raga.

29 responses to “Taaruf

  1. ash037

    saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada saudara kerana tabah dan tekad dalam memperjuangkan konsep keamanan sejagat. sekarang ini sudah tidak ramai orang seperti saudara dalam usaha yang sebegini. teruskan usaha dan luaskan idealism saudara kepada dunia blog di malaysia ini.

    http://opendebate.wordpress.com.

  2. shahrulpeshawar

    terima kasih sdr. ash037 – saya dah lawat opendebate – menarik – ada banyak perkara yang saya nak belajar dari sdr. terutamanya mengenai dunia mahasiswa kini dan cara nak “up”kan lagi widget di blog. Boleh dapatkan emel tak?

  3. ash037

    salam perkenalan saudara.

    saya berterima kasih kerana sudi melawat open debate..

    sedia membantu setakat termampu…
    bantuan yang pertama ialah saya akan menyenaraikan blog saydara di open debate..

    saya juga berharap saudara boleh berkongsi maklumat tentang isu semasa dengan saya…

    memandangkan OPEN DEBATE ialah medium bersuara untuk semua orang…saya juga ingin menjemput saudara sebagai penulis tamu di OPEN DEBATE..bentangkan apa sahaja isu..

    terutamaya isu kemanusiaan yang saudara perjuangkan ini….

    kedatangan saudara amat dialu-alukan…

  4. drhalimahali

    Salam Ukhuwah. Tahniah untuk segala-galanya. Tolong tuntut royalti/reward/remuneration/residual income pada Allah Rabbul Jalil. Terima kasih.

  5. shahrulpeshawar

    Terima kasih dr halimah, selalu gak baca cerita dr. di akhbar, kalau ada sebarang bantuan yang diperlukan saya sedia membantu…

  6. abuhasif

    Salam ziarah, belum sempat bertegur sapa walaupun sekali sekala terserempak di Gelugor.
    Apa pun salam perkenalan.

  7. shahrulpeshawar

    Sdr. Abuhasif, tak perasan lah pulak, dimana kita pernah terserempak ye? jom makan di line clear – saya belanja…

  8. siti hayati bt ab rahman

    saudara pun kena ghout tak pe a gifted tradition from allah bersabar dan berhati-hati ketika makan

  9. shahrulpeshawar

    Lewat pula jawab. Ghout nie dah semacam warisan kepada keluarga saya, ayah pun ada ghout gak. Jadi ianya pun turun kat saya

  10. azfarhan

    Saya mendoakan saudara terus berada dalam landasan kebenaran tanpa berpihak kepada mana-mana yang batil. Doakanlah kebenaran dan keadilan yang sama kepada saya dan yang lain-lain.

    • shahrulpeshawar

      Sdra. Azfarhan
      Biarlah kita berbeza pendapat tetapi tetap mesra. Saya doakan tuan didalam kebenaran dan keadilan, dibantu ALlah setiap masa dan ketika.

  11. izyan

    salam ukhuwah islamiah..

    semoga sentiasa dipermudahkan urusan dunia dn akhirat..

    salam perjuangan…

  12. shahrulpeshawar

    Terima kasih sdr. Izyan

    Dunia ini hanyalah salah satu perhentian, bukan destinasi. Sesiapa yang menganggap dunia nie sebagai destinasi kita perlu berikan CPR secepat mungkin… semoga saudara juga sukses di dunia dan senang hati di akhirat.

  13. norzahrahmustajap

    salam ukhwah. kenal lagi ngan nama ni tak?

  14. norzahrahmustajap

    salam ukhwah,
    saya norzahrah mustajap. bekas pelajar uitm tahun 94-98. dah lama tak dgr khabar. kebetulan tergerak nak melayari blog ni. tahniah saudara. masih ingat saya?

  15. Yana

    Saya amat berterima kasih kepada sdr dan team MRA yang baru saja pulang dari Padang / Pariaman. Banyak bantuan yang diterima oleh saudara kita yang menderita akibat gempa bumi di sana. Saya amat terharu kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan. Kebanyakkan mereka sangat memerlukan tempat untuk berteduh yang sehingga kini tinggal di tenda-tenda darurat. Saya ingin tahu adakah pihak MRA sekarang ini melihat kepada bantuan dari segi memberi masyarakat di sana bantuan untuk membina rumah ala kadarnya. Bagaimana pihak MRA mendapat tahu lokasi yang akan dibantu. Bagaimana caranya saya boleh mengusulkan lokasinya kepada pihak Sdr.

  16. wan

    Salam bro,

    Ape khabar? jumpa & berpisah last di bagan pinang masa penamaan calon.

    Untuk teruskan silaturrahim bolehlah bro lawati blog saya nie:

    1. http://rimbagunong.blogspot.com

    ini hobi punya blog. Dah bergiat kat setahun dah baru-baru ini teringat nak bikin blog. Ada aktiviti menarik yang rimbagunong boleh offer pd kekawan. Nak join boleh allo,k

    2. http://atokengkau.blogspot.com

    ini politik punya blog. Ini pun baru lancar bila mana kawan-kawan di bukit gantang sudah panas hati tengok YB Osman Jailu(geng lompat katak) sudah berani turun kawasan tanpa takut-takut semenjak raya lepas..lepas tu siap smash kekawan dia semasa dlm PKR cabang bukit gantang dulu..mendidih beb..!! Kebetulan saya ada maklumat berkaitan beliau kerana dulu kam ceng dengan si osman jailu nie.

    adioss. wassalam.

  17. Support : Perjuangan fisik dan non fisik value”y sangat tinggi di sisi Allah, pertahankan idealisme scr proforsional..

  18. assalamu’alaikum…teringat kawan ..visit my FB

  19. yusaimi

    akum lama dah kenal tak perasaan plak pesahwar dulu kenal kepala batu je….jom minum teh kat sentul lama tak minum sama yeop….sahabat yg ku kenal istiqamah dgn kerja amalnya…teruskan…

  20. hartini

    salam shahrul…. impress dgn perjuangan empunya blog dunia kemanusiaan…. anyway adalah diharap sgt kiranya boleh remove logo mycorps yg tak cantik tu dan gantikan yg cantik yer ..hehehehe

  21. Kagum dengan usaha saudara, Tahniah! Web ini akan menjadi antara yang sering saya lawati, InsyaAllah.

    Salam ukhuwah dari saya
    Abgbent

  22. binti ABU KASIM

    as salam..
    universiti sye akn mengadakan malam 4Palestin smpena bulan Ramadhan Karim.. masalah yg kami hadpi ialah student disini kurang berminat dgn talk.. jdi..bagi menjayakan usaha spread the awareness about our brother and sister in palestin.. kami memperlukan cadangan aktiviti2 yang menarik student supaya menyertai program ini.. minta cadangan daripada tuan yg lebih berpengalaman.. kalau boleh… sila nyata kan sekali NGO yg boleh kami collaborate ..

    *freshy*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s