Category Archives: Peta Dimana

Maps and locations

Syarikat ni sure tak boleh survive kat Malaysia


Kalau kat Malaysia, sapa pun tak akan ambil spare part dari syarikat nie.
Client pun tak nak, cabut lari punya…

Tapi ini Somalia, tak de hal lah bro…

Shahrul Peshawar, Bossaso

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Peta Dimana, Refugee, Somalia

Bila lepas saja, sebutlah Alhamdulillah


Ada satu kawasan maut di dalam perjalanan dari Bossaso ke Gardo. Terletak di dalam kawasan berbukit bukau, semacam jalan nak Genting, Freaser dan Janda Baik. Berselekoh tajam sepanjang masa. Khabarnya setiap hari, mesti berlaku kemalangan, kalau tak eksiden sesama kereta, pastilah ada kereta yang terbabas atau hilang kawalan pemanduan.

Hinggakan, kebanyakkan pemandu dan pengguna jalanraya apabila sahaja merentasi kawasan ini, mereka akan mengucapkan kalimah Alhamdulillah. Dan hari ini, ada satu kawasan atau pekan kecil, siap dengan masjid, pusat kesihatan, restoran (gerai je) didirikan disini, disatu pekan yang dikenali oleh semua orang sebagai pekan Alxamdulillah (baca sebagai Alhamdulillah).

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Peta Dimana, Refugee, Somalia, sukarelawan

Majlis Penerangan Negeri Puntland, Somalia

16hb yang lalu, saya berkesempatan untuk hadir di sebuah Majlis Penerangan mengenai Negeri Puntland, Somalia.  Majlis ini disampaikan oleh Menteri Kesihatan Puntland sendiri.  Majlis ini berkisar mengenai pembangunan, senario terkini, hasil bumi, bantuan yang diperlukan dan tahap keselamatan di Negeri Puntland itu sendiri.

Pastinya, mereka amat memerlukan sokongan dari negara luar dan teman-teman untuk membina negara ini.  Apa yang digambarkan oleh media mengenai Somalia, terutamanya di Mogadishu, tentang lanun yang menawan kapal serta kumpulan pro Al-Qaeda – As Shahab adalah keterlaluan dan jauh dari realiti sebenar. 

Majlis ini dianjurkan oleh Hospital Pakar Al Islam – sebuah hospital yang mesra ibadah dan cukup prihatin kepada pemasalahan umat.

untuk lebih kepastian, layanlah laman sawang rasmi nie…. http://puntland-gov.net/

Shahrul, Kg. Baru

 

Leave a comment

Filed under Humanitarian, Inilah dunia, Peta Dimana, sukarelawan

Pudu Jel… tiada lagi nostalgia

Nak kata selalu aku ke Pudu Jel, tak lah jugak, cuma semasa sekolah menengah dulu, hari-hari aku lalu pudu jel bila nak balik rumah.  Aku balik rumah naik dua bas, satu dari Kg. Pandan, turun di Cahaya Suria, pastu ambik bas pegi Sentul pulak, aku sekolah kat Aminuddin Baki…

Aku aktif dengan Pengakap, 18 Kuala Lumpur Bandar tu… jadinya hujung minggu selalu gak aku lepak kat Kem Pelanduk, kat sebelah jalan keretapi tu… kem ni dibawah kelolaan Cikgu Aziz Majid (salah sorang yang kena tawan dalam Peristiwa Tawanan Penjara Pudu tahun 80 an dulu dengan geng banduan dari Singapura tu).

Kat sebelah luar penjara nie, ada sebuah Masjid kecil, aku pernah gak solat jumaat kat sini.  Aku ingat lagi senario bila dinding penjara nie dilukis oleh banduan, ramai warden jaga banduan yang tengah melukis tu.. pemandangan yang dilukis segar sekali.

Masa aku ikut Kursus Asas Bomba dengan Balai Bomba Jalan Hang Tuah sekitar tahun 1988 kalau tak silap, aku bermalam kat Kem Pelanduk ni jugak.  Enjoy duduk kat Kem nie, di celah-celah bangunan batu bata boleh terselit sebuah kem pengakap, cuma tak de sungai yang boleh mandi saja…

Dari Aminuddin Baki, yang selalu lepak kat sini, batch aku lah… antaranya Sutan Mustaffa, Husni, Baba (nama cina dia aku tak ingat)… 

Pada aku, Penjara Pudu, paling tidak – tinggalkan sedikit kenangan sebagai pengajaran dan peringatan kepada generasi baru.  Dengan usianya yang panjang dan historik tu tak keterlaluan kalau kita jadikan sebagai salah satu monumen sejarah.  Di luar negara, penjara dimana berlakunya kekejaman rejim-rejim tertentu terhadap rakyat dijadikan tapak lawatan – boleh jual tiket, adalah sedikit pendapatan untuk tampung kos harian.  Ada menteri kata tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Penjara Pudu – pandai gak menteri bercakap rupanya… yang ISA tu apa pulak yang boleh dibanggakan wahai pak menteri? bangang.

Sekali Pengakap terus Pengakap

Shahrul Peshawar, cuma yang lecehnya sekarang nie, ramai orang politik nak masuk pengakap… ini bukan pengakap tapi perangkap.

Kredit gambar kepada Mahathir Abd. Latiff, thanks bro.

3 Comments

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Peta Dimana

Kyrgyz & Uzbek clashes in OSH… no one wins…

No one wins… what a waste.

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Human Rights, Humanitarian, IDP, Peta Dimana, Refugee